Thursday, 31 August 2017

KRIM HERBA atasi masalah kulit / eczema | Madame

Assalamualaikum,

sharing hari ini berkaitan ibu prihatin, krim herba dan eczema.

Jemput baca ya!

*********************************************************************************

The Doc is in :)

Saja nak share pengalaman sendiri. Family saya ni memang history of Atopy gila2.. Ramai yang Asthma, ramai juga yang Eczema and ramai ada Resdung (Allergic rhinitis)

Nasib Faheem lah kan hehe.. Dia dapat part Eczema tu. Tapi Alhamdulillah x kerap. Selalunya kalau panas atau berpeluh akan naik kat leher and kadang2 tangan. Waktu baru lahir dulu, kami guna pure Olive soap yg xde buih, xde bau. Memang olive je. Eczema terkawal. Sekarang dah besar, dia suka beli shower cream yg ada gambar cartoon, dapat juga lah Eczema on off (sbb allergic to certain chemical compound dalam shower cream).

Last week tiba2 Eczema kat bahagian leher jadi falre up teruk sangat, macam udang kena bakar and berair. Sampai cikgu dia risau, cikgu tanya "tanya faheem kena sakit kulit apa ni??"

So saya guna Herbal Blend Shaklee sebab pengalaman sebelum ni, memang cepat lega dgn Herbal Blend Shaklee ni. Kalini dah konsisten 2,3 hari sapu Herbal blend Shaklee ni, tapi nampak macam semakin teruk. Tergerak juga hati nak amek strong steroid (cream sapu hospital) huu. Tapi cuba sabar. Alhamdulillah hari ke 4 dah kering and tak merah Eczema Faheem. Hari kelima dah banyak parut gelap je and kulit tak kering bersisik. Lega sangat2 :) sekarang ni dia mandi dengan aqueous cream (cream mandian hospital), tak guna shower cream biasa. And saya bagi dia simpan sendiri aqueous cream utk sapu kerap kat leher. Ajar dia supaya bertanggungjawab jaga kulit sendiri hehe. Dia memang rajin sapu ubat tu ;)

Kalau nak ajar anak macam tu, bagi ubat yang bukan racun dan selamat. Jangan bagi dia sapu sendiri ubat yang racun pulak k.. :)

Satu Rumah Satu Herbal Blend, ok!

Kredit : Dr. Maryam

*********************************************************************************

herbal blend shaklee

herbal blend shaklee

Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz



*Kesan penggunaan adalah berbeza mengikut individu
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* Ini adalah iklan produk suplemen


Continue Reading

Wednesday, 30 August 2017

TESTIMONI GASTRIK @ Shaklee Jitra

RASA NAK GULING GULING PELUK TIN PROTEIN SOYA


Saya merupakan penghidap tegar gastrik semenjak di sekolah menengah. Gastrik saya bertambah teruk bila masuk U sebab jadual makan memang tak terurus. Musim exam confirm saya kena gastrik lebih teruk lagi siap dapat pakej migraine.

Ambil ubat macam-macam dah. Apa yang orang suggest saya makan. Tapi tetap tak ok. Ingat lagi doctor sampai bagi ubat jenis injection.
Tapi sekali saja ok. Bila kena gastrik lagi bulan seterusnya injection pun tak jalan dah.

Mak saya ada ikhtiar belikan satu supplement ni. Saya makan konsisten. Alhamdulillah ok. Tapi... Kesannya badan saya naik mendadak macam belon 😖. Terus saya stop sebab orang selalu cakap macam dah ada anak 10 .

2014 kakak saya bersalin. Ambil postnatal set Shaklee. Anak kakak kebetulan ada masalah kesihatan dan boleh kata time berpantag berkampung di hospital. Dia selalu sebut-sebut best vitamin shaklee lagi-lagi ESP. Badan bertenaga. Kakak kata time pantang renyah keluar masuk hospital tapi badan & tenaga dia ok. Dari situ kakak suggest cuba Protein Soya. Time tu beli saja. Takda guide dari siapa sebab kakak pun direct register kat branch. Sapa atas dia pun dia tak tau. Sebab just fikir nak consume.

Mula saya cuba-cuba biasa saja. Rasa badan ok. Mengajar pun kurang mengantuk. Bila Ramadhan beli setong dan cuba konsisten.

Tak yakin sepenuhnya lagi sebab dah macam-macam penawar cari sebelum ni tapi gastrik tetap tak baik.

Sebelum ni puasa boleh hitung dengan jari. 2 minggu dapat. Kira banyak sangat dah. Tu pun kena selang seli. Sehari puasa. Esoknya gastrik kena off 3 hari. Puasa balik. Gastrik balik. Begitulah sampai habis Ramadhan.

Tapi dengan Protein Soya, rasa macam wah!!!! Magic ! 😂sebab boleh bertahan puasa dan sepanjang Ramadhan takda ponteng disebabkan gastrik.

Time ni rasa happy dia macam nak guling-guling sambil peluk tong Protein Soya.

Saya terus amalkan Protein Soya sampai sekarang. Sebelum ni gastrik datang tak kira masa. Sekarang hampir 90% takda. Syukur.

Alhamdulillah. Sampai sekarang dan insyaAllah sampai bila-bila setia bersama Shaklee baik sebagai pengguna @ berbisnes.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sleeping, baby and closeup

Kredit : Salwiya Abdullah

*********************************************************************************

Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz


*Kesan penggunaan adalah berbeza mengikut individu
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* Ini adalah iklan produk suplemen
Continue Reading

Sunday, 27 August 2017

Saturday, 26 August 2017

PEMBUNUH SENYAP : PULMONARY EMBOLISM @ Shaklee Jitra

Image result for pembunuh senyap wanita berpantang

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. 

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. 

Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. 

Image result for wanita berpantang

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:

  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.


Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:

  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Kredit: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Sumber : http://www.mmgazette.com/pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-dr-mardiana-kipli/

*********************************************************************************

SET KEHAMILAN & SET SELEPAS BERSALIN untuk membantu melengkapkan nutrisi dan kesihatan ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading

Friday, 25 August 2017

Thursday, 24 August 2017

Wednesday, 23 August 2017

TETAMU MEMBAWA REZEKI @ Shaklee Jitra

*JANGAN PERNAH MENOLAK TAMU KARENA TAMU MEMBAWA BERKAH*

Di riwayatkan ada seorang lelaki yang senang kedatangan tamu. Namun isterinya menunjukkan sikap sebaliknya. Setiap kali ia membawa tamu kerumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik. Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah صلى الله عليه و سلم.

Mendengar itu, Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,
"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah صلى الله عليه و سلم dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kita." Rasulullah صلى الله عليه و سلم berpesan kepada orang itu,
"Katakan kepada isterimu supaya ia memerhatikan tamu pada saat keluar rumah."

Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan Rasulullah صلى الله عليه و سلم. Pada saat tamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak dan pada saat keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,
"Kedatangan tamu kerumah mendatangkan kurnia yang banyak kedalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana."

Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tamu.

Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,
"Sesungguhnya seorang tamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit. Apabila ia memakan sesuatu, Allah سبحانه و تعالى akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut."

Dalam kesempatan lain, Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,
"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tamu, maka malaikat-pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut."

Imam Jaafar ash-Sadiq رضي الله عنه berkata,
"Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah سبحانه و تعالى mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya. Para malaikat itu berkata, 'Syurga untuk kamu."

Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tamu, maka dari itu janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu..

*********************************************************************************


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
Continue Reading