Assalamualaikum,
Di sini madam kongsikan 15 panduan pemakanan sihat agar dapat menjadi garis panduan kita bersama dalam memilih menu makanan seharian. Ingatlah, pemakanan yang sihat menjamin kesihatan diri yang lebih baik. 😉
1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut keperluan kalori yang disarankan.
2. Kekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda.
3. Lakukan aktiviti fizikal secara berkala setiap hari.
4. Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya. (utamakan bijirin penuh) serta ubi-ubian.
5. Utamakan makanan yang :
- lebih serat, sayuran dan buah-buahan
- tinggi serat (wholemeal)
- kurang lemak, minyak dan garam
6. Makan 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari. Pilih buah-buahan dan sayuran yang segar.
7. Makan ikan, daging, telur, kekacang dan bijian secara sederhana.
8.Ambil susu dan produk tenusu secukupnya. Utamakan penggunaan susu rendah lemak untuk membancuh kopi/teh.
9. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. Pilih jenis masakan seperti rebus, panggang, kukus dan bakar.
10. Kurangkan pengambilan garam, serbuk asam/ petis, kicap, belacan, budu dan sos. Pilih dan sediakan makanan yang kurang kandungan garam dan jenis-jenis sos.
11. Kurangkan pengambilan air/ air gula/ krimer manis dalam minuman anda. 1 sudu teh (5gm) gula sudah cukup untuk secawan minuman (200ml).
12. Minum 6-8 gelas air setiap hari. Utamakan air kosong setiap waktu makan.
13. Pilih makanan dengan saiz hidangan lebih kecil.
14. Pilih makanan dan minuman yang bersih dan selamat.
15. Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
0 comments :
Post a Comment