Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Monday, 23 April 2018

HB Rendah : Kesan dan Bahaya kepada Ibu Hamil dan Bayi | Madame


HB rendah semasa hamil
Assalamualaikum,

Ibu2 selepas disahkan hamil, mesti akan ke klinik untuk buka buku pink kan. Antara yang utama nurse akan check adalah paras HB darah. Kalau bacaan HB rendah iaitu kurang dari 11, terus dicatit dengan pen merah.

Maka bermula la adegan asyik kena jumpa doktor ja untuk cek kenapa HB rendah. Doktor akan cadangkan obimin atau iberet. Kalau tak berkesan jugak, up dose lak. Kalau bacaan HB masih menurun, kena buat pulak ujian zat besi untuk tengok  kandungan feritin dalam darah. Next, kalau tak ok jugak, buat pulak HB analisis untuk cek talasemia.huhu..

Memang letih asyik ulang gi klinik ja, amik darah dan jumpa doktor. Tau tak kenapa HB normal penting sangat semasa mengandung?
.
.
💖Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
.
.
Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
.
.
Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
.
.
Kesan kepada ibu:

🚺Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
🚺Mengalami keguguran
🚺Mengalami kegagalan jantung
🚺Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
🚺Risiko alami penyakit berjangkit
.
.
Kesan kepada bayi dalam kandungan:

🚼Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
🚼Lahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
🚼Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
🚼Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
🚼Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Ibu2 boleh amalkan vitamin tertua di dunia, sejak 1915 iaitu multivitamin Vita-Lea Iron Formula untuk mengekalkan paras HB darah.👍👍👍

Boleh wasap madam untuk konsultasi ya!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Monday, 9 April 2018

4 Jenis Trauma Ibu Hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Madam kini hamil 30minggu. Jadi madam nak kongsi hari ni berkaitan trauma ibu hamil. Kehamilan merupakan suatu yang dinantikan oleh setiap insan yang bergelar ibu. Janin yang semakin hari semakin membesar di dalam rahim seorang ibu membawa perubahan hormon serta perubahan lain kepada si ibu sehingga sesetengah perubahan membawa kepada ketakutan atau trauma. 4 jenis trauma yang dimaksudkan ialah:

Trauma ibu hamil


1) Kekejangan kaki
Kaki kejang semasa hamil bagaikan suatu kemestian. Hal ini berlaku kerana semasa hamil, Kalsium diperlukan oleh kandungan untuk membesar dan membentuk tulang dan gigi. Kekurangan kalsium melalui makanan dan minuman yang diambil oleh ibu semasa hamil menyebabkan kalsium tersebut ‘dicuri’ oleh anak dalam kandungan untuk tumbesaran bayi. Dan dengan sebab itulah  ibu-ibu sering mengalami kekejangan kaki sewaktu pagi terutama di pagi hari yang sejuk. Seeloknya ibu-ibu memakai stokin untuk mengurangkan kekejangan kaki selain mengambil sumber Kalsium yang lebih.

2) Sembelit
Antara mimpi ngeri ibu-ibu hamil ialah sembelit semasa hamil. Sembelit yang dialami biasanya disebabkan oleh pengambilan tablet zat besi (Iron) yang diambil untuk menaikkan bacaan Hb (hemoglobin) agar bayi tidak terkena anemia. Pengambilan zat besi menyebabkan sembelit kerana hanya sebahagian sampai ke pembuluh darah, manakala yang lebihnya pergi ke sistem pencernaan kita dan menyebabkan najis menjadi keras. Namun kesan sampingannya ialah menyebabkan ibu-ibu sembelit. Berada lama di dalam tandas dalam keadaan meneran dengan sakit bukanlah satu pilihan yang baik dibuat oleh ibu-ibu hamil.

3) Buasir
Apabila menghadapi sembelit, pastinya kebarangkalian untuk mendapat buasir bukan suatu yang mustahil. Hal ini kerana najis yang telah lama berada di dalam usus besar tidak dibuang disebabkan trauma kesakitan meneran sehingga menyebabkan ia ‘keluar’ dari tempatnya dan malah lebih parah menyebabkan pendarahan yang kita kenali sebagai buasir. Apabila terkena buasir, mimpi menjadi semakin ngeri untuk ke tandas malah juga untuk duduk di kerusi disebabkan kesakitan yang dialami.

4) Cepat letih dan mengantuk
Kehamilan melibatkan dua individu, iaitu tumbesaran bayi dalam kandungan dan ibu yang membawa bayinya dalam kandungan. Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
.
.
Pengambilan suplemen multivitamin Vitalea Iron Formula dan Ostematrix membantu ibu-bu hamil untuk mengatasi keempat-empat trauma ini.

Vitalea diambil waktu siang sebanyak dua biji selepas sarapan manakala Ostematrix diambil sewaktu malam sebelum tidur. Keesokan paginya, ibu-ibu akan bangun dalam keadaan segar dan bersemangat kerana tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Vitalea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan ibu-ibu sembelit semasa membuang, malah bacaan hemoglobin semasa hamil juga akan kekal pada bacaan yang normal bagi ibu-ibu mengandung. Selain itu, Vitalea turut memberi ibu-ibu tenaga untuk aktiviti harian sepanjang hari. Insya allah ibu-ibu tidak lagi penat melepek di sepanjang kehamilan.

Untuk konsultasi percuma, wasap madam okeh!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Monday, 25 December 2017

GDM (KENCING MANIS) SEMASA HAMIL | Madame


Image result for kencing manis ketika hamil

GDM (kencing manis semasa hamil) sangat merisaukan sahabat saya ni.

Gestational Diabetis Melitus (GDM) berpotensi berlaku apabila tubuh tidak mampu menghasilkan hormon insulin yang mencukupi untuk metabolisme glukosa dalam darah. Insulin ini bertujuan mengubah glukosa kepada tenaga dalam sel tubuh kita.


GDM ini jika tidak diatasi, akan memberi risiko terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

Risiko kepada ibu hamil:
- risiko tekanan darah tinggi
- kesukaran melahirkan bayi
- risiko mempunyai diabetes jenis 2

Risiko kepada bayi pula:
- bayi bersaiz besar
- paras glukosa darah bayi rendah selepas dilahirkan
- kesukaran bernafas
- masalah pertumbuhan jangka panjang selepas kelahiran


Semasa kandungan ketiga ni, sahabat saya ni di sahkan GDM. Kandungan sebelum ni ok saja. Tak ada masalah.

Jadi, saya akak cadangkan multivitamin Vitalea, B Complex dan kalsium Ostematrix untuk membantunya.

Moga dipermudahkan urusan Siti Rohimah sepanjang mengandung ni ya :)




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
https://www.wasap.my/+60194207668
ID 1264241

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Saturday, 30 September 2017

Thursday, 28 September 2017

Monday, 18 September 2017

Sunday, 17 September 2017

IKHTIAR HAMIL : Try To Conceive (TTC)

Last entry saya share tentang TTC (try to conceive) dan testimoni sahabat saya yang berjaya hamil dengan Shaklee. Kali ni saya nak kongsikan pula apakah suplemen yang Shaklee syorkan untuk membantu tingkatkan kesuburan seterusnya membuka peluang untuk hamil.

Untuk pengetahuan anda, kesuburan boleh ditingkatkan degan pengambilan suplemen, selain berikhtiar dengan pelbagai cara yang lain. Masalah suami perokok, berat badan berlebihan, stress, pcos, cyst, kekurangan nutrisi dan sebagainya mesti ditangani terlebih dahulu sebelum tubuh betul-betul bersedia untuk hamil. Sebab itulah bagi sesetengah customer kami, proses untuk hamil mengambil masa. Dan tentu anda pernah dengar kes di mana ramai yang 'lekat' sebaik sahaja berjaya menurunkan berat badan.



SET ASAS KESIHATAN KELUARGA SHAKLEE -

DIAMBIL OLEH SUAMI DAN ISTERI UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN




Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Dan jangan tak tahu, mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki!!.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma. Vitamin B amat penting untuk menghilangkan stress ok!.

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik dan lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Energizing Soy Protein (ESP) - ESP merupakan soya pemberi tenaga kepada suami isteri untuk bersama. Selain itu ia juga merupakan protein untuk membanyakkan sperma kerana sperma bersumberkan protein.


Suami isteri dinasihatkan untuk mulakan ikhtiar hamil dengan Shaklee melalui pengamalan set kesihatan keluarga ini terlebih dahulu. Tubuh yang sihat akan bersedia dengan sendirinya untuk proses kehamilan berlaku. Jika telah hamil pun, teruskan consume set ini kerana suplemennya juga merupakan sebahagian set hamil, malah set berpantang dan menyusu juga. Berbaloi-baloi kan!


SET KESUBURAN SHAKLEE (SUAMI)




Vita E Complex dengan Selenium - Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.


SET KESUBURAN SHAKLEE (ISTERI)



GLA Complex – Tujuan asalnya adalah untuk membetulkan kitaran haid atau membetulkan hormon kita, kerana kitaran haid yang tidak teratur menjadi punca utama ketidaksuburan wanita. Jika isteri tidak mempunyai masalah kitaran haid, GLA bertindak dengan lebih cepat untuk membantu menghasilkan cecair pada faraj yang subur dan berkualiti. Ini amat penting untuk membantu sperma dapat hidup dengan lebih lama dalam rahim isteri.




Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.


VITAMIN TAMBAHAN (UNTUK SUAMI ISTERI) 

COQ Health Plus – Memberi tenaga luar biasa kepada sperma supaya mampu bertahan lama dan berenang dengan lebih jauh ke rahim isteri.







Vivix - Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.


Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.


Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.


Apapun, kita hanya mampu berusaha sehabis daya dan berikhtiar dengan apa sahaja cara yang terbaik. Selebihnya bertawakkallah kepada Allah, semoga dipermudahkan urusan kita.


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
Page Shop at Niewa
Continue Reading

Saturday, 26 August 2017

PEMBUNUH SENYAP : PULMONARY EMBOLISM @ Shaklee Jitra

Image result for pembunuh senyap wanita berpantang

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. 

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. 

Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. 

Image result for wanita berpantang

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:

  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.


Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:

  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Kredit: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Sumber : http://www.mmgazette.com/pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-dr-mardiana-kipli/

*********************************************************************************

SET KEHAMILAN & SET SELEPAS BERSALIN untuk membantu melengkapkan nutrisi dan kesihatan ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading

Friday, 18 August 2017

Bengkak Tyroid @ Shaklee Jitra

Assalamualaikum.

Madam sharing testimoni ya :)

*******************************************************************************

Hari ni Shu nak share pengalaman berharga bershaklee. InsyaAllah

Alhamdulillah, dengan izin Allah shaklee banyak membantu Shu dari segi menambahbaik tahap kesihatan.

Sebelum ni Shu ada bengkak thyroid. Badan pulak memang kurus, susah sangat nak naik berat badan.

Tapi Alhamdulillah, lepas Shu consume vivix dan set tambah berat.. berat badan Shu naik jugak walaupun tak banyak.

Dan yang paling buat Shu happy bila pi buat ultrasound thyroid Februari 2017 ritu Doktor cakap bengkak dah tiada. Semuanya normal. alhamdulillah.

Sejak dari tu Shu memang konsisten ambil vivix dan share kebaikan dengan kawan2 dan sedara mara.

Kredit : Cikgu shuhada

*******************************************************************************

Image result for set tambah berat shaklee


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading

Thursday, 10 August 2017

TALASEMIA & HB RENDAH @ Shaklee Jitra


KAMI PEMBAWA THALASSEMIA!!😩

Ramai yg xtahu yg saya ni pembawa thalassemia..saya pun baru tahu sejak mengandungkan Faitah dulu😁

Sebab tu saya kerap kena serangan migrain especially kalau xcukup tidur,perubahan cuaca,lambat makan (eh?ade kaitan ke?haha)..ye la,maybe oksigen xcukup ke kan?huhu..

Dulu bila sy dapat tahu yg sy ni pembawa thalassemia,cepat2 sy test darah suami sy,alhamdulillah darah suami sy normal..kalau la suami sy pun pembawa jgk,mmg patutla sy risau,sebab anak sy berisiko dapat thalassemia major yg mungkin memerlukan pemindahan darah stiap 2 mnggu sekali..dan ada byk lg komplikasi lain kalau thalassemia major ni..

Sebab tu penting sepatutnya kita buat ujian darah ni sebelum kita bercinta dgn bakal suami kita tu tau!supaya bile kite tahu yg dia pembawa thalassemia jgk,kite boleh reject dia awal2 lg!hahaha!!..ye la,utk elakkan mudharat yg lebih besar pada masa akn dtg kn?tapi manusia zaman sekarang ni,xkisah dh semua tu,cinta tu buta katanye🙄

Nak dijadikan cite,masa cek mengandung kakak sy yg sorg ni Siti Nurulhuda Ibrahim ni, dia pun ade jgk thalassemia pembawa ni..adeh..kemain cuak lg dia!terus suruh husband dia pun cek darah aritu jgk!terkulat2 abg ipar sy tu kena paksa amik darah,dtg utk teman je asalnye😆

Nasib baik darah abg ipar sy tu normal,kalau x xtahu la ape nasib dia..wakakaka😅

Then,bile sy tau kakak sy ni pembawa thalassemia jgk,sy maintain dia dgn iron yg maintainance dose je-obimin,yg ade 30mg iron je dlm tu..org yg ade pembawa thalassemia ni,xleh bg iron byk2 ye..pastu ble darah merah dia dh start drop dh,dia pun cuak..haha 10.8 je kut,sy dulu 9 pun rilek je

Utk meredakan cuak dia,sy pun bg vitamin c..just utk enhancekn/lebihkn penyerapan iron dgn lebih bkesan&suggest utk makan dgn cara yg betul..tp xnaik2 jgk!😩

So,sy tukar ke iberet..pun iron supplement jgk,tp tinggi sket je kandungan ironnye..iberet ni recommended utk patient yg mana ade iron deficiency anaemia (kurg zat besi) terutamanya semasa mengandung sbb better absorption&less side effects..xtinggi mana pun,jumlah iron yg diserap(elemental iron) cuma 105mg je..maksimum dose 20mg/kg (lebih kurg 1000mg lebih la kalau 50kg) sehari,ini yg bleh bg side effect-multisystem organ failure etc..

Pun xnaik jgk!haaaihh..dah buat spotcek makan pun dh dgn cara yg betul (iron xboleh mkn dgn susu,teh,kopi ye),pun xnaik2 jgk haaaihh..nk buat ape lg ni,kakak sy tu dhla cepat menggelabah 😂

So,nk dijadikan cite,masa kandungan dia dh hampir 7bulan tu,sy berkenalan dgn shaklee..sy pun syorkn vitamin c shaklee ni sbb vitamin c shaklee ni special,sbb sustained release 500mg..maksudnya dia lepaskn vitamin c secara perlahan2 dlm badan kite,every hour 100mg,so tahan utk 5jam..kalau yg kt klinik ni 100mg je,jadi hanya bertahan utk sejam je lah..kalau ade product yg xsustained release tu konon 600mg ke,yg diserap cuma 100mg tau,yg lebih tu,badan akn buang..haaa,rugi kn?

So,nk citenye..kakak sy ni baru bln lepas dia start amik vitamin c ni sbb sy sruh habiskn dulu stok vitamin c klinik yg sy bg sblmni..bulan lepas dia start mkn..then,bulan ni bila amik darah,terkejut!!bleh tgk result dia kt bawah ni!!😱😱😱 kemain happy sengih sampai ke telinga lg dia..ye la,org perfectionist,semuanya nk perfect!🙆🏻

Normal value yg kita target utk ibu mengandung ni,lebih 11 g/dL ye kalau kt klinik sy ni &kalau ikut guideline..xpasti kalau klinik lain amik value berapa..tp nk citenye,rasa amazing jgk product shaklee ni,result terus nampak depan mata okey!ini bukan omong kosong tau!!boleh tgk gambar kt bawah ni sbg bukti..ok,xmau cakap byk dh,ni pun panjang dh.asalnye nk tulis pendek je😆

So,biar gambar je la berbicara!😉👇



Kredit : FB Siti Nur Al Enzzahti


Jom Shaklee bersama kami!



Azwani Aziz
ID1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
COD Jitra
Continue Reading

Tuesday, 6 June 2017

SET HAMIL BAJET @ Shaklee Jitra


Assalamualaikum semua,
Apa kabar rakan2 alam maya madam?


Alhamdulillah, madam sekeluarga sihat..cuma madam skg ni ada tanda2 nk selsema..sbb dh rasa sikit2 perit tekak ni.huhu

Tapi xpa, vitamin C Shaklee kan ada.hehe..Plus, madam kena minum ayaq masak byk2..so hrp xmelarat la n cpt lega..Amin..


Well, hr ni madam nk share pasal SET HAMIL SHAKLEE. Klu nak ikutkan, set hamil, set berpantang n set menyusu lebih kurang ja bahan2/produk2 dia.hehe..Tu yg best tu..jd xrugi pun..dari hamil sampai bersalin n menyusu baby,still boleh consume Shaklee!

Semuanya ikut bajet dan keperluan anda actually..Kalau mampu, amik la full set..Klu x, madam boleh suggestkan ikut bajet masing2.

Ada kawan madam, waktu hamil amik 2 ja iaitu OsteMatrix dan B Complex. ini pun sudah memadai.



Di bawah ni, ada pilihan2 pakej yg boleh diambil oleh ibu2 sekalian. :)


Jom tengok, apa manfaat bagi setiap produk dlm set ni kepada ibu2 semua nah.. :)




Image result for testimoni set hamil shaklee


Jadi, pilih lah yg mn ibu2 berkenan n berkemampuan ikut bajet masing2.
Untuk free consultations, wasap madam okeh!


Jom Shaklee!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz


Continue Reading