Monday, 8 January 2018

STEROID : Bahaya dan Kesan Steroid dalam Ubat kepada Ibu Hamil dan Bayi | Madame

Assalamualaikum,

Pasti ramai familiar dengan perkataan STEROID kan? Apa itu steroid? Jom ketahui bahaya dan kesan pengambilan STEROID terhadap manusia terutamanya kepada ibu hamil dan bayi.

Related image



Apakah itu Steroid? 

Steroid merupakan sejenis hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan. Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya hanya atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid pula perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Steroid terbahagi kepada dua jenis iaitu steroid anabolik dan kortikosteroid. Steroid anabolik merupakan steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki. Kortikosteroid pula terbahagi kepada beberapa jenis seperti prednisolone, dexamethasone, betamethasone dan lain-lain.

Steroid anabolik kebiasaannya adalah dalam bentuk cecair untuk disuntik manakala kortikosteroid terdiri daripada pelbagai sediaan seperti dalam bentuk tablet/kapsul, krim, ubat sedut (Inhaler) dan titis mata. Sediaan yang pelbagai ini bertujuan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan. 

Sebagai contoh, pesakit ekzema akan menerima steroid dalam bentuk krim untuk di sapu ke bahagian bermasalah. Manakala pesakit asma akan menggunakan ubat sedut untuk melegakan radang pada paru-paru dan saluran pernafasan. Steroid dalam bentuk kapsul/tablet pula akan diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah seperti gout atau athritis.

Image result for steroid untuk asma


Kegunaan Steroid

Dalam perubatan moden, steroid anabolik seperti testosterone berfungsi untuk membantu dalam pembinaan otot badan. Sebagai contoh, doktor akan mempreskripsikan ubat ini untuk merawat pesakit AIDS yang mengalami pengecutan otot.

Berbeza dengan steroid anabolik, kortikosteroid pula bertindak dengan mengurangkan bengkak atau dengan kata lain bertindak sebagai agen antiradang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan tindakan imun badan yang terlampau aktif.

Oleh sebab sifat antiradang kortikosteroid, ia digunakan dalam rawatan pesakit asma dan arhtritis. Kortikosteroid juga turut digunakan dalam rawatan penyakit seperti lupus (keradangan kronik), ekzema, psoriasis dan alergik. Selain daripada itu, Kortikosteroid turut diberikan kepada pesakit yang menerima organ transplan untuk mengelakkan penolakan organ baru oleh badan.



Kesan Sampingan

Sama seperti ubat-ubat lain, pengguna akan merasa pening dan mual selepas mengambil steroid. Dalam jangka masa pendek, pengguna steroid akan mengalami pertambahahan berat badan yang mendadak. Bahagian muka akan menjadi sembab dan bulat atau lebih dikenali dengan istilah “moon face”.

Image result for kesan steroid

Selain daripada itu, bagi pengguna lelaki, mereka akan mengalami kehilangan rambut yang mengakibatkan botak pada bahagian tertentu kepala. Keadaan ini hanya sementara, rambut akan tumbuh semula selepas pengambilan steroid dihentikan. Masalah jerawat juga akan timbul dalam kalangan pengguna steroid. Kulit pula akan menjadi nipis dan menyebabkan ia mudah luka.

Seterusnya mereka yang pernah mengalami gastrik, perokok atau pengguna alkohol berpotensi besar untuk mendapat ulser pada organ pencernaan seperti di perut dan usus apabila mengambil steroid.

Pengambilan steroid dalam jangka masa panjang pula, akan mengakibatkan tulang menjadi rapuh menyebabkan tulang menjadi tidak kuat dan mudah patah walaupun terkena hentakan yang perlahan. Bukan itu sahaja, malah penggunaan steroid dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan buah pinggang dan mendedahkah penggunanya kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Penggunaan steroid untuk tempoh yang lama di bahagian mata pula boleh menyebabkan penghasilan selaput mata berlebihan dan menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai katarak

Penggunaan steroid dalam kalangan kanak-kanak untuk tempoh yang lama boleh mengganggu kadar pertumbuhan kerana ubat steroid menghalang penghasilan hormon tumbesaran di dalam badan manusia


Bahaya Steroid / Penyalahgunaan Steroid

Walaupun penggunaan ubat steroid adalah atas nasihat doktor, steroid tetap memberi kesan sampingan apatah lagi sekiranya digunakan tanpa kawalan. Dewasa ini, terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mencampurkan steroid ke dalam produk kesihatan keluaran mereka bagi menambahkan keberkesanan produk tersebut. Bukan setakat ubat, makanan dan kosmetik juga adakalanya dicemari dengan steroid kerana kerakusan pengeluar atau penjual mengaut keuntungan.

Bahaya Steroid kepada Ibu Hamil dan Bayi

Ibu hamil yang mempunyai masalah asma atau SLE, kebiasaannya mengambil steroid jenis prednisolone. Tapi mestilah pada kadar/dos yang rendah. Ini bagi mengelakkan kesan kepada kandungannya.

Berikut antara kesan yang bakal dihadapi oleh ibu hamil dan bayi.

Image result for steroid kepada ibu hamil

Sumber : http://www.knowyourmedicine.gov.my/node/1004




Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani

0 comments :

Post a Comment