Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Friday, 10 August 2018

Turun berat badan secara sihat dengan Shaklee | Madame

Assalamualaikum,
Hi korang! Madam nak share Shaklee Effect sahabat Shaklee madam ni. Memang best! Cik Jaja ni berjaya turun berat badan sebanyak 15kg secara sihat dan berkesan. Cik Jaja mengamalkan juga detox Shaklee Way, senaman dan pemakanan vitamin dengan konsisten.

Jom ikuti kisah Cik Jaja.😊

Turun berat badan shaklee


Assalamualaikum 🤗
Nama diberi Nor Nafiza bt Mohd Sepuan Gan. Nama glamer Cik Jaja 😉... Baru berumur sweet 27 🤭...

Cik Jaja mula berkenalan dengan Shaklee pada tahun 2016. Mase ni kenal-kenal gitu je tak sepenuh hati lagi 😅.. Awal tahun 2017, Cik Jaja  mulai jatuh cinta sepenuh hati 😍. Cik Jaja mula consume *Set Basic Slimming* ( Alfalfa, Herblax, Lecithin) .
Cik Jaja jenis yang susah nak percaya dengan supplement kurus sebenarnya. Takut dengan side effects dan takut tak berkesan 😅.

Tapi, keyakinan jadi sangat tinggi apabila mula baca tentang kajian-kajian yang Shaklee buat serta dapat tahu supplemen Shaklee ni natural based.. No chemical so dengan sendirinya takkan ade side effects 💪🏻...

Alfalfa dan herblax ni gabungan yang sangat bagus untuk buang toksin dalam badan. Bila dah takde halangan iaitu toksin-toksin ni nutrient lagi mudah diserap dalam badan kita 💪🏻..

Lecithin pula bantu bakar lemak dan Cik Jaja jadikan perisai dalam badan.. Perisai untuk lelemaks 🤭..

Selain set basic slimming, Cik Jaja turut makan Vitamin C dan Ostematrix. Dua-dua ni pon sangat best 🤩🤩🤩....

Pengambilan secara KONSISTEN kesemua vitamin ni Cik Jaja dah berjaya kurangkan berat sebanyak 15 KILO dan alhamdulillah kulit jadi makin ok 💪🏻☺☺...

Kesimpulannya, menyesal sangat lambat berkenalan dengan Shaklee ni 😭😭😭...
Tapi in shaa Allah,perancangan Dia yang terbaik 🤭💪🏻...

Turun berat badan shaklee

Jom sihat bersama-sama Shaklee 🤗
.
.
.
Alhamdulillah, moga bermanfaat sharing Cik Jaja ni. Korang nak madam bantu untuk kurus, wasap terus ya😘

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Friday, 22 June 2018

7 Langkah Mengatasi Bentan Bengkak Susu | Madame

Ibu berpantang, lebih-lebih lagi yang berniat nak fully breastfeeding baby, wajib baca posting ni.

Lecithin untuk masalah bengkak susu
Madam sharing dari Sahabat yang bernama Ain. Jemput baca ya!😉

************************

Sebenarnya, hari ni Alhamdulillah ain baru sihat dari bentan bengkak susu yang maha dasyat. Bentan yang memang ditakuti setiap ibu berpantang. Kalau boleh tak nak ingat, tapi nak juga share story ni buat pengajaran kaum ibu.

Ingat tak beberapa hari lalu ain beriya-iya sangat nak seller shaklee COD Lecithin kt rumah? Time tu ain taip post tu dalam keadaan menahan sakit bentan bengkak susu tu lah.. 😅

Al-kisahnya di hari raya yg mulia, mak buat lontong. Tengahari tu, Ain ambil kuah je buat makan dengan nasi. Sayur-sayur kat dalam tu macam kacang panjang dan lain-lain memang langsung ain tak ambil.

Bila masuk je senja, tetiba ada sejalur urat kat dada ni mengeras. Urat bengkak, terasa membakar dan membahang. Berdenyut-denyut.

Sah, memang dah bentan urat ni.. Suspek dari air rebusan kacang panjang dalam kuah lontong mak buat. Aduh trauma nak makan lontong lepas ni.

Ya Allah tuhan je yang tahu betapa sakitnya.

Sambil menahan sakit tu, sambil mengalir air mata, sambil tu meng gugel apa resepi nak hilangkan bengkak ni. Terlalu banyak petua yang ain jumpa. Cuma yang ain nak share ni, memang step by step yang ain sendiri buat dan menjadi.. Alhamdulillah sangat-sangat.

1. Mandi air suam. Lalukan air suam hangat-hangat menggigit tu kat kawasan bengkak susu tu. Sambil tu tekan-tekanlah bagi lembut.

2. Telan Shaklee Lecithin 3 biji dengan air suam. Fungsi Lecithin ni adalah untuk membantu memecahkan dan mencairkan lemak-lemak dalam susu ibu. Jadi susu yang tersumbat tadi akan dipecahkan dan bengkak susu pun hilang.

3. Makan nasi dan minum air suam. Lepas tu, telan paracetamol yang dibekalkan oleh doktor, sesuai untuk ibu yang menyusukan baby. Kenapa kena telan paracetamol? Supaya boleh buat step no. 5 tanpa air mata kesakitan.

4. Ambil tuala, rendam dalam air suam. Tuam lebih lama kat tempat bengkak dan seluruh dada.

5. Sambil tuam tu, sambil tu urut dan tekan bahagian bengkak tu bagi lembut. Part ni memang sakit sikit, tapi akan lagi sakit kalau tak telan paracetamol. Time ni, susu yang membeku mula keluar perlahan-lahan.

6. Sambil tu perah susu sekali. Pastikan badan dalam keadaan panas. Kipas buka paling slow je. Kalau dah jadi sejuk, tuam semula. Ulang step 4-6 sampai dada tu dah kurang bengkaknya.

7. Bagi baby untuk menyusu. Lagi kerap baby menyusu, lagi cepat lega bengkak susu ni.

Isnin petang ain buat semua step yang ain share ni. Hari ni Rabu, alhamdulillah segala benjolan bengkakan dah pun hilang. Ain masih teruskan makan Lecithin tu sebab nak cegah susu bengkak lagi kan.

Terima kasih buat Kak Siti Fatimah, sebab sudi hantar Lechitin dari Lancang ke Temerloh. Dia kesian kat ain dia kata. Allah.. terharu sungguh.😭

Okay. Sekian saja sharing dari ain. Sorry kalau ada ayat berbelit-belit. Ain karang ayat laju-laju je ni. Boleh juga kalau korang nak #share posting ni untuk manfaat insan-insan yang memerlukan. Ain izinkan ❤️

Bengkak susu

Tqvm ain! 😍
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz

Continue Reading

Sunday, 22 April 2018

Detox Cara Shaklee : Berat turun 17kg! | Madame

Assalammualaikum,
Madam nak berkongsi kisah sahabat yang berjaya turunkan berat 17kg dalam masa 2 bulan, hasil konsisten Set Detox Shaklee.💪
--------------------------

*KISAH SAYA BERSAMA SHAKLEE*


Sebelum saya kenal produk shaklee,dah bermacam-macam jenis produk cuba. Orang cakap produk A bagus. Saya beli. Orang cakap B elok. Saya beli. Tapi masalah BERAT BADAN saya belum ada jalan penyudahnya😭. Sedih ketika tu.
.
Sebelum berhenti kerja. Berat saya tak la begitu menonjol. TAPIIII... lepas saya masuk bidang makanan. Alamak!!! BERAT BADAN terus melonjak dengan jayanya.😂
.
Mula tu tak perasan sangat yang badan saya mula naik. Makin hari badan MENBELON, TAPAK KAKI MULA SAKIT, BELAKANG MULA SAKIT, SELERA MAKAN MULA MEMBUAK-BUAK, JALAN SIKIT MULA RASA MENGAH,PEHA SUKA MELECIT.
.
Satu hari kenal rapat saya tegur, "AKU TENGOK BADAN KO DAH GEMUK MACAM GAJAH,SELERA KO DAH MACAM ORANG BELA SAKA 2 EKOR" kuat betul ko makan sekarang.
.
Bila orang kata kita macam tu mula hati rasa SENTAP. Terguris hatiku masa tu. Mungkin korang tak kisah apa yang orang cakap,tapi bagi saya. Saya kisah dengan semua tu. Mula rasa rendah diri time tu. Tak dak keyakinan diri nak berdepan dengan orang.😔
.
Masalah demi masalah kesihatan yang saya terima. Time raya BAJU YANG LAWA TAK BOLEH PAKAI. Hanya tengok saja. Seluar tiap-tiap minggu kena tukar sebab CEPAT KOYAK CELAH PEHA.
.
Di sini saya nak kongsikan sikit APAKAH PUNCA & SEBAB MENGAPA BADAN BOLEH GEMOK??

💊 *TENAGA YANG TAK SEIMBANG DALAM BADAN.*
💊 *GAYA HIDUP YANG KURANG AKTIF*
💊 *GENETIK & FAKTOR KELUARGA*
💊 *FAKTOR KESIHATAN*
💊 *UBAT- UBATAN*
💊 *FAKTOR EMOSI*
💊 *MEROKOK*
💊 *UMUR*
💊  *HAMIL*
💊 *KURANG TIDUR*


Hehehehe... serba sedikit perkongsian ilmu untuk hampa semua.

Alhamdulillah, dengan asbab konsisten & effect #SETDETOX selama 2 bulan. Hasilnya sangat WOW😄.

Saya BERJAYA turunkan berat sebanyak 17kg dalam masa 2 bulan saya DETOX.

Bermula rutin pengambilan #setdetox pada awal pagi sebelum sarapan cik yah dah bancuh ESP  untuk tenaga tambahan.

Ternyata minum ESP kenyang di sampai ke petang.

Kadang cik yah selang seli dengan CINCH. CINCH ternyata best sebab dia bina segala otot-otot cik yah gelebeh jadi lebih hit& fit.

Bila time makan, cik yah ambik LECITHIN & OMEGA 3biji dulu untuk bantu memecahkan dan membakar lemak yang dah tak di usik bertahun lamanya.😂

Lepas makan cik yah tak lupa ambik ALFALFA 10 biji & 3 biji HERB-LAX.

Time nak balik keja PEPPERMINT-GINGER 3 biji untuk buang angin dalam badan.

Bila bangun pagi tak payah nak tunggu lama dalam toilet. Bangun ja terus cari toilet dulu. Ringan badan bila kita detox buang toksin dalam badan.

Masalah seluar tak muat, shoping setiap miggu tak lagi menghantui diri saya. SYOKNYA DETOX bersama shaklee.

Sekarang saya masih lagi detox. Sebab bagi kesihatan kunci dan nikmat yang tak ternilai dengan WANG.

*TIPS BUAT YANG MASIH BERDETOX OR BELUM DETOX & YANG NAK DETOX*

🍀Jangan berlapar
🍀Minum segelas air sebelum makan
🍀Minum 8 gelas air kosong setiap hari
🍀Elakkan minuman manis  & berkarbonat
🍀Kurangkan garam & gula dalam masakan
🍀Jangan skip sarapan pagi
🍀Makan dengan perlahan-lahan sehingga lumat
🍀Makan kerap tapi sedikit
🍀Sentiasa lakukan "PUSH UP" dalam 3x seminggu

CHANGER!! MULAI HARI NI KITA MESTI UBAH CARA PERMAKANAN YANG LEBIH BAIK !!😍

Detox mengubah diri saya yang malu. Dan kini sangat yakin pada diri.

Kredit : siti salmiah salleh

Korang ada masalah berat badan, boleh wasap madam untuk konsultasi dan pilihan produk terbaik okeh!

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Wednesday, 7 February 2018

Kurus Cantik dengan Lecithin dan Herblax | Madame

Assalamualaikum,
Madam just nak kongsi pengalaman sahabat saya ni. Beliau sekarang ni kurus dan cantik hasil konsisten Lecithin dan Herblax Shaklee. Sahabat saya dulu 80kg..asyik mengah dan tak larat jalan.nak pakai baju pun payah nak cari saiz.asyik tak muat ja.

Setelah konsisten Shaklee, berat sahabat turun sampai 15kg!

Ni ikhtiar sahabat saya.
cut off semua makanan atau minuman yg bergula
exercise macam jogging atau squat (Kalau tak sempat exercise Cuma banyakkan berjalan)
Kurangkan makan malam
WAJIB makan nasi
Minum air masak 2-3 liter sehari
Kurangkan ambil fast food
Consistent telan Lecithin dan Herblax (ESP jarang jarang)*


Kalau sis or kawan2, ada masalah yang sama..boleh wasap saya ya.

Turun berat badan dengan lecithin dan herblax

Kurus dengan lecithin dan heblax


JOM SHAKLEE BERSAMA KAMI


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668


FB Azwani Aziz
PAGE fb.com//madamwani

********************************************************************************
*Kesan penggunaan produk adalah berbeza bagi setiap individu.
Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog/web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.
Continue Reading

Friday, 22 December 2017

HYPERKOLESTEROLEMIA : Masalah kolesterol tinggi di kalangan rakyat Malaysia | Madame

ADA TAK BINTIK KUTIL DI MUKA/BADAN?
SELALU RASA KEBAS?
SAKIT KEPALA?
KRAM / KEJANG KAKI
MUAL
LEHER NYERI

Image result for kutil di muka
 Kutil di muka tanda kolesterol


Tanda-tanda di atas adalah beberapa ciri yang menunjukkan badan mengandungi paras kolesterol yang tinggi;

Jadikan jadual paras kolesterol sihat dalam darah sebagai rujukan.





HYPERKOLESTEROLEMIA

Kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko terkena penyakit serius seperti STROKE dan SERANGAN JANTUNG.

Ini disebabkan endapan kolesterol berlebihan pada pembuluh darah mengakibatkan aliran darah menjadi sempit dan terhalang.

Kolesterol ni ada yang jahat..ada yang baik tau. Yang jahat nama LDL, yang baik tu HDL.

Jadi,

Kolesterol tinggi sangat BAHAYA tau.

Bayangkan orang tersayang, apa akan jadi kalau tiba2 diri diserang penyakit jantung/ strok. Dengan tiba2, hilang tempat bergantung. Hilang tempat meluahkan perasaan.Hilang orang yang paling rapat. Pasti sedih kan!

Seboleh kita elak sebelum kena. 

Cegah sebelum parah. 

Better late than never!

Jadi, apa patut kita buat?

Kena amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat ya. 
Kurangkan makanan berminyak dan bersantan. 
Kena rajin senaman jugak.


Selain tu, saya cadangkan amalkan suplemen minyak ikan Omega 3 dan Lecithin kacang soya serta Phytocol-ST.


Kerana apa,

Khasiat minyak ikan tulen berkepekatan tinggi, Omega 3 mampu membantu merendahkan kolesterol dalam badan.

Image result for omega guard shaklee

Lecithin sebagai pengemulsi lemak semulajadi mampu menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman.

Image result for lecithin shaklee


Phytocol-ST diperbuat daripada gabungan sterol dan stanol yang membekalkan 2000mg sterol dan stanol setiap hari. Ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, maka mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan.

Image result for phytocol shaklee

Moga bermanfaat :)


Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani

Continue Reading

Friday, 8 September 2017

Thursday, 17 August 2017

Set kurus bajet @ Shaklee Jitra

Sofia ade satu kisah customer yang mengadu dia sukar untuk membuang .

Sampai tahap demam-demam . Tak dapat buat tugasan harian dengan sempurna .

Kerana demam yang berlarutan .

3hari berturut-turut . Sofia jelaskan pada dia supaya ikhtiar vitamin Shaklee ni . Bagus untuk awak ..

Dia dengar jugak apa yang sofia cerita .

Memandangkan sofia pernah cuba herblax dan kebetulan sofia ada pengalaman sendiri dalam masalah yg sama memang makanan sofia cerita dekat dia.

Hari ke-3 dia ambil keputusan untuk beli herblax.

Dia berminat herblax .

Dia mengadu juga sejak sukar membuang. Rasa berat badan semakin naik .

Sofia nasihatkan dia ambil sekali herblax dan lecithin.

Ikutkan hati nak bgi dia omega . Sebab ikut budget dia . Dia mampu beli lecithin. Takpe .

Alhamdulillah. Sofia happy . Tiap hari dia tak jemu bagi fed back positive.

Dia syukur sekarang pembuangan dia lancar. Masa raya haritu dia balik kampung.

Sofia nampak badan dia susut

Dia teruja sangat sangat dengan Shaklee.

Kredit : Miss Sofia

*********************************************************************************

Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
Continue Reading

Sunday, 13 August 2017

DULU 50, SEKARANG 44 @ Shaklee Jitra

Bismillah,

Assalamualaikum semua,
Sharing hari ni kisah Dr Normi yang konsisten dan sabar.Yang mahu sihat. Ikhtiar dengan Shaklee.
Jom baca kisahnya ok!

*******************************************************************************
Produk pertama saya adalah LECITHIN DAN ALFALFA
Dan saya berkongsi dengan suami produk yang sama
Sebenarnya saya amik lecithin ngan alfalfa bukan utk kurus
Saya amik sebab nak sihat
Sakit tumit
Sebab saya selalu sakit2 badan
Bila saya tanya mak saya..misi tinie

Kesan dia... Mula mula mmg macam xde apa apa kesan sangat..
Mak saya cakap..doc kene try lecithin n alfalfa
Tapi lama kelamaan sakit tumit saya hilang.

Dan yang paling saya x percaya... Suami saya dulu suka muntah2
Senang cerita orang panggil penyakit tu GERD
Kerja dia bangun muntah je setiap malam
Gastroesofagus reflux disease

Tapi sejak dia tumpang saya makan alfalfa dan lecithin
Kalah ibu mengandung tau
Dia dah jarang muntah
Lama lama x dengar langsung dah dia muntah

Pelik kan??
Pelik. Tapi benar
Syukurr..

Sejak amal alfalfa dan lecithin GERD suami saya hilang!!

So..kami teruskan amal dua supplimen nj
Sejak dari tu..bila kami jumpa kawan ka..kenalan ka kat mana mana..depa akan tegur
Asbab jumpa dengan lecithin dan alfalfa..dan ianya berkesan kat saya

Dulu pakai baju saiz 50 pun ketat..
La ni saya dah boleh pakai saiz 44

Banyak syiokk
Please konsisten...kesan shaklee sgt hebatImage may contain: 3 people, people smiling, textImage may contain: 3 people, people smiling, textImage may contain: 3 people, people smiling

Alhamdulillah, konsisten dan sabar

Dulu baju saiz 50 pun dah ketat, sekarang saiz 44!

Beliau amalkan Lecithin dan Alfalfa

Kredit : Normi Mohd

*kesan penggunaan produk berbeza mengikut individu

Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
COD Jitra
Continue Reading

Friday, 11 August 2017

5 ORGAN PENTING ROSAK AKIBAT OBES! @ Shaklee Jitra


Sesungguhnya obesiti atau kegemukan ini adalah masalah kebanyakan rakyat Malaysia. Ini sudah tentu kerana variasi makanan yang menyelerakan namun tak sihat. Biasanya kita tak mampu untuk menahan nafsu makan. Tambahan pula, dengan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan senaman.

Obesiti terjadi apabila berlakunya penambahan lapisan lemak pada perut, lengan mahu pun peha. Justeru, ia memberi impak besar kepada 5 organ tubuh sehingga berpotensi menjejaskan fungsi anggota tersebut.



FAKTA MENAKUTKAN!

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jumlah rakyat yang gemuk berlebihan atau obesiti antara negara-negara asia yang lain.


Berdasarkan sumber jurnal perubatan Britain, The Lancet, 44 peratus lelaki di negara ini menghadapi masalah obesiti dan 49 peratus perempuan juga bermasalah yang sama.
Malaysia dikategorikan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya obesiti. Diikuti oleh Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).

Kementerian Kesihatan menyatakan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami obesiti dan terdedah kepada risiko penyakit kencing manis.

Hakikatnya, sekali kita menghadapi obesiti, ia akan menghantui kita seumur hidup jika tidak berubah.



5 Organ Ini Paling Teruk Dirosakkan Oleh Masalah Obesiti!



1.0 Jantung


Image result for jantung kolesterol

Oksigen diperlukan oleh sel lemak dalam tubuh untuk terus bekerja dengan baik. Jika kita obesiti, jantung akan dipaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah lebih banyak ke seluruh arteri.

Diburukkan lagi dengan masalah lemak yang berlebihan berkumpul dalam dinding pembuluh darah, maka salur darah menjadi semakin sempit menyebabkan ruang darah untuk bergerak lancar mengecil dan memaksa jantung bekerja lebih daripada normal.

2.0 Usus Besar

Image result for usus besar kolesterol
Para penyelidik sehingga kini belum menemui kaitan antara sel kanser dengan obesiti dengan jelas kecuali untuk risiko kanser usus atau kanser kolon.

Lelaki dan wanita yang bermasalah obesiti akan berisiko tinggi untuk diserang kanser kolon kerana biasanya golongan ini lebih banyak makan daging merah dan daging proses. 2 makanan ini adalah faktor utama yang mencetus polip kolon iaitu simptom awal penyakit kanser kolon.


3.0 Otak

Image result for otak kolesterol

Otak adalah CPU kepada tubuh manusia. Salingkaitan antara otak dan fikiran telah lama terbukti oleh pelbagai kajian oleh penyelidik. Berdasarkan satu sumber penyelidikan telah menemui kaitan langsung antara fungsi kognitif dengan masalah obesiti. Menurut penyelidikan itu, masalah obesiti menyebabkan fungsi kognitif semakin menurun.

Secara hipotesisnya, obesiti telah menjejaskan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan isyarat kepada organ tubuh. Rosaknya hubungan ini bukan sekadar memutuskan kabel sarah, malah dibimbangi akan melemahkan proses penghantaran isyarat oleh otak secara keseluruhannya.

4.0 Kulit


Image result for kulit kolesterol

Antara gangguan obesiti kepada kulit adalah wujudnya ‘stretch mark‘ yang kelihatan janggal di tubuh. Ramai yang menganggap ini perkara remeh. Ketahuilah bahawa, gangguan stretch mark ini berisiko untuk menyebabkan lebih banyak penyakit lain yang tak diingini.

Misalnya, perubahan hormon yang berkait dengan obesiti berisiko menyebabkan penebalan, acanthosis nigricans dan warna kulit di bahagian leher menjadi lebih gelap atau membengkak. Kulit menjadi seperti tertarik dan menyebabkan radang atau iritasi kepada kulit.

Penjagaan kulit bukan sekadar menjaga kulit muka untuk tujuan kecantikan sahaja. Ketahuilah kulit adalah organ pelindung utama kepada tubuh. Justeru, kulit yang meregang kerana obesiti mengundang pelbagai risiko penyakit lain.


5.0 Paru-Paru 


Image result for paru paru kolesterol


Lemak yang berlebihan dalam tubuh mendedahkan paru-paru kepada risiko yang tinggi diserang penyakit. Satu kajian pada 2010 menunjukkan, sel lemak yang berlebihan dalam tubuh akan mengurangkan kapasiti udara yang diperolehi oleh organ secara keseluruhan.

Golongan obesiti ini juga berisiko untuk mengalami ‘sleep apnea’ atau nafas terhenti ketika tidur. Jika tidak diatasi segera, kurangnya oksigen masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan pengentalan pembuluh darah dan boleh membawa maut!

*********************************************************************************


Cegah sebelum terlambat.

Kurangkan berat badan.
Kawal kolesterol dan lemak.
Bersihkan usus

Shaklee boleh bantu anda :)

Lecithin
Omega Guard
Alfalfa Complex
Herblax
Jom Shaklee bersama kami! 

Azwani Aziz
ID 1264241
019-420 7668

FB Azwani Aziz
COD Jitra
Continue Reading

Thursday, 3 August 2017

HANYA 6 BULAN SAHAJA @ SHAKLEE JITRA

Assalamualaikum,

Hari ni madam nak share kegembiraan pengguna Shaklee. Dia seronok, madam lagi seronok. Tumpang happy tau!

Kesan Shaklee dalam tempoh 6 bulan sahaja!

Saiz baju dulu 46, sekarang dah 42.

Yang penting kena sabar, konsisten, minum air masak secukupnya. Jangan lupa senaman dan jaga makanan ya







Kredit : FB Saidatul Syazana

Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
COD Jitra
Continue Reading

Tuesday, 30 May 2017

Lecithin best! @ Shaklee Jitra

Assalamualaikum semua..

Kali ni saya nak share tentang salah satu supplemen yang wajib ada bersama dlm beg anda iaitu LECITHIN Shaklee!..

Sebab apa? Sebab Lecithin Shaklee ni SANGAT PENTING tau untuk mereka yg ingin menurunkan berat badan secara sihat & selamat..


Untuk pengetahuan anda, Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya .. bukan daripada haiwan.. sebiji kapsul Lecithin Shaklee adalah seberat 530mg.. dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, kita memerlukan 4000mg sehari untuk ia berfungsi membakar/mengemulsikan lemak-lemak di dalam badan kita..

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..
Kenapa kita perlukan Lecithin ni untuk menurunkan berat badan ye?

Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan manusia; tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung serta biji kacang soya…dan tahukah anda??

Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin! 




Jom kita tengok 13 kelebihan Lecithin Shaklee yang berasaskan kacang soya ni >>>

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini. 
  • Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka & perlukan Lecithin ni? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye.. memecahkan lemak).. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian tau… Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. 
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak., 
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.… 
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin. 
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida. 
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan… 
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia. 
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema. 
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman. 
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema. 
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause. 
  • Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. BIKE ni fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan 
kredit to: Master Lyna Noh >> http://vitaminsemulajadi.com

SID IrdaBay >> http://yourhealthshoppe.blogspot.my

Jadi, tunggu apa lagi? Jom bakar lemak-lemak yang ada dalam badan dengan Lecithin Shaklee!



Jom Shaklee!

Azwani Aziz
SID 1264241
wasap/tg/sms : 019-4207668
COD Jitra
FB Azwani Aziz
Continue Reading

Monday, 29 May 2017

Masalah KOLESTEROL?? @ Shaklee Jitra

Assalamualaikum,

Kat sekolah madam sekarang ni, kecoh isu cikgu2 yang mempunyai kolesterol yang tinggi. Ini adalah hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara berjemaah di sekolah. Pihak Kedah Medical Centre (KMC) dijemput bagi membuat pemeriksaan. Sampel darah di ambil dan selepas 2 minggu, doktor datang memberi penerangan berkaitan keputusan darah yang dikeluarkan.
Image result for set kolesterol shaklee

Haaa...da tau la penangan KOLESTEROL kan!

Pada masa kini, pelbagai makanan yang sedap tapi berlemak dan mudah meningkatkan kolesterol dlm badan. Jika cara pemakanan tidak di jaga, senaman tidak dilakukan, suplemen tidak diambil, maka kolesterol tersebut boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk terhadap kesihatan seseorang. 

Oleh itu, Set Kolesterol Shaklee ini dapat membantu menyelesaikan masalah kolesterol.
1. Phytocol-ST
2. Omega Guard
3. Garlic
4. Vita-E complex
5.  Lecithin
6. Vivix

Image result for set kolesterol shaklee

Image result for set kolesterol shaklee

Image result for set kolesterol shaklee

Image result for set kolesterol shaklee

Image result for set kolesterol shaklee


Image result for set kolesterol shaklee

Image result for lecithin shaklee




Jom Shaklee!


Azwani Aziz
SID 1264241
wasap/telegram/ sms: 019-4207668
COD Jitra
FB Azwani Aziz


Continue Reading

Saturday, 20 May 2017

SIJIL HALAL SHAKLEE??? @ jitra

Pasti ramai yang bersetuju dengan tajuk ni, kan. Kita dituntut, bukan sahaja mencari makanan dari sumber yang halal, tetapi juga yang bersih (halalan toyyiban).

Dewasa ini, pengguna, termasuk pengedar Shaklee sendiri mengambil langkah terbaik dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman ini terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke dalam mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda-benda yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.


Oh ya. Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee terkini yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee. Untuk pengetahuan semua, sijil halal Shaklee diperbaharui setiap tahun!.



KENAPA ISA, BUKA JAKIM?

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal.

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk-produk tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIM lah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM.

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan. :)

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi www.shaklee.com.my

Kredit : Master Lyna
Kredit : Senior Supervisor Dinas Zafran


Jom Shaklee!

Azwani Aziz
SID 1264241
019-4207668
COD Jitra/ Alor Setar
FB Azwani Aziz
Continue Reading