Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sunday, 5 May 2019

7 Tips Tidur Lena (Deep Sleep) | MADAMe

TIPS TIDUR LENA (DEEP SLEEP)

1. Siapkan barang-barang awal, malam sebelum tidur. Baju kerja, baju anak-anak, beg kerja, beg pam susu dll

2. Makan malam awal. Sebelum pukul 7 malam sebaiknya. Nanti boleh kemas meja, dapur, sinki awal😊

3. Ajar anak siapkan kerja sekolah lebih awal

4. Elakkan perut penuh sebelum tidur, sengkak perut tak selesa nak tidur.

5. Elakkan minum air terlalu banyak sebelum tidur. Nanti kerap sangat bangun ke tandas😅

6. Pastikan tempat tidur selesa. Bilik tak panas. Kalau perlu, on aircond seketika untuk sejukkan bilik. Dah sejuk nanti, boleh off kan aircond.

7. Basuh kaki, ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, selawat dan maafkan semua orang.

Paling penting, Sebelum tidur, telan OSTEMATRIX. In sya Allah, tidur lena. Memang deep sleep. Walau tidur tak cukup 6 jam, tapi kita rasa puas dah tidur. Bangun pun cergas👍


Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Tuesday, 18 December 2018

Rahsia elakkan berat ibu hamil naik mendadak | Madame

Assalamualaikum,
Hi mommies..tau tak peningkatan berat ideal semasa mengandung adakah antara 11kg - 16kg sahaja. Adakah berat ibu semasa hamil naik mendadak?

Peningkatan berat mendadak semasa hamil memberi kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan bayi. Pelbagai risiko penyakit bakal menyukarkan kelahiran bayi dan juga risiko terhadap ibu juga tinggi.

Berat ibu hamil naik mendadak

Bayangkan berat dah mencanak naik masa mengandung, jadi pasri sukar nak turunkannya selepas bersalin.

Selalunya, ibu yang lepas bersalin ni berat bertambah-tambah seiring dengan berat bayi. Susah sangat nak turun.😭

Stress sangat! 😢

Sebab ramai yang tegur nampak 'berisi'. Terus rasa down. Nak keluar rumah pun rasa malas.

Korang pernah rasa macam ni dak?

Dulu berpantang anak 1st, boleh la nak berpantang betul2. Mak ada, tolong masakkan, tolong bakar tungku, suami tolong pakaikan bengkung, mandikan anak dan sebagainya. Anak baru sorang kan. Tak kalut dengan anak-anak yang lain.

Tau dak?

Dulu masa mengandung berat Kak Wani naik sampai 20kg!

Nak turunkan memang seksa😅 Nak makan, tak boleh nak pantang sangat. Anak menyusu kan, memang kita cepat lapar. Anak pun perlukan nutrisi dari susu ibu kan.

Macam mana nak buat yek?

Masa dulu tak kenal Shaklee lagi. Masa mengandungkan anak ke-3 baru kenal Shaklee, tapi belum tau pasal produk2 Shaklee yang macam2. Kak Wani amalkan Ostematrix ja masa tu. Sebab Kak Wani tak suka minum susu, jadi #Ostematrix lah pilihan tepat sebab mudah ditelan. Dalam bentuk tablet ja!

Lepas tu mengandungkan Ahmad pulak, tapi kali ni berat naik 11kg ja!

Alhamdulillah 😊 Duk kejap ja dengan mak, lepas tu berpantang sendiri sebab anak sekolah.

Haaa, nak tau dak rahsia Kak Wani. Hehe

Baru-baru ni ada kawan tegur Kak Wani nampak cengkung,😅 Alhamdulillah, i like it!

Ramai yang tegur Ahmad bam bam. Alhamdulillah, i like it too! Haha

Ahmad da 5 bulan. Berat Kak Wani pun dah ideal. I loike sangat! Tapi misi nak turunkan lagi ni. Dapat 50kg macam sebelum pregnant, baru puas hati.😘

Masa ni dah jadi Shaklee lover. Kak Wani amalkan vitamin-vitamin Shaklee ja sepanjang mengandung, berpantang dan menyusu. So nak share dengan korang vitamin tu adalah

💝Ostematrix - kalsium
💝B complex with acid folic
💝 Omegaguard - minyak ikan yang kaya EPA ,DHA dll
💝Vita-lea with iron formula -multivitamin
💝 Sustained released Vita-C Plus - vitamin C untuk kuatkan imun

waktu berpantang dan menyusu, Kak Wani tambahkan Alfalfa Complex untuk milk booster dan penjagaan dalaman wanita.

Omega 3 dalam #Omegaguard membantu mengawal rasa lapar dan membakar lemak kolestrol. Sebab tu berat masa pregnant hari tu naik elok ja. Berat Ahmad pun ok! 3.14kg ja😊

Kulit Ahmad pun tak dak alahan sangat macam Kak Aisyah dan Abang Addin 🤗

Mommies yang pregnant, berpantang dan menyusu, yang perlukan bantuan Kak Wani, jom kita sembang2..💝 to 💝 gitewww..
.
.
.
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Saturday, 8 December 2018

Rahsia mudah bersalin | Madame

Hi korang! Assalamualaikum 😊

Ada tak mommies yang nak tau rahsia mudah bersalin?

Rahsia mudah bersalin

Dah lama madam nak karang, tapi asyik terlupa pulak. Ahmad pun dah hampir 6 bulan😂

Sementara ingatan fresh lagi ni, madam nak kongsi tips mudah bersalin yang madam amalkan untuk anak ke 3 dan ke 4 madam baru2 ni.

Madam selamat bersalinkan Ahmad Saifuddin iaitu cahaya mata ke-4 pada bulan Ramadhan, 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada  Rabu, 13 Jun 2018. Kalau ikutkan tarikh due adalah pada hari pertama raya (Jumaat) tersebut.

Mulai petang sebelum berbuka tu, Madam dah rasa sedikit contraction tapi Madam tak sure, sebab tak pasti (confuse actually) macam mana tanda2 masa bersalin sebelum2 ni.😅

So berbuka puasa pun rasa tak selesa nak makan.Huhu. Alhamdulillah, selesai berbuka puasa di rumah mak di Anak Bukit  pada hari tersebut. 

Malam tu balik ke rumah di Jitra, tidur macam biasa. Masih mampu menahan contraction. Sampai la rasa tak tahan sangat, Madam bangun pukul 3 pagi, telan Ostematrix 6 biji. 

Ingatkan nak sambung tidur balik dan Madam jangkakan sempat la tunggu bangun sahur dulu, tapi dah tak tahan sakit la pulak. Terus kejutkan suami dalam pukul 4 pagi tu. 

Terus siap2 kejutkan anak-anak nak hantar depa ke rumah mak di Anak Bukit. Rasa sakit sangat-sangat dah tapi cuba tahan. Doa sangat supaya sempat sampai. Boleh pulak suami relaks ja bersiap, slow and steady😅 padahal wife dia ni dah tak tahan sangat dah😭

Dari Jitra, terus ke Anak Bukit. Suami pun tak sempat sahur. Dah angkat anak-anak masuk rumah mak, terus ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Odw tu, air ketuban pecah dalam kereta. Masa tu area Titi Gajah. Memang baby rasa nak kuar dah..dalam hati ya Allah, cepat la sampai. Sampai di emergency, Madam dah buang air besar dah. Dah tak tahan sangat. 

Nak turun dari kereta ke kerusi roda pun susah.huhu..Suami tolakkan dengan kerusi roda ke PAC wad bersalin. Alhamdulillah, selamat sampai PAC.

Terus register, depa tolak masuk. Naik atas katil, Tak sempat nak cek bukaan atau cucuk di tangan tu sebab Madam dah tak tahan sakit sangat. Terus depa tolak katil ke wad bersalin. 

Tau tak, 

Sebelum sampai wad bersalin, Madam dah selamat bersalinkan Ahmad. Hehe..cepat sangat proses tu kan.. Alhamdulillah, 5.15pagi Ahmad menjengah dunia seiring azan Subuh.

Jadi, rahsia madam mudah bersalin ni, asbab Ostematrix tadi. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua Madam bersalin dengan cepat dan mudah.

Syukur😊

Terima kasih sudi baca pengalaman Madam mudah bersalin. Kalau mommies perlu bantuan, Madam suka sangat nak bantu korang. Wasap madam ok!

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Friday, 11 May 2018

Punca dan cara mengatasi sakit gigi ketika hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Di kala kandungan madam memasuki minggu ke 31, madam mula sakit gigi. Memang sebelum2 ni gigi madam kerap berdarah terutamanya semasa memberus gigi. Pemeriksaan awal gigi masa trimester kedua, memang ada. Tapi biasalah kita ni, selagi tak sakit memang ambil ringan ja kan.😅 

Sampai la tak tahan sakit, asyik nyut3 ja, lelangit bengkak, nak makan susah, kepala pun sakit, badan pun lemah macam nak demam ja, terus madam ke klinik.

Rupanya, ada sebab kenapa ibu hamil tak dapat dipisahkan dengan sakit gigi. Di sini, madam kongsikan hasil pembacaan madam okeh!

Punca dan cara mengatasi sakit gigi ketika hamil


Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi terjejas di mana pengumpulan plak (sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi dan gigi akibat daripada tidak memberus gigi dengan berkesan) menyebabkan keradangan gusi (gingivitis). Jika tidak dirawat, penyakit ini akan menjadi peringkat yang lebih serius iaitu periodontitis.


Gingivitis dan Periodontitis

Gingivitis merupakan penyakit gusi berbalik bermakna apabila rawatan dilakukan, keadaan gusi kembali normal. Punca penyakit ini ialah plak. Plak mengandungi bakteria yang mengeluarkan toksin dan merosakkan struktur tisu yang menyokong gigi termasuklah gusi. 

Tanda-tandanya termasuklah gusi berdarah ketika memberus gigi, gusi membengkak dan warna gusi kemerah-merahan tanda keradangan. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika sudah mempunyai penyakit ini sebelum mengandung. Dengan perkataan lain, ibu hamil mengalami keradangan gusi yang lebih serius jika dibiarkan tanpa rawatan.

Jadi, rupanya sakit gigi madam ni disebabkan plak pada gigi. Madam kena akui cara memberus gigi yang betul tidak dipraktikkan dengan bersungguh.😅

Jika lambat menerima rawatan, gingivitis akan menjadi penyakit gusi yang lebih teruk iaitu ‘periodontitis’.

Periodontitis mengakibatkan kehilangan tulang yang menyokong gigi dan merupakan proses yang tidak berbalik. (Apabila rawatan dilakukan, gusi dan tulang tidak menjadi seperti asal). Ciri-cirinya ialah gigi kelihatan panjang, gusi menyurut, gigi menjadi jarang, bau mulut, gigi ngilu (sensitive) dan gigi menjadi semakin longgar.

Ibu hamil juga terdedah mengalami keradangan gusi yang lebih serius iaitu epulis (ketumbuhan) gusi ketika mengandung (pregnancy epulis). 

Tanda-tandanya ialah kebengkakan pada permukaan gusi dan bersaiz besar (boleh mencecah sehingga 1 cm jika dibiarkan tanpa rawatan). Ianya mudah berdarah dengan banyak terutama ketika memberus gigi. Ia berkait rapat dengan tahap kebersihan mulut yang tidak memuaskan di mana terdapatnya mendapan karang dan plak yang banyak di bawah gusi. Epulis ini tidaklah berbahaya seperti penyakit barah kerana ianya bersifat benign (bukan kanser).


Penyakit Gusi dan Risiko untuk melahirkan bayi pra-matang dan bayi kurang berat.

Kajian menunjukkan ibu hamil dimana mempunyai gigi bermasalah mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti melahirkan bayi pra-matang (bayi tidak cukup bulan) iaitu melahirkan anak sebelum minggu ke 37 kandungan dan berat bayi lebih rendah daripada normal/kebiasaan. Ini mungkin terjadi daripada jangkitan bakteria yang memasuki ke dalam aliran darah melalui gusi dan bergerak ke dalam rahim. Setibanya di rahim, bakteria ini akan menyebabkan pengeluaran sejenis bahan perantara kimia iaitu prostaglandin yang mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi pada masa yang lebih awal dari yang sepatutnya.


Risiko mendapat Diabetes dan Penyakit Gusi

Wanita mengandung juga berisiko untuk mendapat “Gestational Diabetes” iaitu Kencing Manis ketika mengandung (GDM). Kencing Manis adalah faktor risiko untuk menjadikan penyakit gusi bertambah teruk akibat daripada sistem pertahanan badan yang rendah dan lemah.


Rawatan dan Pencegahan

Ibu hamil dinasihati untuk berjumpa doktor gigi pada fasa trimester pertama (usia kandungan satu hingga tiga bulan) bagi memeriksa status kesihatan mulut. Di Malaysia, setiap ibu hamil dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mulut sebagai langkah pencegahan bagi mengelak masalah yang mungkin akan timbul ketika mengandung.

Ibu hamil seharusnya mengamalkan cara penjagaan kesihatan mulut yang betul dan berkesan. Dinasihatkan ibu hamil perlu memberus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari, memflos gigi dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Rawatan-rawatan seperti penskaleran (rawatan membuang karang dan plak) dan pendebridmen akar (rawatan membuang karang di permukaan akar di bawah gusi) boleh dilakukan pada fasa trimester kedua (usia kandungan 4 hingga 6 bulan). Bagaimanapun sekiranya usia kandungan mencecah 7 hingga 9 bulan (fasa trimester ketiga), hanya rawatan kecemasan sahaja (contohnya seperti kesakitan gigi atau gusi bernanah) yang dilakukan.

Pengambilan x-ray seboleh-bolehnya dielakkan kecuali bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan penyiasatan lanjut. Bagi yang mengalami “pregnancy epulis”, doktor akan menasihatkan pesakit agar menjaga kebersihan mulut. Biasanya bengkak ini akan mengecil sesudah melahirkan anak. Pembedahan akan dilakukan jika bengkak semakin membesar dan mengganggu pengunyahan atau mengalami kesukaran ketika memberus gigi.

Jadi,

Ibu hamil tidak boleh mengambil mudah dengan kesihatan mulut. Ibu perlulah menjalani pemeriksaan yang berkala bagi mengelakkan sebarang masalah pergigian ketika mengandung. 

Diet yang seimbang juga haruslah diamalkan. Ibu bolehlah mengambil zat-zat tambahan seperti Vitamin C, asid folik dan Vitamin B12 seperti yang disarankan oleh doktor.

Sumber : MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia


Madam dah serik tau! 3 kali mengandung sebelum ni tak pernah sakit gigi. Kali ni, memang memberi pengalaman dan pengajaran sungguh la😅

Kalau nak tau suplemen Shaklee yang mana madam amalkan untuk sakit gigi ni, boleh terus wasap madam okeh!😉

Moga bermanfaat sharing madam kali ni.

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Thursday, 10 May 2018

Sakit belakang ketika hamil : Punca dan cara mengatasinya | Madame

SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL

Punca dan cara mengatasi sakit belakang ketika hamil

Kehamilan madam kini dah memasuki minggu ke 34, perut dah memboyot. Berjalan lama pun lenguh. Berdiri or duduk lama pun tak leh jugak. Kalau dapat baring, fuhhh lega rasa😅

Sapu sampah pun tak leh lama2, sakit belakang wooo..

Siapa mengandung memang macam ni.😨
Selalu sakit belakang. Jadi macam mana nak atasi sakit belakang ni. Apa puncanya?
.
.
.
SERBA SEDIKIT INFO,
Sakit Pinggang Dan Belakang

.
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan.

.
Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh postur yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan.

Biasanya ia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
.
Gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali mengganggu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini.

.
Berikut antara cara yang boleh mama jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut:

.
♥️-Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.

♥️-Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.

♥️-Pastikan mama duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.

♥️-Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.

♥️-Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.

♥️-Elakkan berdiri terlalu lama.

♥️-Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.

♥️-Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.

Boleh hubungi madam untuk berkongsi pengalaman. Nanti madam boleh cadangkan suplemen yang sesuai dengan mama semua😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz 😘
Continue Reading

Monday, 9 April 2018

4 Jenis Trauma Ibu Hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Madam kini hamil 30minggu. Jadi madam nak kongsi hari ni berkaitan trauma ibu hamil. Kehamilan merupakan suatu yang dinantikan oleh setiap insan yang bergelar ibu. Janin yang semakin hari semakin membesar di dalam rahim seorang ibu membawa perubahan hormon serta perubahan lain kepada si ibu sehingga sesetengah perubahan membawa kepada ketakutan atau trauma. 4 jenis trauma yang dimaksudkan ialah:

Trauma ibu hamil


1) Kekejangan kaki
Kaki kejang semasa hamil bagaikan suatu kemestian. Hal ini berlaku kerana semasa hamil, Kalsium diperlukan oleh kandungan untuk membesar dan membentuk tulang dan gigi. Kekurangan kalsium melalui makanan dan minuman yang diambil oleh ibu semasa hamil menyebabkan kalsium tersebut ‘dicuri’ oleh anak dalam kandungan untuk tumbesaran bayi. Dan dengan sebab itulah  ibu-ibu sering mengalami kekejangan kaki sewaktu pagi terutama di pagi hari yang sejuk. Seeloknya ibu-ibu memakai stokin untuk mengurangkan kekejangan kaki selain mengambil sumber Kalsium yang lebih.

2) Sembelit
Antara mimpi ngeri ibu-ibu hamil ialah sembelit semasa hamil. Sembelit yang dialami biasanya disebabkan oleh pengambilan tablet zat besi (Iron) yang diambil untuk menaikkan bacaan Hb (hemoglobin) agar bayi tidak terkena anemia. Pengambilan zat besi menyebabkan sembelit kerana hanya sebahagian sampai ke pembuluh darah, manakala yang lebihnya pergi ke sistem pencernaan kita dan menyebabkan najis menjadi keras. Namun kesan sampingannya ialah menyebabkan ibu-ibu sembelit. Berada lama di dalam tandas dalam keadaan meneran dengan sakit bukanlah satu pilihan yang baik dibuat oleh ibu-ibu hamil.

3) Buasir
Apabila menghadapi sembelit, pastinya kebarangkalian untuk mendapat buasir bukan suatu yang mustahil. Hal ini kerana najis yang telah lama berada di dalam usus besar tidak dibuang disebabkan trauma kesakitan meneran sehingga menyebabkan ia ‘keluar’ dari tempatnya dan malah lebih parah menyebabkan pendarahan yang kita kenali sebagai buasir. Apabila terkena buasir, mimpi menjadi semakin ngeri untuk ke tandas malah juga untuk duduk di kerusi disebabkan kesakitan yang dialami.

4) Cepat letih dan mengantuk
Kehamilan melibatkan dua individu, iaitu tumbesaran bayi dalam kandungan dan ibu yang membawa bayinya dalam kandungan. Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
.
.
Pengambilan suplemen multivitamin Vitalea Iron Formula dan Ostematrix membantu ibu-bu hamil untuk mengatasi keempat-empat trauma ini.

Vitalea diambil waktu siang sebanyak dua biji selepas sarapan manakala Ostematrix diambil sewaktu malam sebelum tidur. Keesokan paginya, ibu-ibu akan bangun dalam keadaan segar dan bersemangat kerana tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Vitalea mengandungi zat besi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan ibu-ibu sembelit semasa membuang, malah bacaan hemoglobin semasa hamil juga akan kekal pada bacaan yang normal bagi ibu-ibu mengandung. Selain itu, Vitalea turut memberi ibu-ibu tenaga untuk aktiviti harian sepanjang hari. Insya allah ibu-ibu tidak lagi penat melepek di sepanjang kehamilan.

Untuk konsultasi percuma, wasap madam okeh!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Continue Reading

Friday, 6 April 2018

10 Tips Mudah Bersalin | Madame

Assalammualaikum,
Mommy punya due tak lama lagi? Mesti seriau dok fikir apa yang bakal terjadi kat dalam bilik bersalin nanti kan? Di sini madam share 10 tips untuk memudahkan bersalin. Moga bermanfaat 👇🏻👇🏻👇

Tips mudah bersalin


1. Sentiasa basahkan lidah dengan selawat, zikir dan doa Nabi Yunus (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin).
.
2. Setiap kali sakit contraction cuba tenangkan fikiran. Jangan fikir kesakitan tu sangat. Tarik nafas panjang2 dan hembus perlahan. Try to be positive. Kalau boleh gurau-gurau senyum ketawa dengan suami, bidan dan doktor.
.
3. Minta maaf dengan suami dan mak yang melahirkan kita. Minta mereka doakan kita.
.
4. Bila tiba time nak teran, kumpul segala tenaga yang ada. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar yang sakit sembelit teruk.
.
5. Hanya teran bila kita rasa sakit. Jangan terus teran kalau tak sakit, nanti akan menyebabkan koyak besar.
.
6. Jangan hembus nafas masa meneran. Curi nafas pun curi laju-laju. Kalau boleh teran, terus teran habis-habisan selama mana yang boleh (kalau banyak kali sangat nanti hilang tenaga).
.
7. Dagu cecah ke dada dan mata pandang kat perut. Pastikan mata terbuka. (Mata yang tertutup dikhuatiri boleh menyebabkan buta disebabkan urat yang banyak terputus).
.
8. Kedua-dua tangan pegang kaki atau handle/pemegang katil. (Nak pegang tangan suami memang tak dapat lah. Tu pasal suami yang kene usap dan pegang tangan isteri sebagai sumber kekuatan. Mujarab tau ni!)
.
9. Teran tanpa suara dan mulut tertutup. Jangan menjerit atau menangis sebab ianya akan hilangkan tenaga.
.
10. Jangan sesekali angkat punggung.
.
.

Pssst, mommy yang dah nak dekat due tu boleh dah practise. Goodluck ya. 😉

Due madam 15 June ni. Sekarang da almost 30minggu. Sama2 doakan mommy semua dan anak yang bakal dilahirkan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Aaaminnn yra. 😘

P/s: Tambahan tips special dari madam. Berdasarkan pengalaman madam sendiri ni tau. Masa bersalin anak ke-3, madam amalkan kerap telan Ostematrix mulai sakit contraction. Alhamdulillah, proses bersalin lebih cepat. Madam rasa lebih bertenaga. Boleh baca di sini ya😉

Nak sembang lebih lanjut, wasap madam okeh! Kita sharing 😘

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz


Continue Reading

Monday, 15 January 2018

Athritis ( Sakit Sendi) : Selamat Tinggal Ubat Steroid | Madame

MAKIN LAMA UBAT STEROID MAKIN DITINGGALKAN

Saya tahu ada arthritis pada tahun 2009 selepas bersalin anak pertama. Masa ni tak jenal shaklee lg. Mmg tragisla ms saya mengandung sehingga lepas bersalin. Anak saya lahir kecik je 1.8kg ,36 minggu secara ceaseran. Tapi sbb keadaan kesihatan saya masa tu tak boleh melahirkan secara normal. Masa tu mmg doc tak dapat kesan lg ape penyakit saya.. Dgn kerap demam, kaki sembab, hb low. .Macam2 lah.

Analisis darah setiap masa buat. ,masuk antibiotik sakit nya tuhan saja yg tahu. Hingga dah bersalin pin, nak masuk melalui kaki pulak sbb urat kecil, tangan dah habis bengkak2 kesan jarum. Masa tulah ajak suami kelua hospital jgk sbb dah tak tahan sgt tanpa tahu apa penyakit saya sebenarnya.

Sehingga suami bawa saya ke klinik private. Setelah ujian darah, doc sahkan saya ada arthritis. Sejak hari tulah saya mula mengambil ubat steroid shgga sekarang. Mmg hilang sakit, badan sihat tapi kena sentiasa bergantung dgn dia. Kalau Takdelah dia,saya akan demam dan tak blh bangun buat kerja.

Alhamdulillah, baru2 ni saya terbuka hati nak cuba OMEGA. Takut juga dengar2 steroid ni boleh rosakkan buah pinggang.

Pertama kali saya ambil omega ni.. Sekarang dah masuk botol ke2. Saya cuba tambah lg dengan mengambil ostematrix + bcomplex +vivix. Cukup satu set .

Bila dah ambik semua tu, perlahan2 saya kurangkan dan stop sekejap ambik ubat steroid. Mmg terasa effect dia. Badan ringan, tak demam,kebas2 ,. sakit2 lutut semakin berkurang.

Cuma kena konsisten dan sabarlah. Harap2 lepas ni saya boleh ucap selamat tinggal terus ubat steroid dan agar lepas ni sakit saya boleh sembuh dengan sepenuhnya dgn izin ALLAH.

Kredit : Siti haslinda binti Sheikh Hassan



Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani



* Kesan penggunaan produk adalah berbeza bagi setiap individu.
*Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog/web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.
*Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
Continue Reading

Sunday, 14 January 2018

Sakit Lutut : Aku Tak Nak OKU!!! | Madame


AKU TAK NAK OKU!!!

Image result for sakit lutut


Semua orang pasti ada kenangan kan?

Macam tu juga dengan kak zue, ada satu kenangan yang sampai ke hari ni kak zue tak boleh lupa.

Terjatuh dalam bilik air. 😣

Ni bukan jatuh ala-ala pelakon sinetron gitu. Bukan jatuh-jatuh manja. Ni memang kaw-kaw punya jatuh !

Berlaku dah lama, masa kak zue masih study dulu.

Menyanyi-nyanyi nak melangkah masuk bilik air. Orang lain baca doa, ni kita sakan menyanyi.

Paaaaapppp !!!

Macam nangka busuk tersungkur dalam bilik air tu.

Masa tu menjerit macam kena rasuk la, kawan-kawan dah panik.

Dorang tolong keluarkan kak zue dari bilik air tu. Kak zue pulak meraung sambil pegang lutut kanan. Rasa sakit lain macam kat situ.

Apa lagi, terus ke hospital. Dapatkan rawatan yang sepatutnya. Pihak hospital kata hanya terseliuh biasa.

Tapi kenapa sakit gila ! 😭

Masa berlalu, akhirnya selepas beberapa hari kak zue dibenarkan balik. Tapi kesengsaraan tak habis kat situ.

Sakit lutut kanan ni menjadi-jadi sampai satu tahap dah tak boleh nak berdiri, kaki tak boleh nak tegak, terasa ngilu kat sendi, ada rasa bengkak.

Stresssnyaaa...kak zue tak dapat hadir kuliah lama.

Tapi tetap tak putus asa, balik kampung mak abah bawak jumpa pakar pulak. Sama juga la, takde apa-apa yang serius.

Depa tau keje nak operate aje. 😣

Mak abah tak puas hati lagi, usung anak dara dia pergi berubat cara kampung, berurut bagai. Sama jugak. Makin sakit ada la.

Kak zue sampai dah pasrah, dalam hati terdetik, mungkin ni takdir aku. Cacat selamanya. 😢

Datang pulak sorang bapa saudara kak zue, kata-kata dia lagi menusuk !

"Kita daftarkan aje la akak ni OKU".

Hoiiii...rasa tertampar, rasa terpana !

Awat teruk sangat ke sampai nak kena daftar OKU.

Tak mau... 😭😭

Serabut fikir, kak zue scroll fb masa tu. Mata tertarik pada 1 iklan Shaklee mengenai #OmegaGuard dan #Ostematrix.

Dalam iklan tu ada menyentuh pasal lutut, sendi dan pergerakan. Benda tu buat kak zue lebih minat nak tau lebih lanjut.

Teruja gila !

Akhirnya kak zue PM dia. Kak zue tanya lebih detail, hati terpaut. Terus beli.

Selang 2 hari barang sampai.

Dengan lafaz bismillah kak zue buka kotak shaklee tu. Ada 2 botol vitamin macam yang kak zue pesan.

Kak zue wassap seller tu, dia pun ajar cara makan Ostematrix dan Omega Guard tu sedetailnya.

Teruja sangat nak makan sebab kak zue letak harapan tinggi agar kak zue dapat semula lutut kak zue.

Katanya ini hanya ikhtiar, selebihnya Allah yang menyembuhkan. 😊

Tak lengah, kak zue pun ambil Ostematrix dan Omega Guard tu.

Hari pertama.

Hari kedua.

Masuk hari ketiga kak zue perasan sendi lutut dah tak sakit, dah kurang bengkak, ngilu pun dah takde.

Betul la kata seller tu, Omega Guard ni dia bertindak sebagai anti radang dan juga pelincir untuk sendi dan lutut.

Ostematrix pula bantu top up kalsium yang makin lama makin susut dalam badan ni.

Kak zue dah mula happy sebab bengkak dah mula surut, tak sakit !

Waaa....best betul Ostematrix dengan Omega Guard ni. Ajaib jugak. Aku sakit berzaman tak baik, makan 3 hari dah rasa lain macam lutut ni.

Masuk seminggu makan, kak zue dah boleh tegakkan lutut. Subhanallah...menangis syukur masa tu. 😭
Baiknya Allah temukan kak zue dengan penawar yang tepat, yang hebat, yang mudah dicari.

Akhirnya tak habis pun sebotol Ostematrix dan Omega Guard tu. Kak zue seperti dipulangkan semula dengan lutut yang lebih baru.

Apa yang kak zue perasan, sejak kak zue amalkan Ostematrix dan Omega ni kak zue dah jarang sakit badan.

Sekarang dah lebih 12 tahun kak zue setia dengan Ostematrix dan Omega Guard ni. Kebaikannya pun dah tersebar hingga ke seluruh ahli keluarga kak zue. 😊

Ternyata pilihan ni adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup kak zue. Rasa best sangat.

Syukur sampai ke saat ni, kak zue tak ada mengalami masalah lutut dan sendi walaupun tengah sarat mengandung 28 minggu. 😊

Pengalaman pahit tapi kini manis akhirnya.



Kredit : Zuraini Mohd Ghani


Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh terus whatsapp untuk guide beserta consultation yang terbaik untuk anda!



Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Tuesday, 9 January 2018

JIHAN MUSE : HOS GEGAR VAGANZA PENGGEMAR SHAKLEE! | Madame

Assalamualaikum,

Program Gegar Vaganza (GV) baru saja melabuhkan tirainya. Juara GV pun dah tau kan. So, madam bukan nak cerita pasal program GV tu, tapi nak cerita pasal hos dia...JIHAN MUSE yang sarat mengandung tu. Nampak aktif dan ceria ja atas pentas sepanjang 2jam lebih program GV berlangsung. Rahsianya, Jihan Muse pun penggemar Shaklee jugak!

Selain GV, Jihan Muse juga merupakan hos Jejak Jepun Jihan. Tengok ni! Tengah sarat pun berjalan sini sana di Jepun. Hehe

Image result for jihan muse shaklee

Untuk pengetahuan korang, Jihan Muse mengamalkan sebahagian dari Set Hamil Shaklee iaitu:

  • Ostematrix adalah sumber kalsium untuk membina tulang yang kuat bagi ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, mengelakkan sembelit dan kejang kaki.
  • SR Vita C Plus menguatkan sistem imun dan penting bagi kesihatan gigi, gusi dan tulang
  • Omegaguard, minyak ikan berkepekatan tinggi yang kaya dengan Omega 3 iaitu EPA dan DHA untuk kesihatan jantung, kecerdasan minda ibu dan bayi dalam kandungan.
Korang boleh baca lebih terperinci berkaitan keistimewaan setiap produk tersebut okeh!


Image may contain: 1 person, text


Istilah yang digunakan Jihan Muse adalah drugs. But dont worry ya! Shaklee bukan ubat untuk menyembuh dan merawat. Ia bukan drugs/dadah sebaliknya ia makanan tambahan/suplemen untuk melengkapkan nutrisi badan.

Semua produk Shaklee adalah selamat, semulajadi dan berkesan.


Image result for jihan muse shaklee
Moga Jihan Muse dipermudahkan urusan mengandung, dan bersalin nanti. Jangan lupa teruskan dengan Set Lepas Bersalin ye Jihan! :)


Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Thursday, 4 January 2018

Wednesday, 3 January 2018

Osteoporosis : Kenapa perempuan lebih banyak mengalaminya, ketahui punca & amalan mencegah osteoporosis | Madame


Osteoporosis (Tulang Rapuh) adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.

Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.

Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi – sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.

TAU TAK KENAPA PEREMPUAN LEBIH BANYAK MENGALAMI TULANG RAPUH BERBANDING LELAKI?

Image result for tulang rapuh atau osteoporosis

SEBAB...

Lelaki tak mengandung.

Lelaki tak menyusu.

Kalsium badan lelaki tak perlu kongsi dengan sesiapa.

Lain dengan perempuan. Perlu berkongsi dengan bayi yang dikandung selama 9 bulan... bayi yang disusukan hingga 2 tahun.

Tu tempoh yang biasa. Ada yang lebih lagi dari tu. Betul tak?

Tu baru sekali mengandung dan menyusu. Bayangkan kalau sampai 9 kali mengandung dan menyusu anak macam mak akak tersayang tu.

Banyak sangat kalsium yang digunakan untuk tulang dan gigi bayi.

Jadi, bank kalsium kita perlu di top up. Sejak muda top up lagi bagus tau! Jangan tunggu dah bonggok baru nak cari kalsium na..

Jom Ostematrix, sumber kalsium terbaik dan mudah!


Image result for tulang rapuh atau osteoporosis



Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668


FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Monday, 25 December 2017

GDM (KENCING MANIS) SEMASA HAMIL | Madame


Image result for kencing manis ketika hamil

GDM (kencing manis semasa hamil) sangat merisaukan sahabat saya ni.

Gestational Diabetis Melitus (GDM) berpotensi berlaku apabila tubuh tidak mampu menghasilkan hormon insulin yang mencukupi untuk metabolisme glukosa dalam darah. Insulin ini bertujuan mengubah glukosa kepada tenaga dalam sel tubuh kita.


GDM ini jika tidak diatasi, akan memberi risiko terhadap ibu dan bayi dalam kandungan.

Risiko kepada ibu hamil:
- risiko tekanan darah tinggi
- kesukaran melahirkan bayi
- risiko mempunyai diabetes jenis 2

Risiko kepada bayi pula:
- bayi bersaiz besar
- paras glukosa darah bayi rendah selepas dilahirkan
- kesukaran bernafas
- masalah pertumbuhan jangka panjang selepas kelahiran


Semasa kandungan ketiga ni, sahabat saya ni di sahkan GDM. Kandungan sebelum ni ok saja. Tak ada masalah.

Jadi, saya akak cadangkan multivitamin Vitalea, B Complex dan kalsium Ostematrix untuk membantunya.

Moga dipermudahkan urusan Siti Rohimah sepanjang mengandung ni ya :)




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
https://www.wasap.my/+60194207668
ID 1264241

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading

Wednesday, 29 November 2017

UBAT TAHAN SAKIT BAHAYA!


KESAN UBAT TAHAN SAKIT PADA GINJAL

Image result for ubat tahan sakit

Antara punca utama kegagalan ginjal (buah pinggang) adalah pengambilan ubat penahan sakit, secara berterusan atau pada dos yang tinggi.

Ubat tahan sakit menghalang penghasilan prostaglandin. Prostaglandin ini penting untuk mengembangkan saluran darah. Apabila kita mengambil ubat tahan sakit, ia menghalang penghasilan prostaglandin atau menghalang fungsi prostaglandin yang mengembangkan saluran darah.

Tida prostaglandin---> salur darah tidak mengembang ---> kurang pengaliran darah ke ginjal ---->kerosakan ginjal.

Akhirnya pengamal ubat tahan sakit akan mengalami penyakit ginjal yang kronik dan akhirnya menyebabkan masalah End Stage Renal Failure yang memerlukan rawatan hemodialysis.

Saya mencadangkan ambil bila perlu. Bila mengalami sakit yang terlalu kuat. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Kredit: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
------------------------------------------------------

Vitamin B Complex dan Kalsium merupakan ubat tahan sakit semulajadi. Boleh wasap akak terus untuk details ya :)


Jom Shaklee!

Team MADAMe

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE Shop at Niewa
Continue Reading

Saturday, 30 September 2017

Thursday, 28 September 2017

Saturday, 16 September 2017

Testimoni Ostematrix : Bukan sekadar kalsium

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah hampir 10 tahun Dayah berkecimpung dalam dunia pendidikan.

Rasa baru je semalam dapat surat pengesahan jawatan. Tapikan minat dalam bisnes tak boleh nak lupa, agaknya dah sebati dengan jiwa:heart:

Dari kecik, celik-celij mata je, arwah abah dah buat bisnes, abah jual sayur kampung di pasar besar.

Nak tau tak..Benda pertama Dayah jual masa sekolah rendah ialah keropok ubi hasil tangan mak

Sebab tulah terbawa2 sampai sekarang ni jiwa memberontak nak buat bisnes juga:sweat_smile:

2011 Dayah berhijrah ke Seremban ikut suami. Bertugas di tempat yang baru. Anak pun dah bertambah 2 orang.

Masa tu Dayah tinggal di quaters dalam kawasan sekolah.

Tapikan letihnya Ya Allah mengalahkan letih masa bekerja di Perak (masa tu ulang 30km sehala, 60km pergi balik)

Balik kerja je mesti tidur dulu. Tak larat nak ke dapur terus. Mujurlah anak 2 je. Kalau sekarang.Maunya mengamuk budak2 tu kelaparan :joy:

Dayah pun mula kena penyakit cikgu2 @ sakit lutut. Hati dah risau ni. Umur tak masuk lagi 30, dah macam kain buruk. Mula la terbayang yang bukan-bukan:disappointed:

Mulalah pencarian Dayah.. Penawar sakit lutut.

Bila kawan baik Dayah, Dr. Sarah Bakhtiar offer Ostematrix, Dayah terus je sambar.

Orang kata Shaklee bagus kan. So confident je lah

Sekali...Tak habis sebotol Ostematrix, sakit lutut hilaaaang.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rasa macam kembali muda :smile:

Mula lah terfikir nak buat bisnes Shaklee sebab barang dia bagus:+1:

Shaklee dah 60 tahun rupanya di pasaran. Eloklah share dengan kawan-kawan kan?

Makanya bermulalah episod Dayah bersama #RBCircle. Dengan bimbingan dan nasihat dari Mak Mentor Super Power Dr. Sarah Bakhtiar dan #Teamcantikmanis, Dayah terus lebarkan sayap bisnes.

Bisnes geli geli yang mula dengan bonus 2 angka, dah meningkat kepada 4 angka.

Rasa nak lompat bintang sampai ke siling bila berjaya dapat bonus ribu riban. Tu belum campur untung runcit lagi.

Sebab sebelum2 ni untung bisnes paling banyak pun Dayah dapat ratus-ratus je tu pun seronok sangat

Bila masuk 2 tahun dalam Shaklee ni, baru Dayah faham, bisnes ni kalau kejar duit tak ke mana. Duit kalau dikejar, kita yang letih.

Dayah betulkan niat, bisnes sebab nak tolong orang lain. Nak tolong orang lain untuk sihat, nak tolong orang lain tambah pendapatan, selesaikan masalah kewangan.

Bila niat berubah, cara kita juga berubah. Hidup juga berubah.

Memang benar sifu-sifu kata. Bisnes ni buat kita betul-betul menghayati Allahlah sumber rezeki kita, Allah nak tengok sejauh mana kita usaha, Allah uji agar kita jadi lebih kental, bukan untuk melemahkan kita.

Bila kita buat bisnes kerana Allah, kita tak akan give up. Kerana kita yakin rezeki kita ada, cuma kita perlu usaha dan merayu pada Allah. Pasti Allah tunjukkan jalan:smiley::muscle:

Impian Besar.

Ye memang impian dayah besar, dengan duit yang Dayah ada, Dayah nak sedekah pada siapa saje yang memerlukan.

Dayah nak buat pelaburan untik pendidikan anak-anak.

Membayangkan 4 orang anak belajar di peringkat universiti..Biarlah kosnya mak ayah yang tanggung, esok-esok saham akhiratnya dapat pada kita.

Tak nak anak-anak jadi penghutang tegar, belum kerja dah berhutang. Huhu. Kesian anak

Cerita tentang sedekah. Sedekah itu talian hayat kita di akhirat. Andainya orang yang telah mati dihidupkan semula, pasti dia nak bersedekah sebanyak yang boleh agar dimudahkan jalan ke Syurga.

Sebab tu Dayah nak buat betul-betul bisnes Shaklee ni. Masih ramai yang perlu Dayah bantu. Selagi hidup, manfaatkan sebaiknya untuk membantu orang lain.

Dicampak ke laut menjadi mutiara yang mahal harganya.

Dicampak ke tanah menjadi pohon yang subur berbuah lebat.

Dicampak ke langit menjadi awan yang memayungi dari teriknya panas mentari.

Kisah Effective Supervisor Cikgu Nurulhidayah Nurudin


*Kesan penggunaan adalah berbeza mengikut individu
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
* Ini adalah iklan produk suplemen

*********************************************************************************


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
Page Shop at Niewa 
Continue Reading

Saturday, 9 September 2017

Ostematrix : Bukan sekadar kalsium!

Assalamualaikum

*********************************************************************************

Kalsium dalam badan kita paling banyak disimpan dalam tulang. Kira tulang tu macam bank.

Tapi sel-sel lain pun perlukan kalsium juga untuk jalankan fungsi-fungsinya. Jadi sebelum umur 30-an, tulang serap & simpan banyak kalsium.

Sel-sel lain, kalau tak cukup kalsium, dia akan minta dengan tulang. Jadi, bila dah tua tulang dah tak serap kalsium. Apa yang ada tulah dia simpan.

Tapikan, sel lain yg x cukup kalsium tetap minta daripada tulang juga, bila kalsium dalam tulang kurang, ketumpatan tulang pun kurang. Sebab tu jadi reput.
__________________

Selalu sangat kita dengar warga emas jatuh (biasanya jatuh kat toilet yg licin) akan patah tulang. Senang sangat patah tulang sebab tulang mereka dah tak tumpat. Hilang ketumpatan rupanya sebab sel-sel badan lain mintak sikit kalsium dari tulang.

Kalau kesian kat orang tua kita... jangan biarkan depa x dpt sumber kalsium tau. Tambah yang x suka susu, x suka ekrem, x suka apa saja makanan bersumberkan kalsium.

Ha...simple saja cerita. Tq Dr Fyda again sebab cerita bagi paham kepentingan top up kalsium.

Kita sendiri pun kena pastikan pengambilan kalsium kita mencukupi..especially kalau yang tengah pregnant dan susukan anak..


Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID1264241
019-4207668


FB Azwani Aziz
Page Shop at Niewa
Continue Reading

Saturday, 26 August 2017

PEMBUNUH SENYAP : PULMONARY EMBOLISM @ Shaklee Jitra

Image result for pembunuh senyap wanita berpantang

Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. 

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. 

Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. 

Image result for wanita berpantang

Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:

  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.


Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:

  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Kredit: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.

Sumber : http://www.mmgazette.com/pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-dr-mardiana-kipli/

*********************************************************************************

SET KEHAMILAN & SET SELEPAS BERSALIN untuk membantu melengkapkan nutrisi dan kesihatan ibu mengandung dan bersalin serta kesihatan bayi




Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading

Friday, 18 August 2017

TESTIMONI OSTEMATRIX @ Shaklee Jitra



"nama pun pil kalsium..sama aje lah"

Oleh kerana nak tahu betul tak ia sama je dengan yang lain, kakna cuba sebotol.

Hasilnya.....

1) Membuang pun dah ok..takde dah trauma macam masa dalam pantang anak ketiga dulu. Dengan sembelitnya..berdarah....aarrgghhhh..mengimbau sahaja buat tengkuk meremang.

2) No more sakit gigi. No more gigi yang di cabut. Dari preggy anak pertama sehingga anak ketiga, akan ken sakit gigi dan dicabut. Paling extreme...masa hamil anak ketiga, siap kna small operation..belah gusi.

3) Cramp kaki masa preggy dah tiada langsung. Langsung tiada. Sakit wooooo...nanges!

4) Setiap kali full aktiviti mengurut, kakna akan telan 4biji Ostematrix sebelum tidur. And hasilnya mengagumkan bila bangun dari tidur.

Sebab tu sampai sekarang still setia dengan Ostematrix.

Kredit : FB Bonda Wana

*********************************************************************************


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani aziz
Continue Reading