Assalammualaikum,
Siapa peminat kopi di sini? Minum kopi 'o' panas2, cicah pulak dengan roti empat segi, wallahh..memang nikmat sungguh bagi ibu2 semasa berpantang. Inilah salah satu minuman kegemaran madam waktu berpantang tau!😉
Hirup kopi o panas2 memang menyegarkan! Maklumla berpantang ni kalau tidak betul menjaganya, lemau, letih, lesu la jawabnya.
Mungkin kopi baik untuk berpantang, tapi bagaimana kalau untuk ibu menyusu?
Elokkah?
Tidakkah susu merudum?
Baby tidak mahu tidur nanti?
hihi. Sebenarnya, memang benar terdapat bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein yang boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Tetapi,
Ibu jangan khuatir kerana kandungan yang tersalur ke dalam susu ibu hanya 0.06%-1.5% sahaja dari apa yang dikesan di dalam darah ibu. Sedikit sangat dan TIDAK memberi kesan pun kepada bayi yang sihat dan normal.
Merujuk kepada buku teks Breastfeeding and Human Lactation (2010), tiada kesan kepada degupan jantung dan tempoh tidur bayi walaupun ibu meminum lima cawan kopi selama lima hari berturut-turut. LIMA cawan kopi kot. Straight 5 hari pula tu. Lega tak ibu-ibu menyusu yang peminat kopi tegar? hihihi.
Tapi, fakta ini hanya terpakai pada bayi yang normal dan cukup bulan sahaja tau.
Tapi, fakta ini hanya terpakai pada bayi yang normal dan cukup bulan sahaja tau.
Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) juga membenarkan pengambilan kopi atau kafein semasa menyusukan anak. Pengambilan kafein kurang 300mg sehari (lebih kurang 3 cawan kopi bergantung pada kandungan kafein) tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada bayi yang menyusu susu ibu.
Namun begitu, ibu yang meminum kopi lebih daripada tiga cawan sehari, kandungan zat besi di dalam susu ibu mungkin berkurangan. Ini berlaku terutamanya pada minggu-minggu awal penyusuan ibu. (Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, Dr Faridah Idris, MBBs, IBCLC, (2013)).
Apapun, sebaiknya ibu minumlah kopi secara sederhana. Besederhana kan itu lebih baik?
Susu merudum akibat minum kopi? Bukankah susu hanya merudum jika konsep demand and supply tidak dipenuhi? Tidak berkaitan langsung dengan pak kopi. hihi
Setuju tak?
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Setuju tak?
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
0 comments :
Post a Comment