Showing posts with label CoQ-Trol Plus. Show all posts
Showing posts with label CoQ-Trol Plus. Show all posts

Tuesday, 10 July 2018

11 Tips Mencegah Kanser | Madame

Assalamualaikum korang,

Hari ni madam nak share tips yang sangat bermanfaat. Tips Mencegah Kanser ni madam dapat hasil pembacaan di fb. Kanser adalah salah satu penyakit yang sangat digeruni. Kanser ni disebabkan oleh ketidakseimbangan replikasi sel badan kita. Jom, baca sama2 dan ambil teladan okeh😉

Tips mencegah kanser

Secara mudahnya boleh lah dikatakan kita boleh meningkatkan pemakanan dengan lemak sihat dan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat berglisemik indeks tinggi.

Beberapa tips boleh kita amalkan untuk mencapai matlamat ini, iaitu:

1. Mengurangkan pengambilan GULA dalam makanan dan minuman

Kita telah memahami bagaimana gula menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Oleh kerana itu, gula adalah karbohidrat yang bersifat tinggi indeks glisemik (GI) dan meningkatkan insulin hendaklah dihentikan dalam pemakanan seharian. Insulin sendiri menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan perlu kita kawal parasnya dalam darah.

Oleh kerana itu juga kita perlu mengambil lebih banyak minyak sihat sebagai sumber utama kalori dan pengambilan protin yang sederhana. Jika kita mengambil terlalu banyak protin ia akan menjadi gluconeogenik, iaitu ia menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil daripada protin.

Sel kanser mempunyai reseptor insulin yang sangat banyak dipermukaan membran selnya dan sangat dikawal metabolisma glukosa nya. Ini bermakna, bergantung kepada tahap perkembangan sel-sel kanser, ia akan ‘mencuri’ gula untuk tumbesarannya daripada sel-sel normal. Ini bermakna gula akan memberi ‘makan’ kepada sel-sel kanser dan sel-sel yang normal perlukan jasad ketone untuk sumber tenaga untuk melawan pertumbuhan sel-sel kanser apabila seseorang mula mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanannya.

2. Mengurangkan Ketagihan kepada GULA

Oleh kerana sel-sel kanser ‘mencuri’ glukosa daripada sel-sel normal oleh itu akan kekurangan glukosa untuk sumber tenaga. Oleh itu otak akan menghantar isyarat bahawa tubuh memerlukan lebih tenaga atau kalori dengan menghantar isyarat lapar untuk makan makanan berkarbohidrat dan manis(carbohydrate craving). Ini akan menjadi ketara dipermulaan apabila seseorang pesakit kanser memulakan ‘diet ketogenik’ terutamanya kerana mereka mempunyai mitokondria yang kurang dan lemah.

Oleh kerana itu amat penting bagi mereka mengambil nutrisi yang akan menambah jumlah mitokondria dan menguatkannya. Pengambilan lemak yang kaya dengan  asid lemak tepu rantaian sederhana; MCFA (Medium Chain Fatty Acids) seperti minyak kelapa yang mengandungi asid laurik yang mengandungi C8 dan C10 rantaian asid lemak. Pengambilan beberapa jenis suplemen, rempah ratus dan herba juga membantu meningkatkan jumlah mitokondria seperti curcumin (kunyit), halia, omega 3, asid alfa lipoik, N-asetil sistein (NAC), resveratrol, teh hijau, quercetin dan koenzim Q10.

Apabila mitokondria telah mula aktif dan bertambah maka masalah ‘craving’ ini akan hilang. Bersenam, pengambilan suplemen mineral dan dapatkan air secukupnya untuk kekalkan hidrasi tubuh adalah amat penting bagi pesakit kanser yang mencuba kaedah ini.

3. Mengamalkan Ketogenik Diet

Dengan tidak mengambil gula dan karbohidrat proses dalam pemakanan seharian seseorang pesakit kanser perlu mengambil sumber tenaga alternatif untuk terus membekalkan tenaga kepada sel-sel normal. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan ‘diet ketogenik’ iaitu mengambil lebih lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, mentega, minyak ikan, minyak kelapa sawit, avocado dan sebagainya.

Ini sangat penting dalam strategi kita untuk melawan penyakit kanser kerana sel-sel kanser yang agresif akan mencuri semua glukosa untuk tumbesaran sel-sel kanser daripada sel-sel normal yang akan menyebabkan seseorang pesakit kanser merasa sangat lemah, tidak bermaya dan kurang bertenaga.

Sel-sel kanser tidak boleh menggunakan jasad ketone sebagai sumber tenaga oleh itu jika pesakit mengurangkan pengambilan karbohidrat dan megambil lebih banyak lemak sihat, maka ia akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi ‘kebuluran’ dan akhirnya akan membunuh sel-sel kanser ini secara beransur-ansur. Dengan mengurangkan pengambilan gula pasir adalah satu cara terbaik untuk melawan penyakit kanser ini.

4. Berpuasa secara berkala

Selain daripada mengamalkan diet ketogenik, seseorang boleh mengamalkan berpuasa secara berselang (interminttent fasting) iaitu satu lagi kaedah yang sangat berkuasa untuk mengawal paras insulin dan meningkatkan aktiviti AMP-K. Dalam masa yang sama berpuasa secara berkala juga akan meningkat imuniti tubuh dengan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih untuk memusnahkan sel-sel kanser.

Berpuasa juga sangat berkuasa meningkatkan proses penyingkiran sel-sel abnormal, rosak dan mati dari sistem tubuh dengan kaedah yang dipanggil ‘cellular autophagy’. Kajian juga menunjukkan dengan berpuasa akan meningkatkan fleksibiliti atau kebolehubah sistem metabolisma tubuh untuk menjadikan sel-sel dalam keadaan ketosis yang lebih cepat. Dengan keadaan ini maka ia akan memusnahkan sel-sel kanser dan menjadikan sel-sel normal terus kekal sihat.

Kaedah berpuasa tanpa makan tetapi mengambil minuman air kosong, air lemon atau teh hijau atau teh herba sahaja selama 12 jam (kaedah yang dicadangkan oleh saintis Barat) boleh juga diamalkan jika kita tidak mahu berpuasa sebagaimana dalam syariat Islam.

5. Kaedah Super Hidrasi

Semasa mengamalkan kaedah berpuasa perubatan iaitu hanya tidak makan selama 12 jam dan minum air yang banyak untuk memastikan hidrasi tubuh yang sempurna ia akan menggalakkan proses detoksifikasi tubuh secara natural dan lembut. Pastikan anda minum air mineral beralkali tanpa klorin atau florida didalamnya.

Dicadangkan supaya proses superhidrasi dilakukan dengan minum air mineral beralkali ini sebanyak lebih kurang 1 liter dalam jam pertama selepas bangun dari tidur dan selepas itu minum lagi 1 liter hingga 1.5 liter air sehingga tengah hari.
Untuk sepanjang hari atau 12 jam berpuasa itu, jika boleh minum air dengan lebih banyak sehingga 3 ke 4 liter secara total bergantung kepada berat badan. Jika berat badan 70kg, maka boleh minum sehingga 4 liter air mineral, air teh O (tanpa gula), teh hijau, teh herba, air lemon, air limau dan sebagainya.

Anda akan kerap ke tandas untuk buang air kecil dan itu lah proses detoksifikasi tubuh melalui perkumuhan buah pinggang. Walaupun jumlah air yang diminum agak berlebihan, tetapi jika buah pinggang anda berfungsi secara normal ia tidak mengundang masalah dan juga air yang diminum mengandungi mineral yang secukupnya ia tidak memudaratkan. Anda boleh menambah secubit garam ke dalam botol 1 liter air untuk menambahkan garam mineral didalam air tersebut.

Dengan mengekalkan hidrasi secukupnya ia akan mengurangkan rasa lapar dan keinginan melampau (craving) untuk makan manis atau karbohidrat.

6. Pengambilan Garam sihat

Kebanyakan daripada kita menyangka bahawa kita perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana kita telah diajar selama ini garam berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan apabila seseorang memulakan pemakanan ketogenik akan mengalami perkumuhan garam berlebihan kerana berlakunya penurunan paras insulin. Oleh kerana itu, seseorang yang mengamalkan pemakanan ketogenik akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh yang perlu di ganti semula. Jika tidak diganti semula mineral yang hilang maka seseorang itu akan mengalami simptom seperti selsema. Amat penting untuk kita mengambil garam mineral yang berkualiti tinggi seperti garam merah jambu dan garam kelabu atau minum sup tulang dalam pemakanan.

7. Bersenam secara kerap

Bersenam secara selangan berintensiti tinggi (HIIT) adalah satu bentuk senaman yang sangat baik di lakukan selalu. Kajian menunjukkan senaman jenis ini akan meningkatkan paras AMP-K dan meningkatkan fleksibiliti dan pengoksigenan tisu-tisu tubuh. Bersenam secara sederhana iaitu 15 ke 20 minit sebanyak 2 ke 4 kali seminggu. Jangan bersenam keterlaluan dan terlalu keras akan menyebabkan peningkatan paras kortisol dan mengeluarkan kita daripada proses ketosis.

‘Berkaki ayam’ secara berkala, semasa bersenam juga adalah kaedah tambahan yang baik kerana ia membantu kita mendapat ‘elektron percuma’ untuk menyahcas tubuh dengan bumi secara semualajadi dan menstabilkan frekuensi elektromagnetik tubuh kita. Ini membantu menenangkan respon stres dan mempercepatkan proses pemulihan tubuh dan meningkatkan rasa sihat dan segar tubuh.

8. Lawas Buang Air besar

Ramai antara kita tidak menyedari bahawa masalah sembelit dan tidak lawas buang air besar adalah satu faktor yang menyebabkan peningkatan hormon stres (kortisol) dan mengeluarkan kita dari proses ketosis. Ramai akan mengahadapi masalah sembelit semasa mengamalkan pemakanan ketogenik.

Oleh itu amat penting untuk mengambil langkah-langkah mencegah sembelit dengan makan banyak sayur-sayuran berserat tinggi, makanan yang diperam (budu,cencalok, belacan, kicap, tempe etc), minum air secukupnya, mengambil garam secukupnya dan jangan makan semasa stres. Ini adalah kerana semasa stres akan berlaku gangguan kepada pergerakan usus dan penghadaman. Berdoa dan baca bismillah sebelum makan boleh menurunkan stres sebelum makan.

Pengambilan probiotik amat penting untuk mengawal masalah pertumbuhan bakteria jahat berlebihan dalam usus. Mengambil suplemen magnesium juga amat penting membantu mengawal masalah sembelit dan membantu kesihatan yang lebih baik.

9. Kawal jumlah pengambilan Protin

Mengambil terlalu banyak protin boleh meransangkan proses gluconeogenesis iaitu proses penghasilan glukosa daripada protin yang akan menyebabkan kenaikan paras glukosa darah dan akan mengeluarkan dari proses ketosis. Secara umumnya setiap seorang daripada kita perlu mengambil 20 ke 30 gram protin setiap kali makan. Dalam sehari keperluan umumnya adalah diantara 60 ke 75 gram sehari. Jika seseorang itu bersenam secara aktif dan melakukan senaman mengangkat beban makan keperluan protinnya akan meningkat.

10. Mengambil lemak MCT

Untuk menghasilkan keadaan ketosis adalah sesuatu yang membebankan kepada tubuh terutamanya jika anda mempunyai masalah dysfungsi mitokondria. Oleh itu penggunaan minyak MCT (medium chain triglyceride) amat baik untuk ditukarkan menjadi ketone dan meningkatkan kadar ketosis tubuh. Untuk memudahkan kita boleh mengambil minyak kelapa dara yang tinggi asid lemak laurik iaitu sejenis MCT. Terdapat juga minyak MCT yang dijual secara komersil yang lain yang mengandungi asid kaprik (capric acid) dan asid kaprilik (caprilic acid) yang juga lebih mudah ditukarkan menjadi ketone.

11. Tidur secukupnya

Mengawal stres adalah kunci kepada mengekalkan tahap ketosis yang optimum. Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah amat penting dari aspek ini. Tidur yang tidak mencukupi berkait rapat dengan paras glukosa darah dan risiko kanser yang lebih tinggi. Tidur lah lebih awal dan pastikan bilik tidur benar-benar gelap untuk tidur yang sihat disamping suhu bilik yang selesa untuk tidur yang nyenyak.

Elakkan pendedahan kepada ‘cahaya biru’ (blue light) sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur dengan menggunakan penapis cahaya biru atau memakai cermin mata dengan penapis cahaya biru. Kita boleh amalkan rutin yang menenangkan diri sebelum masuk tidur seperti bersolat, berzikir atau bermeditasi yang boleh memberikan kita rasa tenang sebelum tidur.

Sumber fb:
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE
Doktor Perubatan Nutrisi
.
.
.
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Monday, 9 July 2018

Piala Dunia Rusia 2018 | Madame

Salam Piala Dunia Rusia 2018!

Korang sokong team mana? Team mana agaknya akan menang Piala Dunia 2018 ni kan.🤔 Musim bola la ni, semua lelaki/ para suami layan bola di rumah ka di luar?

Piala dunia rusia 2018

Suami madam pun kaki bola. Tiap2 malam layan live Piala Dunia kat tv😅. Tak palah, asalkan dia kat rumah, tak melepak kat luar.hihi..suami madam ni of cos la sokong Perancis. Siap beli jersi Perancis tau! Hehe

Punya la nak tengok team masing-masing menang or kalah kan, sanggup stay up sampai 5 pagi! walau esoknya kena kerja. Betul tak? Hehe😅 Orang laki ni layan bola kadang sampai overstress kalau team depa tak jaringkan gol atau kalah dalam perlawanan. 😂

Jadi, madam cadangkan para lelaki amalkan B Complex, Cinch Tea dan CoQ-trol Plus. Para isteri boleh hadiahkan kat suami masing-masing.

Nak tau dak kelebihan produk2 ni?

B Complex ni antistress tau👍. Team kalah ka menang, tak stress dah.haha

Cinch Tea menyegarkan mata untuk kekal fresh untuk stay up malam2.

CoQ-Trol Plus pulak memberi tenaga untuk pergi kerja pagi2. Tak la asyik menguap ja pagi2👍Drive keta pun mata segar. Tak la terlelap, langgar divider.huhu

Perlukan bantuan, wasap ja madam okeh!😘

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Friday, 5 January 2018

5 Manfaat Utama COQ-Trol Plus : Tingkatkan Tenaga Dengan Formula yang ditingkatkan | Madame

Assalamualaikum,
Madam nak war2 kan, mulai Januari 2018, Shaklee memperkenalkan CoQ-Trol Plus menggantikan CoQ-Health dengan formula yang dipertingkatkan. Ia sangat membantu meningkatkan tenaga badan kita. 


Kerana apa tau?

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh


TAHUKAH ANDA?
Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolesterol, menghalang pembentukan CoQ10 sebanyak 40%! Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda.



5 Manfaat CoQ-Trol Plus

1. Tenaga yang berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Mempercepatkan pemulihan luka.

2. Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:
  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.

3. Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum.

4. Kulit yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:
  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Meningkatkan tekstur kulit.

5. Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.






KEISTIMEWAAN CoQ-Trol Shaklee



Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga
Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10). Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam1. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.

Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10
Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.




Dapatkan CoQ-Trol Plus sekarang. Wasap saya terus ya!



Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani


Continue Reading