Showing posts with label set lepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label set lepas bersalin. Show all posts

Tuesday, 10 April 2018

Shaklee Effect : Set Menyusu @ Set Lepas Bersalin | Madame

Kisah Shaklee Saya
================

Set menyusu Shaklee


Ini anak comel ke-4 saya, Raja Asyraf. Anak yang menemukan saya dan Shaklee 😊

Tahun 2011, saya ibu kepada 4 orang anak. Kisah shaklee saya bermula semasa saya berpantang anak ke4

Saya ada sejarah terlibat dengan kemalangan pada tahun 2001. Tulang peha patah dua dan sehingga kini ada metal plating yang asalnya menyokong Tulang utama kaki saya untuk pulih

Bahagian peha Kanan kadang-kadang lenguh dan Sakit.

Lepas bersalin, memang rasa sakit sikit bahagian kaki. Dan penatnya menguruskan 4 anak, rumah tangga lagi, menyusu lagi, tak dapatlah saya nak gambarkan

Sehingga berat saya menyusut dan susu ibu yang dihasilkan tak memberangsangkan

Cair, sikit dan tak cukup pun

Sampailah satu hari masa saya scroll FB, saya ternampak iklan SET MENYUSU SHAKLEE

Apa tu Shaklee pun tak kenal. Tapi Sebab yang menjual tu kawan saya, saya rasa nak cuba

Tak perlu tunggu seminggu, lepas 2 hari, saya pelik Bila rasa badan cergas. Tak pernah cergas macam ni. Susu perahan (EBM) bukan saja semakin banyak, tapi lebih pekat. Seronoknya!

Lenguh, sakit badan, letih dan terjelepuk penat macam kain buruk, tak ada lagi saya alami. Alhamdulillah!

Benarlah, kualiti dan kuantiti susu ibu sangat bergantung kepada keadaan kesihatan ibu.

Syukur sangat jumpa Shaklee. Apa lagi yang lebih bernilai daripada tubuh yang sihat dan menjadi ibu yang ceria

Sehingga sekarang, saya masih setia dengan rutin suplemen Shaklee Sebab saya percaya pentingnya peranan ibu dalam keluarga, dan saya terus berkongsi kehebatan Shaklee Ini dengan ramai ibu-ibu untuk mereka menjadi ibu yang sihat dan hebat

“To the world we are mothers, but to our family, we are the world”

Jom Shaklee !

==============
Korang perlukan bantuan dalam penyusuan, wasap madam okeh!😉


Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
Continue Reading

Tuesday, 23 January 2018

10 Makanan Terbaik buat Ibu Menyusu | Madame

Image may contain: one or more people and text

Assalamualaikum,
Hari ni madam nak kongsikan 10 makanan terbaik untuk ibu menyusu. Semasa tempoh penyusuan, sehingga anak berusia 2 tahun, ibu2 sangat digalakkan menjaga pemakanan. Kita sedia maklum, apa saja yang ibu makan, akan turut memberi kesan terhadap bayi yang disusukan.

Jom baca ya!

Image may contain: food

Sayur-sayuran hijau mengandungi vitamin A, zat besi, kalsium dan asid folik. Sumber yang terbaik adalah sawi, kailan dan bayam.


Image may contain: food
Avocado banyak mengandungi asid folik, vitamin E dan C. Ia mampu menambah susu ibu juga.


Image may contain: fruit and food
Berries seperti strawberries, blueberries dan cranberries kaya dengan kandungan antioksidan. Ia sangat baik untuk menentang radikal bebas.


Image may contain: food
Badam kaya dengan DHA, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menambah susu badan. Ia boleh dijadikan snek harian yang menyihatkan.



Image may contain: food
Ibu menyusu boleh gantikan snek tak berkhasiat dengan semangkuk buah yang berwarna warni. Tapi pastikan buah bebas GMO ya!


Image may contain: fruit and food
Yogurt merupakan pilihan makanan yang baik untuk mendapatkan probiotik. Ia adalah mikroorganisma hidup yang baik bagi menghalang penyakit. Malah ia sangat baik untuk penghadaman.


Image may contain: outdoor and water
Ikan non oily seperti siakap dikatakan mempunyai kandungan Omega 3 dan protein yang baik.


No automatic alt text available.
Kebaikan minyak kelapa mengandungi asid laurik yang mampu membunuh bakteria dan virus.


No automatic alt text available.
Telur adalah sumber protein yang paling mudah serta mengandungi Omega 3 yang menghasilkan DHA. Ini nutrisi penting bagi perkembangan otak bayi.


Image may contain: food
Oat adalah karbohidrat kompleks dan mengandungi GI yang rendah. Ia kaya zat besi, fiber dan protein. Malah ia mampu menjadi penggalak susu.


Set Lepas Bersalin Shaklee
Set Lepas Bersalin Shaklee
Dapatkan set selepas bersalin Shaklee aka Set Menyusu Shaklee yang mudah diamalkan. Ia mengandungi segala nutrisi dan mampu melengkapkan keperluan ibu2 menyusu demi kesihatan diri dan bayi yang tersayang.😍



Jom Shaklee bersama kami!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
Continue Reading