SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL
Kehamilan madam kini dah memasuki minggu ke 34, perut dah memboyot. Berjalan lama pun lenguh. Berdiri or duduk lama pun tak leh jugak. Kalau dapat baring, fuhhh lega rasa😅
Sapu sampah pun tak leh lama2, sakit belakang wooo..
Siapa mengandung memang macam ni.😨
Selalu sakit belakang. Jadi macam mana nak atasi sakit belakang ni. Apa puncanya?
.
.
.
SERBA SEDIKIT INFO,
Sakit Pinggang Dan Belakang
.
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan.
.
Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh postur yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan.
Biasanya ia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
.
Gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali mengganggu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini.
.
Berikut antara cara yang boleh mama jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut:
.
♥️-Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
♥️-Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
♥️-Pastikan mama duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
♥️-Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
♥️-Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
♥️-Elakkan berdiri terlalu lama.
♥️-Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
♥️-Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
Boleh hubungi madam untuk berkongsi pengalaman. Nanti madam boleh cadangkan suplemen yang sesuai dengan mama semua😉
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz 😘
0 comments :
Post a Comment