Hi korang! Assalamualaikum 😊
Dah lama madam nak karang, tapi asyik terlupa pulak. Ahmad pun dah hampir 6 bulan😂
Sementara ingatan fresh lagi ni, madam nak kongsi tips mudah bersalin yang madam amalkan untuk anak ke 3 dan ke 4 madam baru2 ni.
Madam selamat bersalinkan Ahmad Saifuddin iaitu cahaya mata ke-4 pada bulan Ramadhan, 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada Rabu, 13 Jun 2018. Kalau ikutkan tarikh due adalah pada hari pertama raya (Jumaat) tersebut.
Mulai petang sebelum berbuka tu, Madam dah rasa sedikit contraction tapi Madam tak sure, sebab tak pasti (confuse actually) macam mana tanda2 masa bersalin sebelum2 ni.😅
So berbuka puasa pun rasa tak selesa nak makan.Huhu. Alhamdulillah, selesai berbuka puasa di rumah mak di Anak Bukit pada hari tersebut.
Malam tu balik ke rumah di Jitra, tidur macam biasa. Masih mampu menahan contraction. Sampai la rasa tak tahan sangat, Madam bangun pukul 3 pagi, telan Ostematrix 6 biji.
Ingatkan nak sambung tidur balik dan Madam jangkakan sempat la tunggu bangun sahur dulu, tapi dah tak tahan sakit la pulak. Terus kejutkan suami dalam pukul 4 pagi tu.
Terus siap2 kejutkan anak-anak nak hantar depa ke rumah mak di Anak Bukit. Rasa sakit sangat-sangat dah tapi cuba tahan. Doa sangat supaya sempat sampai. Boleh pulak suami relaks ja bersiap, slow and steady😅 padahal wife dia ni dah tak tahan sangat dah😭
Dari Jitra, terus ke Anak Bukit. Suami pun tak sempat sahur. Dah angkat anak-anak masuk rumah mak, terus ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Odw tu, air ketuban pecah dalam kereta. Masa tu area Titi Gajah. Memang baby rasa nak kuar dah..dalam hati ya Allah, cepat la sampai. Sampai di emergency, Madam dah buang air besar dah. Dah tak tahan sangat.
Nak turun dari kereta ke kerusi roda pun susah.huhu..Suami tolakkan dengan kerusi roda ke PAC wad bersalin. Alhamdulillah, selamat sampai PAC.
Terus register, depa tolak masuk. Naik atas katil, Tak sempat nak cek bukaan atau cucuk di tangan tu sebab Madam dah tak tahan sakit sangat. Terus depa tolak katil ke wad bersalin.
Tau tak,
Sebelum sampai wad bersalin, Madam dah selamat bersalinkan Ahmad. Hehe..cepat sangat proses tu kan.. Alhamdulillah, 5.15pagi Ahmad menjengah dunia seiring azan Subuh.
Jadi, rahsia madam mudah bersalin ni, asbab Ostematrix tadi. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua Madam bersalin dengan cepat dan mudah.
Syukur😊
Terima kasih sudi baca pengalaman Madam mudah bersalin. Kalau mommies perlu bantuan, Madam suka sangat nak bantu korang. Wasap madam ok!
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
hai waniii. hehe. ☺
ReplyDeleteHai ita! Tq ye😍
Delete