Showing posts with label detoksifikasi. Show all posts
Showing posts with label detoksifikasi. Show all posts

Monday, 15 April 2019

Collagen Powder Shaklee sudah kembali | MADAMe

Hi korang!
Setelah hampir setahun collagen Shaklee tiada di pasaran Malaysia, kini Collagen Plus Powder Shaklee kembali dengan wajah baru yang lebih menarik!

Kotak packaging yang lebih cantik.

Mula dijual mulai 15 April 2019 dengan harga yang masih sama.😊


Collagen terbaru ini ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk kulit lebih tegang, cantik jelita.😍 Berat molekul yang sangat rendah 1000dalton membantu penyerapan yang sangat tinggi! Tiada kandungan herba ginseng pfafia dan sebagainya. Terbaik kan👍

Harga jualan: RM298
Sekotak 15 sachet

Wasap MADAMe untuk order dan cantik masa raya nanti,

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668



Continue Reading

Friday, 10 August 2018

Turun berat badan secara sihat dengan Shaklee | Madame

Assalamualaikum,
Hi korang! Madam nak share Shaklee Effect sahabat Shaklee madam ni. Memang best! Cik Jaja ni berjaya turun berat badan sebanyak 15kg secara sihat dan berkesan. Cik Jaja mengamalkan juga detox Shaklee Way, senaman dan pemakanan vitamin dengan konsisten.

Jom ikuti kisah Cik Jaja.😊

Turun berat badan shaklee


Assalamualaikum 🤗
Nama diberi Nor Nafiza bt Mohd Sepuan Gan. Nama glamer Cik Jaja 😉... Baru berumur sweet 27 🤭...

Cik Jaja mula berkenalan dengan Shaklee pada tahun 2016. Mase ni kenal-kenal gitu je tak sepenuh hati lagi 😅.. Awal tahun 2017, Cik Jaja  mulai jatuh cinta sepenuh hati 😍. Cik Jaja mula consume *Set Basic Slimming* ( Alfalfa, Herblax, Lecithin) .
Cik Jaja jenis yang susah nak percaya dengan supplement kurus sebenarnya. Takut dengan side effects dan takut tak berkesan 😅.

Tapi, keyakinan jadi sangat tinggi apabila mula baca tentang kajian-kajian yang Shaklee buat serta dapat tahu supplemen Shaklee ni natural based.. No chemical so dengan sendirinya takkan ade side effects 💪🏻...

Alfalfa dan herblax ni gabungan yang sangat bagus untuk buang toksin dalam badan. Bila dah takde halangan iaitu toksin-toksin ni nutrient lagi mudah diserap dalam badan kita 💪🏻..

Lecithin pula bantu bakar lemak dan Cik Jaja jadikan perisai dalam badan.. Perisai untuk lelemaks 🤭..

Selain set basic slimming, Cik Jaja turut makan Vitamin C dan Ostematrix. Dua-dua ni pon sangat best 🤩🤩🤩....

Pengambilan secara KONSISTEN kesemua vitamin ni Cik Jaja dah berjaya kurangkan berat sebanyak 15 KILO dan alhamdulillah kulit jadi makin ok 💪🏻☺☺...

Kesimpulannya, menyesal sangat lambat berkenalan dengan Shaklee ni 😭😭😭...
Tapi in shaa Allah,perancangan Dia yang terbaik 🤭💪🏻...

Turun berat badan shaklee

Jom sihat bersama-sama Shaklee 🤗
.
.
.
Alhamdulillah, moga bermanfaat sharing Cik Jaja ni. Korang nak madam bantu untuk kurus, wasap terus ya😘

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Sunday, 7 January 2018

Jaga Hati anda dengan DTX Complex : Kenali Simptom dan Atasi Hati Bermasalah | Madame


JOM JAGA HATI ❤️

Kalau nak kesan supplement maksimum, kita perlu buang toxin dalam badan dulu.

Tubuh takkan sihat dan cantik kalau banyak toksin.

Macam mana nak buang toksin? Perlu detox dulu.

No automatic alt text available.


Salah satu produk detox paling best ni adalah DTX.. hahaha.. nama pon ala-ala sebutan detox dah.. mesti best ni.

DTX ni bersihkan hati.. dah solat, taubat semua untuk bersihkan hati secara rohani, kita makan Dtx untuk bersihkan hati secara fizikal 😍

Hati tiap-tiap hari kerja keras tau buang toksin dalam badan.


No automatic alt text available.


Antara simpton hati bermasalah 😰😰

😵mata putih jadi kuning (cepat cek mata korang)

😵perut buncit (walaupon diet exercise)

😵mulut berbau

😵lingkaran gelap bawah mata ( kalau dah cukup tidur 8 jam, still panda eyes, baik korang detox dgn Dtx)

😵 makan macam-macam supplement, tapi sati pun bagi kesan positive


Kalau ada simpton ni, jom lahh amal DTX.

Shaklee DTX Complex ni mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Image may contain: food and text

Ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed) –
✔️ melindungi hati daripada toksin, bahan kimia, dadah, dan ubatan
✔️merawat masalah hati,
✔️mencegah batu karang serta
✔️membantu dalam masalah kulit.

Artichoke –
✔️membina semula sel hati
✔️ merangsang pengaliran hempedu

Dandelion –
✔️merendahkan paras gula dalam darah, ✔️membantu fungsi hati,
✔️membantu dalam masalah sembelit

Kunyit –
✔️mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) –
✔️membina imuniti,
✔️mengurangkan kelesuan,
✔️mengurangkan masalah resdung

Schizandra –
✔️merangsang sintesis protein, ✔️memperlahankan pembentukan toksin


DTX Complex ni bahan-bahan dia diPaten tau.. takde produk lain yang boleh tiru.

Image may contain: 2 people, people smiling, closeup

Harga berbaloi dengan kesan dia 😊



Kredit : FB Hawa Tun Telani



Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani


Continue Reading

ENDOMETRIOSIS : Simptom, gejala dan cara mengatasinya | Madame

Image result for simptom endometriosis


Apa itu endometriosis?

Uterus atau rahim dilitupi dengan lapisan tisu yang dipanggil endometrium. Tisu endometrium tumbuh hanya di bahagian dalam rahim, tetapi kadang kala ia tumbuh di luar rahim, biasanya dalam organ-organ pembiakan (ovari, tiub fallopian) atau dalam kes yang jarang berlaku, ia tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing. Keadaan ini dipanggil endometriosis.

Semasa haid, lapisan uterus ini dikeluarkan melalui faraj, tetapi darah daripada tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim tidak mempunyai tempat untuk keluar. Akibatnya, pendarahan melalui tisu ini pada setiap bulan menyebabkan pertumbuhan sista, calar dan tisu parut, dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi tebal.

Sesetengah wanita tidak merasai sebarang ketidakselesaan ataupun sedikit sahaja rasa tidak selesa akibat endometriosis, tetapi sesetengah yang lain mengalami kesakitan yang teruk sebelum dan/atau semasa kitaran haid. Simptom-simptom endometriosis biasanya hilang selepas menopos.

Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang simptom. Sesetengah yang lain mungkin mengalami satu atau dua tanda amaran yang ringan hinggalah ke teruk. Jenis dan keterukan simptom-simptom itu bergantung kepada di mana endometriosis itu telah melekat, berapa dalam, dan berapa lama wanita itu telah mengalaminya; semakin lama, calar dan parut semakin banyak dan boleh menyebabkan lebih banyak masalah.


Simptom-simptom biasa endometriosis termasuk:

  • sakit pelvis yang teruk;
  • senggugut yang sangat teruk;
  • sakit ketika membuat hubungan kelamin;
  • sukar untuk hamil;
  • sakit semasa ovulasi;
  • darah haid keluar banyak atau tidak normal, contohnya hanya keluar tompokan darah sahaja;
  • sakit ketika membuang air besar, cirit-birit, sembelit atau masalah usus yang lain semasa datang haid;
  • sakit apabila membuang air kecil atau terlalu kerap membuang air kecil semasa datang haid;
  • lesu.
Sumber : Babycenter
********************************************************************************

Jom ikuti kisah Fahana. Ana muda lagi tapi sedang berjuang melawan pesakit ni dengan Shaklee!


SAYA SEORANG PESAKIT ENDOMETRIOSIS STAGE 2

Saya yakin ramai yang tak tahu bahawa saya merupakan seorang pesakit endometriosis stage 2 dan telah selamat menjalani pembedahan Laparoskopi awal bulan jun hari tu




Saya diagnosis penyakit ini beserta masalah rahim terbalik. Sebab itulah usaha saya untuk hamil anak ketiga gagal. Dah hampir 3 tahun saya TTC tetapi masih belum berjaya

Penyakit ini punca awalnya adalah STRESS dan menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan. Jika anda rajin membaca, anda akan maklum mostly pesakit endometriosis ini adalah golongan wanita profesional dan mereka ini kuat memikir dan terlalu fokus terhadap kerja. Akhirnya, mereka mengabaikan waktu rehat dan tidur. Emosi tidak stabil dan hormon mula bercelaru. Itulah yang saya alami. Stress semasa zaman bekerja makan gaji dahulu terus menerus bersambung struggle di alam perniagaan. Saya akui, tahun pertama saya berniaga, memang saya tidak cukup rehat dan tidur. Siang dan malam fokus saya 100% untuk memajukan perniagaan dan keluarga sehingga mengabaikan hak diri 😔

Haid saya bermasalah. Dulu normal saja. Tapi dari hari ke hari, haid saya yang asalnya hanya 7 hari menjadi panjang sehingga 13-14 hari dalam sebulan. Dahla panjang, kemudian tak lancar pulak. Tersekat-sekat. Saya kerap muntah, perut berangin, sebu , badan lemah dan lesu sepanjang 14hari haid. Yang paling teruk, saya menghidapi senggugut yang sangat dasyat sehinggakan 3-4 hari tidak boleh bangun. Terbaring je setiap masa

Akhirnya saya mengalah dan berjumpa dengan 2 orang pakar O&G. Pakar pertama mengatakan saya menghidapi Adeynomiosis dan saya sudah mandul. Allahuakbar. Menitis air mata saya dengar kata-kata doktor tu. tapi saya masih positif dan check dengan pakar hospital lain. Alhamdulillah pakar tersebut mengesahkan saya bukanlah sampai tahap adeynomiosis akan tetapi endometriosis stage 2 & rahim terbalik. Saya masih berpeluang untuk hamil 😭!. Sebak saya dengar.

Pakar tersebut mengesyorkan saya supaya menjalani pembedahan betulkan rahim dan laparoskopi. Saya terpaksa akur kerana saya sayangkan kesihatan dan rahim saya. Lagipun saya nak sangat hamil anak ketiga 😔

KINI ENDOMETRIOSIS SAYA BERANSUR PULIH

Ok. Dah 26 hari saya selesai menjalani pembedahan betulkan rahim terbalik dan laparoskopi. Pakar mengatakan luka ceaser saya yang dulu sangat teruk melekat-lekat. Mungkin puncanya saya kuat makan haruan & pati ikan haruan serta air gamat. Yela dulu arwah mak tak tahu bab ni. Saya makan pun atas saranan orang tua 😔.

Pakar mengesyorkan saya mengambil injection lucrin untuk menghentikan haid. Fungsi lucrin ni supaya saya tak datang haid selama 3-6 bulan dan endometriosis akan mengecut dengan sendirinya sebab senggugut semasa haid adalah makanan bagi penyakit ni. Kronik sungguh !

Tapi saya berbincang dengan doctor supaya bagi saya masa sebulan untuk ubati penyakit ini dengan cara lain dulu. Doctor akur. Tapi beliau letak syarat, jika saya sengugut lagi bulan jun ni, by hook or by crook saya WAJIB ambik injection lucrin.. Arghh saya takut sangat sebab side effect lucrin tu yang saya risaukan. Dahla haid tak datang selama beberapa bulan, saya akan jadi menapous sementara waktu, mood swing, tulang reput dan macam-macam lagi

So saya usaha gigih sepanjang bulan Jun ni telan suplemen khas buat pesakit endometriosis. Downline saya pun ramai doktor perubatan. Saya rujuk doctor Hasifah Mohd. Yusof & doktor Asma' Mohd Haslan tentang penyakit ni, serta dos yang perlu saya ambil.

23hb Jun hari tu saya period. Mula-mula ada rasa sakit jugak. Biasala kan sengugut tapi tak teruk macam sebelum ni. Dulu berguling-guling atas katil. Tapi hari pertama haid bulan ni tak ada!. Hanya sakit yang minima. Saya takda muntah, perut sebu & kembung. Semua tu TAK ADA ! Cuma saya heavy flow. Sehari berbelas pad. Rasa macam anemia sikit dan agak lesu.

Selama 2 tahun, haid saya sangat panjang. 13-14 hari tapi hari yang betul-betul keluar darah cuma 5-6 hari. Selebihnya tak ada darah. Begini tau

Hari 1-4 = ada darah, heavy flow
Hari 5-10 = tak ada darah, bersih
Hari 11-13 = keluar darah balik sikit-sikit

Endometriosis ni puncanya darah backflow. Darah yng sepatutnya keluar, dia tak keluar tapi pusing masuk balik ke dalam rahim. Haa tu yang bahaya. Jadi malam hari ke-4 tu saya dah start stress sebab saya risau hari ke-5 darah tak keluar. Malam tu sebelum tidur, saya telan Vivix 1 sudu besar & 2 biji GLA Complex. Tidur malam tu perut saya memulas-mulas jugak. Saya biar je. Bangun pagi esok, saya macam nak sengugut sikit. Saya telan lagi 1 sudu kecil Vivix + 3 biji Omega Guard. Amazingly, darah keluar sangat banyak dan hitam ! Subhanallah Walhamdulillah 😭😭

Sepatutnya darah hitam hari ke-5 tu adalah darah yang keluar pada hari ke 11 tau. Tapi bulan ni darah haid saya lancar selancarnya seperti dahulu kala 😭 Nangis saya hari tu..

Maka pada bulan ni, saya dah tak perlu merana lagi sengugut teruk dan hadap haid yang berpanjangan. Hari ni hari ke-7 dan saya sudah boleh solat tarawikh dan menikmati malam-malam terakhir ramadhan yang sangat dirindui 😢😢😢😢

Awal bulan Julai nanti saya akan ada appointment dengan pakar O&G dan pakar nak dengar keputusan saya samada nak injection untuk hentikan haid atau tak..

Jawapan saya pada pakar

"Saya taknak injek doktor. Saya nak haid saya datang macam biasa sebab kini saya dah tak sakit lagi 😊😊"

Oh ya lupa nak cakap. Saya rasa penyakit ni semakin pulih pun sebab saya detox selama 2 bulan. Barulah segala khasiat vitamin lain berkesan terhadap tubuh

Terima kasih Allah

Terima kasih Shaklee kerana telah mencipta suplemen sehebat Vivix, DTX Complex, GLA Complex dan Omega Guard!

Setahun berlalu, agaknya apa yang jadi pada Ana?




Alhamdulillah, lepas dapatkan rawatan pakar tu, beliau hamil anak ketiga yang sekian lama dinanti-nanti, lebih sihat dan paling best dapat menyusukan anak asbab Shaklee!

Kredit: Dinas Zafran & Master Fahana
*********************************************************************************

Jom Shaklee bersama kami!

Team MADAMe


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani

Desclaimer:
  • Kesan penggunaan produk adalah berbeza bagi setiap individu.
  • Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog/web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading

Tuesday, 18 July 2017

5 CARA BERSIHKAN USUS @ Shaklee Jitra


5 Cara Semulajadi Untuk Bersihkan Usus Dan Menyelamatkan Nyawa


5 langkah di bawah ini nampak mudah tetapi sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa kita;


1.0 Ubah Tabiat Makanan Sekarang

Makanlah lebih banyak serat daripada sumber sayuran dan buah-buahan. Ambil 20-35 gram serat sehari untuk menyapu bersih sampah dalam usus dan menurunkan berat badan.


2.0 Minum Lebih Banyak Air Masak

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana air membantu proses pencernaan berjalan lancar sekaligus membebaskan usus dari kotoran yang tidak diingin.

Keperluan air badan seseorang diukur berat badan. Contohnya, 25kg jisim  perlukan 1 liter air.

Macam  madam berat badan 51kg, jadi perlu minum air masak 2 liter !


3.0 Tingkatkan Pengambilan Yogurt

Tubuh memerlukan bakteria baik untuk memproses gizi tertentu. Tanpa bakteria ini, mikroorganisma penyebab penyakit akan bermaharajalela dalam badan. Makanlah 1-2 hidangan yogurt sehari.


4.0 Ubah Gaya Hidup

Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal selama 30 minit sehari dengan berjalan, jogging atau pun mengemas rumah. Gaya hidup aktif akan meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebih banyak kalori. Tubuh akan lebih cergas dan sihat.


5.0 Pengambilan Supplemen Membantu Proses Detoks


1. DETOKS USUS

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Image result for herb lax shaklee

Amalkan pengambilan supplemen seperti Herblax Shaklee untuk membantu proses penghadaman berjalan lancar. Supplemen ini semulajadi, selamat dan berkesan.



2. DETOKS DARAH DAN SELURUH BADAN

ALFALFA COMPLEX





3. DETOKS HATI

DTX COMPLEX

Image result for dtx shaklee

Sistem pencernaan manusia ini adalah rumah kepada pelbagai penyakit kanser dan penyebab banyak penyakit kanser yang boleh membawa maut.



JOM SHAKLEE BERSAMA KAMI

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
COD Jitra




Continue Reading

Thursday, 6 July 2017

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE @ Shaklee Jitra

Alfalfa merupakan RAJA SEGALA TUMBUHAN. Baca entry berkenaan di sini.

Daun alfalfa



1. Ia mempunyai sistem akar yang panjang – 20 hingga 30 kaki ke dalam tanah.

2. Merupakan ramuan herba :

Medical benefits of herb – dikenali sejak berzaman lagi. 

Memiliki “ healing properties just an effective as drug but with ought the side effects”

3. Turut dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan”, Alfalfa adalah makanan yang lengkap – makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga yang membekalkan :

15 mineral, 10 vitamin, dan 8 enzim Fiber (saponin)

4. Sumber yang terkaya dengan klorofil

5. Merupakan sumber mikronutrion yang paling kaya – membuatkan sistem badan berjalan lancar

Alfalfa ni merupakan formula Shaklee signature yg pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun ini 1950an. Jadi bayangkan ia dh lama memberi khasiat kepada manusia, lebih 60 tahun tau!


Alfalfa Complex Shaklee ni kaya dengan 
protein - 18.9% berbanding daging lembu, 
3.3% berbanding susu dan 
13.1% berbanding telur. 


Akar Alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain,


Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.



Alfalfa Shaklee ada dua saiz..S dan L

KANDUNGAN ALFALFA SHAKLEE



Alfalfa terkenal sebagai makanan tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai makanan penggalak susu, membantu membuang angin di dalam badan, melawaskan sistem penghadaman, dan sangat baik diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.



Pokok Alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah, yang menyebabkan Alfalfa merupakan antara tumbuhan yang mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian yang berada jauh di dalam tanah. Unikkan?


APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?



Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.


Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.


Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.


Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.


Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.



APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?



Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.


Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.


Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak.


Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.


Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.


Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.


Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.



Siapakah yang boleh ambil Alfalfa?


Wanita dan para isteri

- Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnye yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah maka ia membantu dalam "hubungan suami isteri". Malah ada juga yang mengaitkannye dengan membantu pembesaran payudara.

Ibu-ibu yang menyusukan

- Kerana ia dapat merangsang dan menambahkan pengeluaran hasil susu dan menjadi susu lebih bernutrisi

Lelaki dan para suami

- Membantu dari segi menghilangkan bau badan, merawat gangguan pencernaan, meningkatkan kesihatan prostat, menyahkan toksin dalam badan.... Jadi kaum lelaki jangan takut nak ambil Alfalfa

Setengah orang panggil jamu moden.. Hehee..


Kebaikan Alfalfa Shaklee Dalam Kesihatan


Menyingkirkan toksin (detoks)

Makanan yang tercemar boleh menyebabkan toksin wujud di dalam badan anda.Apatah lagi makanan yang mempunyai pewarna dan juga perasa tiruan.Toksin ini melekat pada saluran percernaan yang menyebabkan hati terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan toksin tersebut
Sebab tu ambl alfalfa better minum air putih secukupnya


Kelebihan Alfalfa Complex



1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
4. Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti panas dan cirit birit
5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan
6. Membantu melengkapkan zat dan nutrisi dalam pemakanan.




SIAPA PERLUKAN KHASIAT ALFAFA SHAKLEE?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)
6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
11. Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
12. Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya



Lihat beberapa testi menarik ni!




Harga lebih murah untuk ahli Shaklee sahaja. Jadi ahli saya. Wasap terus okeh :)


Jom Shaklee bersama saya!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz


Continue Reading

Wednesday, 7 June 2017

ALFALFA, RAJA SEGALA TUMBUHAN @ Shaklee Jitra


Image result for alfalfa shaklee


Baca tajuk pun dah kagum kan.. btul x?? hehe

Assalamualaikum semua,

Madam nk cerita keistimewaan Alfalfa ni. Penah dengaq x pasal tumbuhan ni?


Image result for gambar tumbuhan alfalfa
Ni la rupa tumbuhan Alfalfa




ALFALFA 》》》 RAJA SEGALA TUMBUHAN

Alfalfa Complex memang berbeza dengan yang lain.


Ladang Alfalfa Shaklee ni diusahakan secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja yang bebas kimia.

Alfalfa (Medicago sativa) memiliki gred paling tinggi dalam kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar, akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki (lebih 6m) ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Bagusnya, daun Alfalfa di ladang Shaklee ni hanya dituai bila dah mencapai tahap kematangan mutlak dan kaya dengan KLOROFIL. Daun dikeringkan dengan udara secara semulajadi, dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Semua proses for sure lah dikawal dengan ketat dan teliti.

Patutlah tablet Alfalfa Complex warna hijau lumut. 100% dried leaves rupanya!





Related image


Image result for alfalfa shaklee
Pelbagai khasiat Alfalfa



Image result for alfalfa shaklee

Banyak manfaat dari Alfalfa ni kan!

Jom Shaklee!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz
Continue Reading