Showing posts with label hb rendah. Show all posts
Showing posts with label hb rendah. Show all posts

Monday, 23 April 2018

HB Rendah : Kesan dan Bahaya kepada Ibu Hamil dan Bayi | Madame


HB rendah semasa hamil
Assalamualaikum,

Ibu2 selepas disahkan hamil, mesti akan ke klinik untuk buka buku pink kan. Antara yang utama nurse akan check adalah paras HB darah. Kalau bacaan HB rendah iaitu kurang dari 11, terus dicatit dengan pen merah.

Maka bermula la adegan asyik kena jumpa doktor ja untuk cek kenapa HB rendah. Doktor akan cadangkan obimin atau iberet. Kalau tak berkesan jugak, up dose lak. Kalau bacaan HB masih menurun, kena buat pulak ujian zat besi untuk tengok  kandungan feritin dalam darah. Next, kalau tak ok jugak, buat pulak HB analisis untuk cek talasemia.huhu..

Memang letih asyik ulang gi klinik ja, amik darah dan jumpa doktor. Tau tak kenapa HB normal penting sangat semasa mengandung?
.
.
💖Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
.
.
Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
.
.
Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
.
.
Kesan kepada ibu:

🚺Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
🚺Mengalami keguguran
🚺Mengalami kegagalan jantung
🚺Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
🚺Risiko alami penyakit berjangkit
.
.
Kesan kepada bayi dalam kandungan:

🚼Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
🚼Lahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
🚼Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
🚼Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
🚼Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Ibu2 boleh amalkan vitamin tertua di dunia, sejak 1915 iaitu multivitamin Vita-Lea Iron Formula untuk mengekalkan paras HB darah.👍👍👍

Boleh wasap madam untuk konsultasi ya!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Monday, 9 April 2018

4 Jenis Trauma Ibu Hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Madam kini hamil 30minggu. Jadi madam nak kongsi hari ni berkaitan trauma ibu hamil. Kehamilan merupakan suatu yang dinantikan oleh setiap insan yang bergelar ibu. Janin yang semakin hari semakin membesar di dalam rahim seorang ibu membawa perubahan hormon serta perubahan lain kepada si ibu sehingga sesetengah perubahan membawa kepada ketakutan atau trauma. 4 jenis trauma yang dimaksudkan ialah:

Trauma ibu hamil


1) Kekejangan kaki
Kaki kejang semasa hamil bagaikan suatu kemestian. Hal ini berlaku kerana semasa hamil, Kalsium diperlukan oleh kandungan untuk membesar dan membentuk tulang dan gigi. Kekurangan kalsium melalui makanan dan minuman yang diambil oleh ibu semasa hamil menyebabkan kalsium tersebut ‘dicuri’ oleh anak dalam kandungan untuk tumbesaran bayi. Dan dengan sebab itulah  ibu-ibu sering mengalami kekejangan kaki sewaktu pagi terutama di pagi hari yang sejuk. Seeloknya ibu-ibu memakai stokin untuk mengurangkan kekejangan kaki selain mengambil sumber Kalsium yang lebih.

2) Sembelit
Antara mimpi ngeri ibu-ibu hamil ialah sembelit semasa hamil. Sembelit yang dialami biasanya disebabkan oleh pengambilan tablet zat besi (Iron) yang diambil untuk menaikkan bacaan Hb (hemoglobin) agar bayi tidak terkena anemia. Pengambilan zat besi menyebabkan sembelit kerana hanya sebahagian sampai ke pembuluh darah, manakala yang lebihnya pergi ke sistem pencernaan kita dan menyebabkan najis menjadi keras. Namun kesan sampingannya ialah menyebabkan ibu-ibu sembelit. Berada lama di dalam tandas dalam keadaan meneran dengan sakit bukanlah satu pilihan yang baik dibuat oleh ibu-ibu hamil.

3) Buasir
Apabila menghadapi sembelit, pastinya kebarangkalian untuk mendapat buasir bukan suatu yang mustahil. Hal ini kerana najis yang telah lama berada di dalam usus besar tidak dibuang disebabkan trauma kesakitan meneran sehingga menyebabkan ia ‘keluar’ dari tempatnya dan malah lebih parah menyebabkan pendarahan yang kita kenali sebagai buasir. Apabila terkena buasir, mimpi menjadi semakin ngeri untuk ke tandas malah juga untuk duduk di kerusi disebabkan kesakitan yang dialami.

4) Cepat letih dan mengantuk
Kehamilan melibatkan dua individu, iaitu tumbesaran bayi dalam kandungan dan ibu yang membawa bayinya dalam kandungan. Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
.
.
Pengambilan suplemen multivitamin Vitalea Iron Formula dan Ostematrix membantu ibu-bu hamil untuk mengatasi keempat-empat trauma ini.

Vitalea diambil waktu siang sebanyak dua biji selepas sarapan manakala Ostematrix diambil sewaktu malam sebelum tidur. Keesokan paginya, ibu-ibu akan bangun dalam keadaan segar dan bersemangat kerana tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Vitalea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan ibu-ibu sembelit semasa membuang, malah bacaan hemoglobin semasa hamil juga akan kekal pada bacaan yang normal bagi ibu-ibu mengandung. Selain itu, Vitalea turut memberi ibu-ibu tenaga untuk aktiviti harian sepanjang hari. Insya allah ibu-ibu tidak lagi penat melepek di sepanjang kehamilan.

Untuk konsultasi percuma, wasap madam okeh!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Thursday, 10 August 2017

TALASEMIA & HB RENDAH @ Shaklee Jitra


KAMI PEMBAWA THALASSEMIA!!😩

Ramai yg xtahu yg saya ni pembawa thalassemia..saya pun baru tahu sejak mengandungkan Faitah dulu😁

Sebab tu saya kerap kena serangan migrain especially kalau xcukup tidur,perubahan cuaca,lambat makan (eh?ade kaitan ke?haha)..ye la,maybe oksigen xcukup ke kan?huhu..

Dulu bila sy dapat tahu yg sy ni pembawa thalassemia,cepat2 sy test darah suami sy,alhamdulillah darah suami sy normal..kalau la suami sy pun pembawa jgk,mmg patutla sy risau,sebab anak sy berisiko dapat thalassemia major yg mungkin memerlukan pemindahan darah stiap 2 mnggu sekali..dan ada byk lg komplikasi lain kalau thalassemia major ni..

Sebab tu penting sepatutnya kita buat ujian darah ni sebelum kita bercinta dgn bakal suami kita tu tau!supaya bile kite tahu yg dia pembawa thalassemia jgk,kite boleh reject dia awal2 lg!hahaha!!..ye la,utk elakkan mudharat yg lebih besar pada masa akn dtg kn?tapi manusia zaman sekarang ni,xkisah dh semua tu,cinta tu buta katanye🙄

Nak dijadikan cite,masa cek mengandung kakak sy yg sorg ni Siti Nurulhuda Ibrahim ni, dia pun ade jgk thalassemia pembawa ni..adeh..kemain cuak lg dia!terus suruh husband dia pun cek darah aritu jgk!terkulat2 abg ipar sy tu kena paksa amik darah,dtg utk teman je asalnye😆

Nasib baik darah abg ipar sy tu normal,kalau x xtahu la ape nasib dia..wakakaka😅

Then,bile sy tau kakak sy ni pembawa thalassemia jgk,sy maintain dia dgn iron yg maintainance dose je-obimin,yg ade 30mg iron je dlm tu..org yg ade pembawa thalassemia ni,xleh bg iron byk2 ye..pastu ble darah merah dia dh start drop dh,dia pun cuak..haha 10.8 je kut,sy dulu 9 pun rilek je

Utk meredakan cuak dia,sy pun bg vitamin c..just utk enhancekn/lebihkn penyerapan iron dgn lebih bkesan&suggest utk makan dgn cara yg betul..tp xnaik2 jgk!😩

So,sy tukar ke iberet..pun iron supplement jgk,tp tinggi sket je kandungan ironnye..iberet ni recommended utk patient yg mana ade iron deficiency anaemia (kurg zat besi) terutamanya semasa mengandung sbb better absorption&less side effects..xtinggi mana pun,jumlah iron yg diserap(elemental iron) cuma 105mg je..maksimum dose 20mg/kg (lebih kurg 1000mg lebih la kalau 50kg) sehari,ini yg bleh bg side effect-multisystem organ failure etc..

Pun xnaik jgk!haaaihh..dah buat spotcek makan pun dh dgn cara yg betul (iron xboleh mkn dgn susu,teh,kopi ye),pun xnaik2 jgk haaaihh..nk buat ape lg ni,kakak sy tu dhla cepat menggelabah 😂

So,nk dijadikan cite,masa kandungan dia dh hampir 7bulan tu,sy berkenalan dgn shaklee..sy pun syorkn vitamin c shaklee ni sbb vitamin c shaklee ni special,sbb sustained release 500mg..maksudnya dia lepaskn vitamin c secara perlahan2 dlm badan kite,every hour 100mg,so tahan utk 5jam..kalau yg kt klinik ni 100mg je,jadi hanya bertahan utk sejam je lah..kalau ade product yg xsustained release tu konon 600mg ke,yg diserap cuma 100mg tau,yg lebih tu,badan akn buang..haaa,rugi kn?

So,nk citenye..kakak sy ni baru bln lepas dia start amik vitamin c ni sbb sy sruh habiskn dulu stok vitamin c klinik yg sy bg sblmni..bulan lepas dia start mkn..then,bulan ni bila amik darah,terkejut!!bleh tgk result dia kt bawah ni!!😱😱😱 kemain happy sengih sampai ke telinga lg dia..ye la,org perfectionist,semuanya nk perfect!🙆🏻

Normal value yg kita target utk ibu mengandung ni,lebih 11 g/dL ye kalau kt klinik sy ni &kalau ikut guideline..xpasti kalau klinik lain amik value berapa..tp nk citenye,rasa amazing jgk product shaklee ni,result terus nampak depan mata okey!ini bukan omong kosong tau!!boleh tgk gambar kt bawah ni sbg bukti..ok,xmau cakap byk dh,ni pun panjang dh.asalnye nk tulis pendek je😆

So,biar gambar je la berbicara!😉👇



Kredit : FB Siti Nur Al Enzzahti


Jom Shaklee bersama kami!



Azwani Aziz
ID1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
COD Jitra
Continue Reading