Monday, 30 April 2018

15 Panduan Pemakanan Sihat | Madame

Assalamualaikum,
Di sini madam kongsikan 15 panduan pemakanan sihat agar dapat menjadi garis panduan kita bersama dalam memilih menu makanan seharian. Ingatlah, pemakanan yang sihat menjamin kesihatan diri yang lebih baik. 😉

Panduan pemakanan sihat

1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori yang disarankan.

2. Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda.

3. Lakukan aktiviti fizikal secara berkala setiap hari.

4. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya. (utamakan bijirin penuh) serta ubi-ubian.

5. Utamakan makanan yang :

  • lebih serat, sayuran dan buah-buahan
  • tinggi serat (wholemeal)
  • kurang lemak, minyak dan garam

6. Makan 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari. Pilih buah-buahan dan sayuran yang segar.

7. Makan ikan, daging, telur, kekacang dan bijian secara sederhana.

8.Ambil susu dan produk tenusu secukupnya. Utamakan penggunaan susu rendah lemak untuk membancuh kopi/teh.

9. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. Pilih jenis masakan seperti rebus, panggang, kukus dan bakar.

10. Kurangkan pengambilan garam, serbuk asam/ petis, kicap, belacan, budu dan sos. Pilih dan sediakan makanan yang kurang kandungan garam dan jenis-jenis sos.

11. Kurangkan pengambilan air/ air gula/ krimer manis dalam minuman anda. 1 sudu teh (5gm) gula sudah cukup untuk secawan minuman (200ml).

12. Minum 6-8 gelas air setiap hari. Utamakan air kosong setiap waktu makan.

13. Pilih makanan dengan saiz hidangan lebih kecil.

14. Pilih makanan dan minuman yang bersih dan selamat.

15. Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
Continue Reading

Thursday, 26 April 2018

Betulkah susu drop (merudum) sebab ibu minum kopi? | Madame

Susu drop Ibu menyusu minum kopi

Assalammualaikum,

Siapa peminat kopi di sini? Minum kopi 'o' panas2, cicah pulak dengan roti empat segi, wallahh..memang nikmat sungguh bagi ibu2 semasa berpantang. Inilah salah satu minuman kegemaran madam waktu berpantang tau!😉

Hirup kopi o panas2 memang menyegarkan! Maklumla berpantang ni kalau tidak betul menjaganya, lemau, letih, lesu la jawabnya.

Mungkin kopi baik untuk berpantang, tapi bagaimana kalau untuk ibu menyusu?

Elokkah?

Tidakkah susu merudum?

Baby tidak mahu tidur nanti?

hihi. Sebenarnya, memang benar terdapat bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein yang boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. 

Tetapi, 

Ibu jangan khuatir kerana kandungan yang tersalur ke dalam susu ibu hanya 0.06%-1.5% sahaja dari apa yang dikesan di dalam darah ibu. Sedikit sangat dan TIDAK memberi kesan pun kepada bayi yang sihat dan normal.

Merujuk kepada buku teks Breastfeeding and Human Lactation (2010), tiada kesan kepada degupan jantung dan tempoh tidur bayi walaupun ibu meminum lima cawan kopi selama lima hari berturut-turut. LIMA cawan kopi kot. Straight 5 hari pula tu. Lega tak ibu-ibu menyusu yang peminat kopi tegar? hihihi.

Tapi, fakta ini hanya terpakai pada bayi yang normal dan cukup bulan sahaja tau. 

Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) juga membenarkan pengambilan kopi atau kafein semasa menyusukan anak. Pengambilan kafein kurang 300mg sehari (lebih kurang 3 cawan kopi bergantung pada kandungan kafein) tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada bayi yang menyusu susu ibu.

Namun begitu, ibu yang meminum kopi lebih daripada tiga cawan sehari, kandungan zat besi di dalam susu ibu mungkin berkurangan. Ini berlaku terutamanya pada minggu-minggu awal penyusuan ibu. (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, Dr Faridah Idris, MBBs, IBCLC, (2013)).

Apapun, sebaiknya ibu minumlah kopi secara sederhana. Besederhana kan itu lebih baik?

Susu merudum akibat minum kopi? Bukankah susu hanya merudum jika konsep demand and supply tidak dipenuhi? Tidak berkaitan langsung dengan pak kopi. hihi

Setuju tak?

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Wednesday, 25 April 2018

Fresh Laundry : Sabun pencuci pakaian organik, selamat dan berkesan | Madame

Assalamualaikum,
Selain makanan tambahan, Shaklee turut ada produk penjagaan rumah yang organik, bersih dan selamat. Haruman pakaian yang segar dan bersih membuatkan kita berasa gembira. Bayangkan bau semulajadi pakaian dan kain anda harum serta kelihatan bersih dan segar. Gunakan Fresh Laundry Shaklee!

Fresh laundry Shaklee, sabun pencuci organik

KELEBIHAN :

  • Bahan semulajadi : Agen pembersih diperoleh daripada kelapa, pembuih semulajadi dan garam mineral
  • Prestasi berkuasa : Membersih lebih banyak pakaian menggunakan serbuk yang sedikit dengan pembersih enzim aktif
  • Bijak untuk dompet anda : 1 kotak kecil 2.5kg membasuh hingga 88 muatan
  • Sesuai untuk semua fabrik agar yang putih kekal putih dan pakaian berwarna masih berseri disamping menghalang pindahan warna kepada pakaian lain.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE:

1. SELAMAT
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa pewangi 
  • Lembut pada tangan
  • Tanpa klorin - tiada ruam dan iritasi
  • pH seimbang

2. BERKESAN
  • Sangat pekat
  • Hanya sedikit diperlukan, hanya 2 sudu besar untuk melembut satu muatan sederhana basuhan
  • Boleh digunakan untuk semua suhu, malah dengan air sejuk

3. MESRA ALAM
  • Bahan-bahan daripada sumber semulajadi
  • Surfektan terbiodegradasi - mengurai kepada hasil buangan yang ditemui pada alam sekitar
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat - tidak menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem
  • Selamat untuk sistem septik - tidak membentuk mendapan

Harga retail : RM 88.78

Wasap madam untuk konsultasi dan harga terbaik okeh!



Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Tuesday, 24 April 2018

Kulit Berjerawat dan Menggerutu Pulih menjadi Cantik Berseri | Madame

Assalammualaikum,
Masalah jerawat melata di atas muka korang menyebabkan muka menggerutu. Masalah jerawat dan parut di muka sering menghantui wanita yang mementingkan kecantikan. Ia selalu memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri. Betul tak?

Jom madam kongsikan pengalaman sahabat yang mempunyai masalah yang sama. Moga bermanfaat ya!😘
-------------------------

Kisah shaklee saya.

Muka menggerutu dan berjerawat pulih menjadi cantik berseri


Bukan setakat mimpi ngeri dah. tengok muka sendiri kat cermin pun rasa nak muntah. stress sebab muka memang jenis tak berjerawat langsung dari sekolah. Seketul dua tu ada la time period.

Bukan beli produk local yang 5 in 1 tu tau. bukan krim timbang kilo, tapi beli dekat store dia. raza punya la terang bagai nak rak kata kulit muka saya sensitif + kalau ada bau memang tak boleh.

Harga dia boleh tahan jugak la RM1++. lepas pakai 3 hari kulit rasa gelap. pakai lagi sampai nak masuk 2 minggu. Masa ni muka dah macam kena bakar. raza stop terus pakai.

jerawat mula muncul penuh satu muka, tak surut surut jadinya. macam² tenyeh kat muka. kunyit, tomato, timun aloevera semua tu tak jalan.

last sekali baru teringat shaklee😂😂😂 ambik esp + pencuci n toner enfuselle. sambil tenyeh HB sama.

lama jugak la nak baik lepas tu tambah vitamin c dalam masa 6 bulan macam ru jugak la baru nak baik muka. masa ni ramai yang perasan muka makin elok. kulit tak megerutu lagi.

rasa serik sangat dah. sebab kulit muka jadi macam ni la raza join buat bisnes. padahal tahun 2014 lagi dah jadi ahli.

esp & vit c ni memang konsisten.  bukan nak cantik je. berat pun turun jugak. 😜😜

Kredit: Raza Aziz

Wasap madam untuk konsultasi terbaik okeh!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Monday, 23 April 2018

HB Rendah : Kesan dan Bahaya kepada Ibu Hamil dan Bayi | Madame


HB rendah semasa hamil
Assalamualaikum,

Ibu2 selepas disahkan hamil, mesti akan ke klinik untuk buka buku pink kan. Antara yang utama nurse akan check adalah paras HB darah. Kalau bacaan HB rendah iaitu kurang dari 11, terus dicatit dengan pen merah.

Maka bermula la adegan asyik kena jumpa doktor ja untuk cek kenapa HB rendah. Doktor akan cadangkan obimin atau iberet. Kalau tak berkesan jugak, up dose lak. Kalau bacaan HB masih menurun, kena buat pulak ujian zat besi untuk tengok  kandungan feritin dalam darah. Next, kalau tak ok jugak, buat pulak HB analisis untuk cek talasemia.huhu..

Memang letih asyik ulang gi klinik ja, amik darah dan jumpa doktor. Tau tak kenapa HB normal penting sangat semasa mengandung?
.
.
💖Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
.
.
Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
.
.
Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
.
.
Kesan kepada ibu:

🚺Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
🚺Mengalami keguguran
🚺Mengalami kegagalan jantung
🚺Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
🚺Risiko alami penyakit berjangkit
.
.
Kesan kepada bayi dalam kandungan:

🚼Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
🚼Lahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
🚼Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
🚼Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
🚼Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Ibu2 boleh amalkan vitamin tertua di dunia, sejak 1915 iaitu multivitamin Vita-Lea Iron Formula untuk mengekalkan paras HB darah.👍👍👍

Boleh wasap madam untuk konsultasi ya!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Sunday, 22 April 2018

Detox Cara Shaklee : Berat turun 17kg! | Madame

Assalammualaikum,
Madam nak berkongsi kisah sahabat yang berjaya turunkan berat 17kg dalam masa 2 bulan, hasil konsisten Set Detox Shaklee.💪
--------------------------

*KISAH SAYA BERSAMA SHAKLEE*


Sebelum saya kenal produk shaklee,dah bermacam-macam jenis produk cuba. Orang cakap produk A bagus. Saya beli. Orang cakap B elok. Saya beli. Tapi masalah BERAT BADAN saya belum ada jalan penyudahnya😭. Sedih ketika tu.
.
Sebelum berhenti kerja. Berat saya tak la begitu menonjol. TAPIIII... lepas saya masuk bidang makanan. Alamak!!! BERAT BADAN terus melonjak dengan jayanya.😂
.
Mula tu tak perasan sangat yang badan saya mula naik. Makin hari badan MENBELON, TAPAK KAKI MULA SAKIT, BELAKANG MULA SAKIT, SELERA MAKAN MULA MEMBUAK-BUAK, JALAN SIKIT MULA RASA MENGAH,PEHA SUKA MELECIT.
.
Satu hari kenal rapat saya tegur, "AKU TENGOK BADAN KO DAH GEMUK MACAM GAJAH,SELERA KO DAH MACAM ORANG BELA SAKA 2 EKOR" kuat betul ko makan sekarang.
.
Bila orang kata kita macam tu mula hati rasa SENTAP. Terguris hatiku masa tu. Mungkin korang tak kisah apa yang orang cakap,tapi bagi saya. Saya kisah dengan semua tu. Mula rasa rendah diri time tu. Tak dak keyakinan diri nak berdepan dengan orang.😔
.
Masalah demi masalah kesihatan yang saya terima. Time raya BAJU YANG LAWA TAK BOLEH PAKAI. Hanya tengok saja. Seluar tiap-tiap minggu kena tukar sebab CEPAT KOYAK CELAH PEHA.
.
Di sini saya nak kongsikan sikit APAKAH PUNCA & SEBAB MENGAPA BADAN BOLEH GEMOK??

💊 *TENAGA YANG TAK SEIMBANG DALAM BADAN.*
💊 *GAYA HIDUP YANG KURANG AKTIF*
💊 *GENETIK & FAKTOR KELUARGA*
💊 *FAKTOR KESIHATAN*
💊 *UBAT- UBATAN*
💊 *FAKTOR EMOSI*
💊 *MEROKOK*
💊 *UMUR*
💊  *HAMIL*
💊 *KURANG TIDUR*


Hehehehe... serba sedikit perkongsian ilmu untuk hampa semua.

Alhamdulillah, dengan asbab konsisten & effect #SETDETOX selama 2 bulan. Hasilnya sangat WOW😄.

Saya BERJAYA turunkan berat sebanyak 17kg dalam masa 2 bulan saya DETOX.

Bermula rutin pengambilan #setdetox pada awal pagi sebelum sarapan cik yah dah bancuh ESP  untuk tenaga tambahan.

Ternyata minum ESP kenyang di sampai ke petang.

Kadang cik yah selang seli dengan CINCH. CINCH ternyata best sebab dia bina segala otot-otot cik yah gelebeh jadi lebih hit& fit.

Bila time makan, cik yah ambik LECITHIN & OMEGA 3biji dulu untuk bantu memecahkan dan membakar lemak yang dah tak di usik bertahun lamanya.😂

Lepas makan cik yah tak lupa ambik ALFALFA 10 biji & 3 biji HERB-LAX.

Time nak balik keja PEPPERMINT-GINGER 3 biji untuk buang angin dalam badan.

Bila bangun pagi tak payah nak tunggu lama dalam toilet. Bangun ja terus cari toilet dulu. Ringan badan bila kita detox buang toksin dalam badan.

Masalah seluar tak muat, shoping setiap miggu tak lagi menghantui diri saya. SYOKNYA DETOX bersama shaklee.

Sekarang saya masih lagi detox. Sebab bagi kesihatan kunci dan nikmat yang tak ternilai dengan WANG.

*TIPS BUAT YANG MASIH BERDETOX OR BELUM DETOX & YANG NAK DETOX*

🍀Jangan berlapar
🍀Minum segelas air sebelum makan
🍀Minum 8 gelas air kosong setiap hari
🍀Elakkan minuman manis  & berkarbonat
🍀Kurangkan garam & gula dalam masakan
🍀Jangan skip sarapan pagi
🍀Makan dengan perlahan-lahan sehingga lumat
🍀Makan kerap tapi sedikit
🍀Sentiasa lakukan "PUSH UP" dalam 3x seminggu

CHANGER!! MULAI HARI NI KITA MESTI UBAH CARA PERMAKANAN YANG LEBIH BAIK !!😍

Detox mengubah diri saya yang malu. Dan kini sangat yakin pada diri.

Kredit : siti salmiah salleh

Korang ada masalah berat badan, boleh wasap madam untuk konsultasi dan pilihan produk terbaik okeh!

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Thursday, 19 April 2018

Masalah Tiroid Pencetusnya! | Madame

DR. ARIANA DAHLIA ADA MASALAH TIROID KE?

Sorry ya. Ni sebenarnya Dr. Siti Nur al Enzzahti.

Beliau alami masalah bengkak tiroid. Konflik juga la dengan supplemen pun pada mulanya, tambahan pula beliau kan doktor!. Tapi, Alhamdulillah, setelah beliau ambik keputusan fahami produk, percaya dan yakin, lalu bertawakkal kepada Allah, akhirnya kesihatan beliau makin baik.

Betullah. Makan produk apa pun, dengan hati yang berbelah bahagi, x yakin dengan kebaikan dan keberkesanannya, consume segelen pun, kadang tak berkesan, ok. Sebab keyakinan dan gerak hati kita seumpama doa yang kita sebut-sebut dan sematkan dalam hati. Sebab tu kena bersangka baik. ok back to track, petang ni saya nak kongsikan luahan Dr Siti tentang diri beliau dengan tiroid disertai bisnes yang success, teruja untuk berkongsi dan membantu tingkatkan kesihatan orang lain pula!

*tq mami saya bawakan cerita ni :-)

Masalah tiroid pulih


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERJALANAN YANG TAKKAN AKU SESALI

Ramai yang tanya saya, kenapa saya buat bisnes sampai tahap macamni sekali?
.
.
Tahap macam mana??tahap sampai tahap yg saya sendiri pun tak jangka..sape sangka dalam 4 bulan, tibe2 saya ade company yang bonusnya sampai 5 angka?
.
.
Saya x pernah cerita sebelum ni kan?tentang perjalanan dramatik saya dalam shaklee sejak saya join 4 bulan lepas..tp nak bg warning dulu lah, cite ni agak panjang dan boleh menitiskan air mata kalau anda berjiwa halus..haha..bleh test jiwa masing2 pasni�
.
.
Asalnye sy join shaklee sebab nak beli vivix promo je,bukan niat nk berbisnes pun..kenapa?padahal, dah lama kut duk tengok kawan2 duk iklan dalam fb,tapi tak terasa nak beli pun..sebab saya ade sejarah hitam dgn shaklee..Dulu, tahun 2012 saya dah pernah join..tapi semua vitamin yg saya beli kini dah expired tak berusik! Minuman protein saya baru minum 4 scoop,itupun setelah berdrama air mata nak minum,sebab xsedap!berketul2..tapi sebab bila fikir harga dia yg RM100 lebih tu, paksa jgk diri minum..masuk kali ke3, saya muntah�
.
.
Bukan sebab mengandung ok�
Tapi sebab sgt tak boleh diterima tekak saya..oleh sebab rasa tertipu,saya buang setong minuman protein tu,lenyap dari hidup saya..
.
.
Sehingga..30 April 2016, saya dapat hidayah..tiba2 rasa macam nak cuba polifenol setelah baca status Ratu Magnet Polifenol merangkap sekarang ni mak sy dlm Shaklee ni Hasniza Yusoff dialah yg byk bersabar kembalikan semula keyakinan saya masa tu utk cuba shaklee semula, sanggup bersengkang mata layan soalan saya mcm2 sebab tak nak tertipu lagi dgn shaklee..akhirnya,saya terbuka hati,sy cuba vivix.. kenapa vivix?
.
.
Ramai masa tu tak tahu pun yang saya ni ade bengkak thyroid termasuklah Has sendiri..jadi kami pun berkongsi kisah yg sama sebab Has pun mengalami masalah bengkak thyroid juga..tp, bezanya sy& Has,thyroid saya beberapa bln sebelum tu makin membesar, dah sampai tahap menekan salur pernafasan& pemakanan..bayangkan saya terpaksa kunyah perlahan2 mknn saya biar betul halus,baru boleh telan..kadang2, tersedak juga..sakit�
.
.
Kadang2, saya sukar nak bernafas..terutamanya bila tidur..saya jadi tiba2 terbatuk2,pernafasan macam tersekat2..tapi saya x pernah nk bgtau orang sekeliling saya kecuali suami saya..tapi saya masih berlagak steady depan dia sebab tak nak dia risau..�
.
.
Saya pun cuba ambil Polifenol sebagai ikhtiar, dalam masa sama, saya teruskan ubat yg doktor pakar tu bagi dalam dos yg sama..sehinggalah pada satu hari,dlm bulan May 2016, setelah 2 minggu saya cuba Polifenol, saya nekad..saya request nak buat MRI scan..dlm masa sama,saya nk tgk jugakla betul ke Polifenol ni berkesan utk kecutkan thyroid..so appointment untuk MRI scan dibuat urgent..
.
.
Dipendekkan cerita, result MRI saya xbegitu baik..bengkak thyroid saya semakin membesar, hampir 55mm membesar ke belakang sehingga menyebabkan salur pemakanan & pernafasan saya makin sempit & teralih..masa tu terketar2 tangan saya bile baca result MRI tu..rasa tertipu betul beli vivix, sekali lg saya rasa Shaklee ni cuma bisnes yg nak kaut keuntungan semata-mata..air mata toksah cite la,memang dah banjir..terbayang2 wajah parent saya,suami, Faitah & Aleesya..rasa macam sempat lagi ke utk saya buat mnde


yg saya simpan dlm hati utk saya buat di kemudian hari..lama saya "banjir" dalam kereta..akhirnya saya tekan pedal minyak, saya ikut je mana kereta saya nk pegi masa tu..memang tak tahu mana hala saya pergi masuk keluar KL, Subang, Damansara, Shah Alam, masuk KL balik..kosong rasa..
.
.
Sampai satu saat, saya terjaga..ish, aku kena bangkit, aku tak boleh mengalah..Allah uji aku dengan ujian yg aku rasakan berat, mesti Allah ade nak bagi aku hadiah yang sgt2 best kat aku ni..
.
.
Jadi, daripada saat tu, saya bangkit..saya cabar diri sendiri, takkanla saya boleh tertipu dua kali dengan Shaklee ni..saya kaji ape itu Polifenol..saya baca research, saya baca jurnal, saya baca blog, saya kaji company Shaklee..akhirnya saya dapat jawapan sebenar..saya yg salah sebenarnya..dulu saya yg tak belajar macam mana nk minum Protein Soya dgn cara yg betul sehingga jadi ketagih pulak kt Protein Soya sekarang ni� dan saya yg salah sebab terburu-buru nak thyroid saya ni mengecut tanpa study dulu ape fungsi Polifenol ni dlm badan saya..sehingga akhirnya, saya decide..whatever happen, i'll give my trust to shaklee and i will go further with it!�
.
.
Bertitik tolak dari situ, saya jadi seorang yg sgt positif..dah tak fikir tentang penyakit saya, yang tu kuasa Allah nak sembuhkan, yang penting aku usaha..sama konsep dgn shaklee, aku cuba usaha buat yg terbaik..fokus 200%, keluar dari sifat saya yg malu nk berniaga..mula keluar dari zon selesa..dan alhamdulillah, hujung May 2016, dengan bantuan team yg sgt supportive, saya berjaya closing dengan jayanya, naik setangga ke ranking seterusnya!�
.
.
Dan nak tau ape yg lagi buat saya rasa bersyukur& Allah tu Maha Kaya?bukan setakat side income, yang tu tak payah cite lah, nnt org ingat saya berniaga ni sebab nk duit plk kan..ape yg buat saya lg yakin dgn pilihan yg Allah detikkan dlm hati ni adalah, masuk bulan ketiga saya try Polifenol ni dengan compliance pada dos ubat yg sama yg doktor pakar saya syorkan, bengkak thyroid saya semakin mengecil!!!patutla saya sekarang dah bleh makan dengan selesa tanpa tercekik, tido pun selesa dah tak terjaga2 lagi..memang betulla beribu2 kajian yg menunjukkan khasiat anggur dalam Polifenol tu boleh kecutkan cyst!!..MasyaAllah, Subhanallah, Allah Maha Kaya..syukur bukan kepalang lagi saya masa tu..hormon pun dah balance semula..sekarangni tgh tunggu keputusan dari Hospital Putrajaya tengah bulan ni samada walaupun sudah mengecil, masih perlu buat pembedahan ataupun tidak..tapi kalau ditakdirkan perlu buat pembedahan pun, saya akur..kalau itu keputusan yg terbaik kan?�
.
.
Tapi yang saya nak cite, bukan tentang perubahan bengkak thyroid saya yg makin mengecil sahaja..saya nk cerita yg sy sendiri terasa bagaikan di dunia yg berbeza, saya macam jadi orang yg berbeza..lebih positif, lebih optimis, lebih bersemangat, lebih berkeyakinan..tambah2 bile ramai betul feedback daripada org yg beli shaklee dari saya, semuanya positif!Ya Allah..ini rupanya nikmat rasa bahagia apabila kita membahagiakan orang lain..saya jadi makin positif,sehingga tiada ruang utk memikirkan hal-hal remeh temeh atau negative..tak caya?cubalah sendiri�
.
.
Melalui bisnes, saya dapat ramai sahabat baru, yg tak pernah ade kaitan dlm hidup saya, tapi kini siang malam memenuhi hidup saya..melalui bisnes juga, Allah buka pula pintu rezeki bisnes yg lain, cita-cita saya & suami nak buka syarikat & mempunyai beberapa anak syarikat dan salah satu nye adlh klinik tercapai..melalui bisnes juga, saya lebih menghargai masa yg saya ada..walaupun sedetik, sgt berharga bg saya..melalui bisnes ini juga, saya jadi lebih banyak bergantung harap padaNya..saya jadi takut andainya saya ada terbuat dosa2 kecil yang saya terlepas pandang, bimbang rezeki saya dihijab oleh dosa2 saya..
.
.
Mungkin ini lah hikmahNya..Allah bagi aku ujian, utk aku bangkit dari ujian tu dan kembali padaNya..kalau lah aku tidak diuji, mungkin aku kini masih tak sedar yg aku sebelum ni berada di zon yg sgt selesa,sehingga aku bleh lupa&alpa akan kenikmatan dunia..terima kasih Ya Allah..terima kasih sahabat2 yg bawa aku sehingga ke tahap ini..Alhamdulillah, bulan August yg lepas,


aku mendaki sehingga langkau ranking dari supervisor terus ke coordinator!dalam 4 bulan! kata orang, belum lagi ada yg pegang rekod tu..mungkin anak2 didikku pula yg bakal memecahkan rekod tu�
.
.
Sebab tu, ingin ku bawa lebih ramai lg bersama2 ku,cari push factor anda, cari BIG WHY anda, dan corakkan bisnes ini mengikut acuan masing2

*********************************************************************************


*Kesan penggunaan adalah berbeza mengikut individu
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* Ini adalah iklan produk suplemen


Salam Sayang dari Madame,

Azwani Aziz


Continue Reading