Showing posts with label set berpantang. Show all posts
Showing posts with label set berpantang. Show all posts

Friday, 23 March 2018

Punca Bersalin Pembedahan | Madame

Apa Punca Bersalin Pembedahan?

Assalammualaikum mommies,
Tahu tak apa punca bersalin secara pembedahan. Rasanya, tak dak mommies yang saja2 nak bersalin secara pembedahan kecuali atas sebab kesihatan dan juga nasihat dari doktor. Ye dak?

Punca bersalin secara pembedahan


Ibu-ibu tau tak,pembedahan semasa bersalin ada 2 jenis.
👶Pembedahan dirancang
👶Pembedahan kecemasan.

.
.
1⃣ pembedahan yang dirancang
.
Antara puncanya
.
👉 Ibu pernah melalui dua atau lebih pembedahan caesarean.
👉 jika ibu mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV dan Herpes, yang boleh berjangkit pada anak sekiranya bersalin normal.
👉Ibu Pernah mengalami pengalaman bersalin vagina traumatik pada kelahiran sebelum ni.
Anak dalam kandungan sentiasa mengubah posisi.
👉Bayi anda tidak membesar di dalam uterus rahim
👉Ibu mempunyai penyakit jantung atau kencing manis.
👉Dapat anak kembar ( kadang-kadang nasib dapat bersalin normal)
Dan banyak lagi sebab lain.
.
.
2⃣Pembedahan kecemasan pula mungkin disebabkan
👶Bayi terlilit tali pusat
👶Ibu mengalami pendarahan yang banyak
👶Proses kelahiran yang lama dan sebagainya.
.
.
Alhamdulillah, madam tak pernah merasa pengalaman bersalin melalui pembedahan. Tapi, madam pernah merasa perasaan dikhabarkan kemungkinan bersalin secara bedah kerana anak ketiga madam songsang sampai minggu ke 38! Madam selalu berdoa, janganlah bersalin bedah. Takut..macam2 dengar cerita pengalaman orang kan. Kita lak jadi fobia.

Alhamdulillah, Allah makbulkan. Baby berpusing ikut kedudukan sepatutnya. Jadi, dapat la bersalin normal. Overdue 7 hari lagi.haha..terpaksa la induce!

Jadi,

Apa Yang Ada Dalam Set Bersalin Shaklee Untuk Pembedahan?
.
Sebenarnya tak de beza pun. Sama je dengan set bersalin normal. Tu yang best dengan produk Shaklee.
.
Bila bila masa boleh makan untuk kesihatan. Yang penting kita tahu cara makan yang betul?😉

Set bersalin Shaklee

Konsultasi percuma, wasap madam for details okeh! 😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani



Continue Reading

Saturday, 26 August 2017

PEMBUNUH SENYAP : PULMONARY EMBOLISM @ Shaklee Jitra

Image result for pembunuh senyap wanita berpantang

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. 

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. 

Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. 

Image result for wanita berpantang

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:

  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.


Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:

  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Kredit: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Sumber : http://www.mmgazette.com/pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-dr-mardiana-kipli/

*********************************************************************************

SET KEHAMILAN & SET SELEPAS BERSALIN untuk membantu melengkapkan nutrisi dan kesihatan ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading