Showing posts with label Tips mudah bersalin. Show all posts
Showing posts with label Tips mudah bersalin. Show all posts

Saturday, 8 December 2018

Rahsia mudah bersalin | Madame

Hi korang! Assalamualaikum 😊

Ada tak mommies yang nak tau rahsia mudah bersalin?

Rahsia mudah bersalin

Dah lama madam nak karang, tapi asyik terlupa pulak. Ahmad pun dah hampir 6 bulan😂

Sementara ingatan fresh lagi ni, madam nak kongsi tips mudah bersalin yang madam amalkan untuk anak ke 3 dan ke 4 madam baru2 ni.

Madam selamat bersalinkan Ahmad Saifuddin iaitu cahaya mata ke-4 pada bulan Ramadhan, 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada  Rabu, 13 Jun 2018. Kalau ikutkan tarikh due adalah pada hari pertama raya (Jumaat) tersebut.

Mulai petang sebelum berbuka tu, Madam dah rasa sedikit contraction tapi Madam tak sure, sebab tak pasti (confuse actually) macam mana tanda2 masa bersalin sebelum2 ni.😅

So berbuka puasa pun rasa tak selesa nak makan.Huhu. Alhamdulillah, selesai berbuka puasa di rumah mak di Anak Bukit  pada hari tersebut. 

Malam tu balik ke rumah di Jitra, tidur macam biasa. Masih mampu menahan contraction. Sampai la rasa tak tahan sangat, Madam bangun pukul 3 pagi, telan Ostematrix 6 biji. 

Ingatkan nak sambung tidur balik dan Madam jangkakan sempat la tunggu bangun sahur dulu, tapi dah tak tahan sakit la pulak. Terus kejutkan suami dalam pukul 4 pagi tu. 

Terus siap2 kejutkan anak-anak nak hantar depa ke rumah mak di Anak Bukit. Rasa sakit sangat-sangat dah tapi cuba tahan. Doa sangat supaya sempat sampai. Boleh pulak suami relaks ja bersiap, slow and steady😅 padahal wife dia ni dah tak tahan sangat dah😭

Dari Jitra, terus ke Anak Bukit. Suami pun tak sempat sahur. Dah angkat anak-anak masuk rumah mak, terus ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Odw tu, air ketuban pecah dalam kereta. Masa tu area Titi Gajah. Memang baby rasa nak kuar dah..dalam hati ya Allah, cepat la sampai. Sampai di emergency, Madam dah buang air besar dah. Dah tak tahan sangat. 

Nak turun dari kereta ke kerusi roda pun susah.huhu..Suami tolakkan dengan kerusi roda ke PAC wad bersalin. Alhamdulillah, selamat sampai PAC.

Terus register, depa tolak masuk. Naik atas katil, Tak sempat nak cek bukaan atau cucuk di tangan tu sebab Madam dah tak tahan sakit sangat. Terus depa tolak katil ke wad bersalin. 

Tau tak, 

Sebelum sampai wad bersalin, Madam dah selamat bersalinkan Ahmad. Hehe..cepat sangat proses tu kan.. Alhamdulillah, 5.15pagi Ahmad menjengah dunia seiring azan Subuh.

Jadi, rahsia madam mudah bersalin ni, asbab Ostematrix tadi. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua Madam bersalin dengan cepat dan mudah.

Syukur😊

Terima kasih sudi baca pengalaman Madam mudah bersalin. Kalau mommies perlu bantuan, Madam suka sangat nak bantu korang. Wasap madam ok!

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Friday, 6 April 2018

10 Tips Mudah Bersalin | Madame

Assalammualaikum,
Mommy punya due tak lama lagi? Mesti seriau dok fikir apa yang bakal terjadi kat dalam bilik bersalin nanti kan? Di sini madam share 10 tips untuk memudahkan bersalin. Moga bermanfaat 👇🏻👇🏻👇

Tips mudah bersalin


1. Sentiasa basahkan lidah dengan selawat, zikir dan doa Nabi Yunus (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin).
.
2. Setiap kali sakit contraction cuba tenangkan fikiran. Jangan fikir kesakitan tu sangat. Tarik nafas panjang2 dan hembus perlahan. Try to be positive. Kalau boleh gurau-gurau senyum ketawa dengan suami, bidan dan doktor.
.
3. Minta maaf dengan suami dan mak yang melahirkan kita. Minta mereka doakan kita.
.
4. Bila tiba time nak teran, kumpul segala tenaga yang ada. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sakit sembelit teruk.
.
5. Hanya teran bila kita rasa sakit. Jangan terus teran kalau tak sakit, nanti akan menyebabkan koyak besar.
.
6. Jangan hembus nafas masa meneran. Curi nafas pun curi laju-laju. Kalau boleh teran, terus teran habis-habisan selama mana yang boleh (kalau banyak kali sangat nanti hilang tenaga).
.
7. Dagu cecah ke dada dan mata pandang kat perut. Pastikan mata terbuka. (Mata yang tertutup dikhuatiri boleh menyebabkan buta disebabkan urat yang banyak terputus).
.
8. Kedua-dua tangan pegang kaki atau handle/pemegang katil. (Nak pegang tangan suami memang tak dapat lah. Tu pasal suami yang kene usap dan pegang tangan isteri sebagai sumber kekuatan. Mujarab tau ni!)
.
9. Teran tanpa suara dan mulut tertutup. Jangan menjerit atau menangis sebab ianya akan hilangkan tenaga.
.
10. Jangan sesekali angkat punggung.
.
.

Pssst, mommy yang dah nak dekat due tu boleh dah practise. Goodluck ya. 😉

Due madam 15 June ni. Sekarang da almost 30minggu. Sama2 doakan mommy semua dan anak yang bakal dilahirkan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Aaaminnn yra. 😘

P/s: Tambahan tips special dari madam. Berdasarkan pengalaman madam sendiri ni tau. Masa bersalin anak ke-3, madam amalkan kerap telan Ostematrix mulai sakit contraction. Alhamdulillah, proses bersalin lebih cepat. Madam rasa lebih bertenaga. Boleh baca di sini ya😉

Nak sembang lebih lanjut, wasap madam okeh! Kita sharing 😘

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz


Continue Reading