Showing posts with label set hamil. Show all posts
Showing posts with label set hamil. Show all posts

Monday, 9 April 2018

4 Jenis Trauma Ibu Hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Madam kini hamil 30minggu. Jadi madam nak kongsi hari ni berkaitan trauma ibu hamil. Kehamilan merupakan suatu yang dinantikan oleh setiap insan yang bergelar ibu. Janin yang semakin hari semakin membesar di dalam rahim seorang ibu membawa perubahan hormon serta perubahan lain kepada si ibu sehingga sesetengah perubahan membawa kepada ketakutan atau trauma. 4 jenis trauma yang dimaksudkan ialah:

Trauma ibu hamil


1) Kekejangan kaki
Kaki kejang semasa hamil bagaikan suatu kemestian. Hal ini berlaku kerana semasa hamil, Kalsium diperlukan oleh kandungan untuk membesar dan membentuk tulang dan gigi. Kekurangan kalsium melalui makanan dan minuman yang diambil oleh ibu semasa hamil menyebabkan kalsium tersebut ‘dicuri’ oleh anak dalam kandungan untuk tumbesaran bayi. Dan dengan sebab itulah  ibu-ibu sering mengalami kekejangan kaki sewaktu pagi terutama di pagi hari yang sejuk. Seeloknya ibu-ibu memakai stokin untuk mengurangkan kekejangan kaki selain mengambil sumber Kalsium yang lebih.

2) Sembelit
Antara mimpi ngeri ibu-ibu hamil ialah sembelit semasa hamil. Sembelit yang dialami biasanya disebabkan oleh pengambilan tablet zat besi (Iron) yang diambil untuk menaikkan bacaan Hb (hemoglobin) agar bayi tidak terkena anemia. Pengambilan zat besi menyebabkan sembelit kerana hanya sebahagian sampai ke pembuluh darah, manakala yang lebihnya pergi ke sistem pencernaan kita dan menyebabkan najis menjadi keras. Namun kesan sampingannya ialah menyebabkan ibu-ibu sembelit. Berada lama di dalam tandas dalam keadaan meneran dengan sakit bukanlah satu pilihan yang baik dibuat oleh ibu-ibu hamil.

3) Buasir
Apabila menghadapi sembelit, pastinya kebarangkalian untuk mendapat buasir bukan suatu yang mustahil. Hal ini kerana najis yang telah lama berada di dalam usus besar tidak dibuang disebabkan trauma kesakitan meneran sehingga menyebabkan ia ‘keluar’ dari tempatnya dan malah lebih parah menyebabkan pendarahan yang kita kenali sebagai buasir. Apabila terkena buasir, mimpi menjadi semakin ngeri untuk ke tandas malah juga untuk duduk di kerusi disebabkan kesakitan yang dialami.

4) Cepat letih dan mengantuk
Kehamilan melibatkan dua individu, iaitu tumbesaran bayi dalam kandungan dan ibu yang membawa bayinya dalam kandungan. Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
.
.
Pengambilan suplemen multivitamin Vitalea Iron Formula dan Ostematrix membantu ibu-bu hamil untuk mengatasi keempat-empat trauma ini.

Vitalea diambil waktu siang sebanyak dua biji selepas sarapan manakala Ostematrix diambil sewaktu malam sebelum tidur. Keesokan paginya, ibu-ibu akan bangun dalam keadaan segar dan bersemangat kerana tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Vitalea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan ibu-ibu sembelit semasa membuang, malah bacaan hemoglobin semasa hamil juga akan kekal pada bacaan yang normal bagi ibu-ibu mengandung. Selain itu, Vitalea turut memberi ibu-ibu tenaga untuk aktiviti harian sepanjang hari. Insya allah ibu-ibu tidak lagi penat melepek di sepanjang kehamilan.

Untuk konsultasi percuma, wasap madam okeh!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Sunday, 14 January 2018

5 Jenis Makanan Penting Semasa Hamil | Madame

Assalamualaikum semua!

Makanan yang halal dan berkhasiat penting untuk tubuh & rohani yang baik. Apa lagi untuk ibu mengandung. Ia akan mempengaruhi jiwa anak yang bakal dilahirkan. Makanan yang berkhasiat penting bagi melengkapkan keperluan nutrisi ibu dan bayi yang dikandung.


Jom baca apa 5 tips saya tu ya!



Ibu2 hamil seeloknya jadikan buah- buahan dan sayur-sayuran sebagai santapan harian. Bahagi kepada 5 hidangan. Makan sedikit tapi kerap termasuk snek, jus dan salad.


Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur dan kekacang adalah sangat penting. 
Selain itu, ibu2 sepatutnya banyakkan makan ikan sekurang- kurangnya 2x seminggu.


Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta dan ubi kentang juga penting untuk bekalkan nutrisi kepada ibu hamil.
Ibu2 boleh banyakkan makanan bijirin penuh.


Makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah susu, yogurt dan cheese.
Kalsium sangat penting bagi tumbesaran tulang dan gigi yang kuat bagi bayi.


Sayuran, buahan, bijirin dan kekacang mengandungi serat yang tinggi.
Ibu2 seharusnya menjadikan ia makanan kegemaran harian kerana ia boleh mengelakkan SEMBELIT.

Moga bermanfaat ya!


Ibu2 boleh mendapatkan SET HAMIL Shaklee agar kesihatan ibu dan bayi terjaga. :)


Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Wednesday, 20 September 2017

CARA MAKAN GLA SHAKLEE YANG BETUL UNTUK HAMIL | Madame

Assalamualaikum,

Memang ramai wanita yang sudah dikurniakan rezeki hamil setelah berikhtiar dengan GLA. Namun ada juga yang tidak mendapat kesan yang positif, mungkin belum rezeki atau yang paling popular dikalangan pengguna Shaklee ialah tidak diberi konsultasi yang betul. Ada sesetengah mengatakan GLA tak sesuai dengan dirinya seperti menyebabkan pertambahan berat badan dan sebagainya. Ketahuilah, ia hanyalah perubahan hormon. Seeloknya, minum air masak secukupnya. Dapatkan nasihat dan cara pemakanan GLA yang betul.


Cara pengambilan GLA Complex, untuk hamil mungkin berbeza antara individu bergantung kepada kitaran haid wanita itu sendiri. Jika tersalah cara makan, mungkin tak mendatangkan hasil yang diinginkan.




Teruskan usaha, jangan mudah putus asa


Cara makan GLA Complex bagi mereka yang ingin hamil.

——————————————————

(1) Period Teratur


Kira kitaran period.
Contoh: 28 hari Waktu subur kira-kira hari ke-14.

Cara makan : Mulakan dari hari pertama kitaran haid, antara hari ke-12 atau hari ke-13 berhenti makan GLA. Bersama suami seperti biasa kerana waktu ini adalah waktu subur anda. Ada juga yang mencadangkan berhenti makanpada hari ke-14. Boleh juga tak ada masalah, cuma kita tak tahu dengan tepat bila telur akan keluar.


Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner.


Selepas berhenti jangan teruskan makan dulu. Kalau haid lambat datang, silalah buat ujian kehamilan. Kalau hamil, jangan makan GLA. Jika tak hamil, teruskan langkah pertama seperti diatas.

Nota kaki : Jika kitaran haid anda adalah 30 hari, cara makan mungkin berbeza. Jangan terlepas dapatkan nasihat daripada pengedar Shaklee anda ya.



(2) Period Tak Teratur


Cara makan: ambik tiga biji sehari, iaitu sebiji selang 8 jam sehingga period menjadi teratur.
Bila period dah teratur, guna cara 1


BERHENTI ambil GLA bila anda dah hamil!


Semoga berjaya diucapkan kepada ibu yang ingin hamil




Terkejutnya!!!! Tahniah dan alhamdulillah :)

Teruskan membaca berkaitan set kesuburan Shaklee


KEISTIMEWAAN GLA SHAKLEE

Diperolehi daripada minyak BORAGE, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17% -25%), tulen dan semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA ( asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber lemak Omega-6) dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit. 

Image result for gla shaklee


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Saturday, 26 August 2017

PEMBUNUH SENYAP : PULMONARY EMBOLISM @ Shaklee Jitra

Image result for pembunuh senyap wanita berpantang

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. 

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. 

Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. 

Image result for wanita berpantang

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:

  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.


Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:

  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Kredit: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Sumber : http://www.mmgazette.com/pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-dr-mardiana-kipli/

*********************************************************************************

SET KEHAMILAN & SET SELEPAS BERSALIN untuk membantu melengkapkan nutrisi dan kesihatan ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading

Thursday, 24 August 2017

Saturday, 19 August 2017

Kepentingan Asid Folik @ Shaklee Jitra


Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?


Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua.

Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.


Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.


Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja.

Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.


sumber: https://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan



sumber : http://drzubaidi.com/blog/faedah-asid-folik-kepada-kesuburan-dan-kehamilan/

*********************************************************************************

Dapatkan suplemen B complex yang mengandungi asid folik dengan teknologi resapan yang sangat tinggi!


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
Continue Reading

Tuesday, 6 June 2017

SET HAMIL BAJET @ Shaklee Jitra


Assalamualaikum semua,
Apa kabar rakan2 alam maya madam?


Alhamdulillah, madam sekeluarga sihat..cuma madam skg ni ada tanda2 nk selsema..sbb dh rasa sikit2 perit tekak ni.huhu

Tapi xpa, vitamin C Shaklee kan ada.hehe..Plus, madam kena minum ayaq masak byk2..so hrp xmelarat la n cpt lega..Amin..


Well, hr ni madam nk share pasal SET HAMIL SHAKLEE. Klu nak ikutkan, set hamil, set berpantang n set menyusu lebih kurang ja bahan2/produk2 dia.hehe..Tu yg best tu..jd xrugi pun..dari hamil sampai bersalin n menyusu baby,still boleh consume Shaklee!

Semuanya ikut bajet dan keperluan anda actually..Kalau mampu, amik la full set..Klu x, madam boleh suggestkan ikut bajet masing2.

Ada kawan madam, waktu hamil amik 2 ja iaitu OsteMatrix dan B Complex. ini pun sudah memadai.



Di bawah ni, ada pilihan2 pakej yg boleh diambil oleh ibu2 sekalian. :)


Jom tengok, apa manfaat bagi setiap produk dlm set ni kepada ibu2 semua nah.. :)




Image result for testimoni set hamil shaklee


Jadi, pilih lah yg mn ibu2 berkenan n berkemampuan ikut bajet masing2.
Untuk free consultations, wasap madam okeh!


Jom Shaklee!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz


Continue Reading