Showing posts with label obesiti. Show all posts
Showing posts with label obesiti. Show all posts

Friday, 11 August 2017

5 ORGAN PENTING ROSAK AKIBAT OBES! @ Shaklee Jitra


Sesungguhnya obesiti atau kegemukan ini adalah masalah kebanyakan rakyat Malaysia. Ini sudah tentu kerana variasi makanan yang menyelerakan namun tak sihat. Biasanya kita tak mampu untuk menahan nafsu makan. Tambahan pula, dengan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan senaman.

Obesiti terjadi apabila berlakunya penambahan lapisan lemak pada perut, lengan mahu pun peha. Justeru, ia memberi impak besar kepada 5 organ tubuh sehingga berpotensi menjejaskan fungsi anggota tersebut.



FAKTA MENAKUTKAN!

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jumlah rakyat yang gemuk berlebihan atau obesiti antara negara-negara asia yang lain.


Berdasarkan sumber jurnal perubatan Britain, The Lancet, 44 peratus lelaki di negara ini menghadapi masalah obesiti dan 49 peratus perempuan juga bermasalah yang sama.
Malaysia dikategorikan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya obesiti. Diikuti oleh Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus).

Kementerian Kesihatan menyatakan 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami obesiti dan terdedah kepada risiko penyakit kencing manis.

Hakikatnya, sekali kita menghadapi obesiti, ia akan menghantui kita seumur hidup jika tidak berubah.



5 Organ Ini Paling Teruk Dirosakkan Oleh Masalah Obesiti!



1.0 Jantung


Image result for jantung kolesterol

Oksigen diperlukan oleh sel lemak dalam tubuh untuk terus bekerja dengan baik. Jika kita obesiti, jantung akan dipaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah lebih banyak ke seluruh arteri.

Diburukkan lagi dengan masalah lemak yang berlebihan berkumpul dalam dinding pembuluh darah, maka salur darah menjadi semakin sempit menyebabkan ruang darah untuk bergerak lancar mengecil dan memaksa jantung bekerja lebih daripada normal.

2.0 Usus Besar

Image result for usus besar kolesterol
Para penyelidik sehingga kini belum menemui kaitan antara sel kanser dengan obesiti dengan jelas kecuali untuk risiko kanser usus atau kanser kolon.

Lelaki dan wanita yang bermasalah obesiti akan berisiko tinggi untuk diserang kanser kolon kerana biasanya golongan ini lebih banyak makan daging merah dan daging proses. 2 makanan ini adalah faktor utama yang mencetus polip kolon iaitu simptom awal penyakit kanser kolon.


3.0 Otak

Image result for otak kolesterol

Otak adalah CPU kepada tubuh manusia. Salingkaitan antara otak dan fikiran telah lama terbukti oleh pelbagai kajian oleh penyelidik. Berdasarkan satu sumber penyelidikan telah menemui kaitan langsung antara fungsi kognitif dengan masalah obesiti. Menurut penyelidikan itu, masalah obesiti menyebabkan fungsi kognitif semakin menurun.

Secara hipotesisnya, obesiti telah menjejaskan kawasan jirim putih pada otak yang memberikan isyarat kepada organ tubuh. Rosaknya hubungan ini bukan sekadar memutuskan kabel sarah, malah dibimbangi akan melemahkan proses penghantaran isyarat oleh otak secara keseluruhannya.

4.0 Kulit


Image result for kulit kolesterol

Antara gangguan obesiti kepada kulit adalah wujudnya ‘stretch mark‘ yang kelihatan janggal di tubuh. Ramai yang menganggap ini perkara remeh. Ketahuilah bahawa, gangguan stretch mark ini berisiko untuk menyebabkan lebih banyak penyakit lain yang tak diingini.

Misalnya, perubahan hormon yang berkait dengan obesiti berisiko menyebabkan penebalan, acanthosis nigricans dan warna kulit di bahagian leher menjadi lebih gelap atau membengkak. Kulit menjadi seperti tertarik dan menyebabkan radang atau iritasi kepada kulit.

Penjagaan kulit bukan sekadar menjaga kulit muka untuk tujuan kecantikan sahaja. Ketahuilah kulit adalah organ pelindung utama kepada tubuh. Justeru, kulit yang meregang kerana obesiti mengundang pelbagai risiko penyakit lain.


5.0 Paru-Paru 


Image result for paru paru kolesterol


Lemak yang berlebihan dalam tubuh mendedahkan paru-paru kepada risiko yang tinggi diserang penyakit. Satu kajian pada 2010 menunjukkan, sel lemak yang berlebihan dalam tubuh akan mengurangkan kapasiti udara yang diperolehi oleh organ secara keseluruhan.

Golongan obesiti ini juga berisiko untuk mengalami ‘sleep apnea’ atau nafas terhenti ketika tidur. Jika tidak diatasi segera, kurangnya oksigen masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan pengentalan pembuluh darah dan boleh membawa maut!

*********************************************************************************


Cegah sebelum terlambat.

Kurangkan berat badan.
Kawal kolesterol dan lemak.
Bersihkan usus

Shaklee boleh bantu anda :)

Lecithin
Omega Guard
Alfalfa Complex
Herblax
Jom Shaklee bersama kami! 

Azwani Aziz
ID 1264241
019-420 7668

FB Azwani Aziz
COD Jitra
Continue Reading

Sunday, 11 June 2017

MINYAK IKAN PALING TULEN DI DUNIA, OMEGA GUARD SHAKLEE! @ Shaklee Jitra

Bismillah..
Assalamualaikum semua..

Hari ni ada colleague tanya perbezaan Omega Guard Shaklee dgn Omega lain di pasaran. Jadi hari ni madam nak share apa keistimewaan Omega Guard Shaklee okeh! :)

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Ini kerana setiap kapsul Omega Guard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi antaranya EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.




Setiap kapsul Omega Guard Shaklee mengandungi HANYA asid lemak Omega-3 iaitu 99%! Berbeza dgn jenama lain sebab bercampur dgn Lemak Ikan + Omega 3.

Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk dalam (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) di perairan negara Jepun. Ianya tidak diambil dari minyak hati ikan. Ketumpatan Omega Guard juga adalah 3x ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.

Kaedah mengekstrak minyak ikan iaitu kaedah penyulingan tekanan tinggi, biasa digunakan oleh kebanyakan kilang masa kini. Kaedah ini boleh memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Omega Guard dihasilkan oleh melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 paling tulen dan paling semulajadi.

Kaedah ini berjaya menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik)

Omega Guard mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang akan membuatkan anda rasa sangat rugi jika tidak mengambilnya sebagai suplemen harian anda. 

Berikut madam senaraikan tugas Omega Guard untuk membaiki taraf kesihatan anda.


1. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.

2. Membantu meningkatkan kesuburan.

3. Pengambilan secara berterusan memyerikan kulit, kulit lebih licin dan kemerah-merahan.

4. Mencegah penyakit saluran darah dan strok

5. DHA dan EPA mampu menentang trombosis

6. Merendahkan kepekatan darah dan tekanan darah tinggi.

7. Melicinkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar

8. Mengekalkan tekanan darah normal

9. Mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala

10. Merendahkan kolestrol

11. Menghindarkan pembekuan darah di dalam badan.

12. Mengawal masalah obesiti

13. Mencegah arteriosclerosis, myocardial infection

14. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

15. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin

16. DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting dalam 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.

17. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

18. Mencegah penyakit alzheimer.

19. Memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

20. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.

21. Membaiki alahan kulit, psorisis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus

erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

22. Menentang kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.

23. Meningkatkan enterogastritis, merangsang hati selepas pembedahan.

24. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

25. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)

26. Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

27. Memelihara fungsi-fungsi sendi dan membaiki gout dengan berkesan.

28. Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.

29. EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autisme, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophernia.


Berikut ialah kesan kekurangan asid lemak omega-3 pada badan kita

1. Selalu penat

2. Fungsi otak terjejas (penglihatan, kelakuan, mental dan pembelajaran)

3. Fungsi sistem saraf terjejas

4. Tekanan darah dan trigliserida tinggi

5. Radang tisu

6. Edema (bengkak air)

7. Rambut dan kulit kering

8. Fungsi tiroid dan kadar metabolisme rendah

9. Sistem imun lemah

Diet harian kita mengandungi jumlah omega-3 yang terlalu rendah sebaliknya jumlah omega-6 yang sangat tinggi.Omega-6 juga merupakan asid lemak perlu oleh badan tetapi jika diambil secara berlebihan ianya akan memudaratkan kesihatan.





Makanan proses seperti biskut, kentang goreng, emping kentang, makanan sejuk beku mempunyai kandungan omega-6 yang tinggi. Begitu juga makanan segera, donat, mentega kacang, margerin, telur, daging ayam, lembu dan makanan tenusu.


Sekian banyak makanan dengan omega-6 yang kita ambil menjadikan nisbah antara omega-3 dan omega-6 sangat tidak seimbang. Nisbah yang betul ialah 2 : 1 atau 4 : 1, namun nisbah omega-3 yang kita ambil berbanding omega-6 padahari ini adalah seperti berikut





Nisbah yang jauh ini boleh mendatangkan pelbagai kemudharatan kepada kesihatan dan kita berisiko mendapat penyakit-penyakit berikut :-

1. Sakit kardiovaskular

2. Diabetes melitus

3. Obesiti

4. Sindrom metabolik

5. Sakit usus

6. Sakit tua

7. Rheumatoid arthritis (sakit sendi)

8. Sakit asma

9. Kanser

10. Gangguan psikiatri

11. Penyakit autoimun

Maka sangat penting bagi mendapatkan asid lemak omega-3 dalam makanan seharian. Contoh seperti ikan tuna, brokoli, ikan salmon, kacang walnut dan sebagainya. Namun, jika berpijak di bumi nyata, sukar untuk kita mendapatkan jumlah omega-3 yang mencukupi bagi keperluan tubuh. Kerana sumber omega-3 mahal dan jarang diambil setiap hari.

Maka anda boleh mendapatkan omega-3 setiap hari dengan membeli Omega Guard Shaklee. Ianya tulen, bebas logam berat dan sangat berkesan memperbaiki taraf kesihatan kita.

Omega Guard Shaklee juga boleh digabungkan dengan pelbagai produk Shaklee lain untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.

Kombinasi hebat Omega Guard dengan produk Shaklee lain untuk pelbagai set seperti

1. Omega Guard + Mealshake + Lecithin = Set Anak Pintar

2. Omega Guard + Melashake = Kuatkan imuniti kanak-kanak, Kurangkan Alahan Kulit, Pulihkan Asma

3. Omega Guard + GLA + Vita-Lea = Set Kesuburan Wanita

4. Omega Guard + Lecithin + Alfafa = Set Kurus Asas

5. Omega Guard + AJHT + Ostematrix = Set Sendi Sihat

6. Omega Guard + AJHT + Vivix + Performance + Alfafa = Set Gout

7. Omega Guard + Vivix + Lecithin + Alfafa = Set Bebas Diabetes

8. Omega Guard + Vivix + Coq Health = Pelbagai sakit kronik

Jadi, dapatkan produk Shaklee mengikut masalah kesihatan dan budget anda. Saya sedia membantu.

Jom Shaklee!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz
Continue Reading