Showing posts with label suplemen. Show all posts
Showing posts with label suplemen. Show all posts

Saturday, 7 July 2018

Kepentingan Pengambilan Suplemen setiap hari | Madame

PERLUKAH PENGAMBILAN SUPLEMEN SETIAP HARI...

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran. Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Persoalan yang selalu ditanya adalah;

“ Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?”

Kepentingan suplemen


Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita.

Saya selalu ditanya, adakah terdapat bukti saintifik tentang kepentingan pengambilan suplemen ini. Sebenarnya, terdapat ribuan kajian yang telah dijalankan sebenarnya yang boleh kita baca dalam jurnal-jurnal perubatan. Satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat telah menunjukkan diantara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak.

Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang.

 Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah  kanser.

Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok).

Berdasarkan fakta kajian ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang merbahaya.

Terdapat banyak lagi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang menunjukkan pengambilan secara berterusan suplemen mampu mencegah penyakit kronik dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian-kajian lain telah membuktikan kelebihan vitamin dalam pencegahan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai lagi.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan anti oksidan, vitamin B6, B12, asid folik, vitamin C, vitamin D dan vitamin E mampu mencegah penyakit dengan melindungi membran sel dan DNA didalam sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan pelbagai jenis toksin yang masuk kedalam tubuh manusia. Didalam buku saya, ‘Hindari Kanser dengan Anti Oksidan’, saya telah menyenaraikan kajian-kajian saintifik tentang anti oksidan yang berkaitan dengan kanser dan pencegahannya.

Terdapat juga banyak kajian menunjukkan pengambilan supplemen omega 3 mampu membantu menurunkan paras kolesterol, mencegah penyakit jantung dan mengawal berat badan sebagaimana yang telah saya tulis dalam buku saya ‘Omega 3: kepentingannya kepada kesihatan’.

Begitu juga pengambilan probiotik sebagai suplemen harian  mampu meningkatkan immuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah allergi dan mencegah kanser usus.

Secara umumnya, makanan yang kita makan setiap hari tanpa kita sedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, anti oksidan dan sebagainya. Makanan kita kaya dengan karbohidrat, lemak tepu, lemak ‘trans’ dan ‘GULA’ yang berlebihan ditambah lagi  dengan pelbagai pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Bahan-bahan tambahan ini mengganggu keseimbangan metabolisma sel-sel dalam tubuh manusia.  Budaya makanan segera yang dibawa dari barat memburukkan lagi masalah ini. Anak-anak dan juga ibubapa amat kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian.Pemakanan seimbang masa kini lebih kepada iklan di poster di sekolah, klinik dan hospital semata-mata. Hakikatnya ianya tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia. Makanan yang di proses amat mudah didapati dalam pasaran yang hanya mempunyai ‘karbohidrat kosong’ tanpa zat-zat mikro yang mencukupi. Disinilah pentingnya  suplemen yang kita makan akan membantu membekalkan mana-mana zat-zat yang kekurangan tanpa kita sedar untuk menjaga  keseimbangan metabolisma sel-sel tubuh manusia.

Kehidupan kita dizaman moden sekarang yang membeli semua makanan di pasar atau pasaraya besar jauh berbeza dengan kehidupan datuk nenek kita di zaman dahulu yang menghasilkan sendiri makanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang  kita makan ditanam secara komersil dengan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan sebagainya. Makanan dari sumber daging ayam, kambing, lembu diternak secara komersil dengan penggunaan hormon and antibiotik yang berleluasa. Ikan dilaut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik. Isu-isu pencemaran ini amat kompleks dan susah untuk dielakkan, natijahnya untuk menjaga kesihatan badan kita , kita perlukan suplemen setiap hari.

Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, plasma, mitokondria, nukleus dan DNA dari kerosakan oksidatif. Zat-zat mikro seperti vitamin, mineral dan anti oksidan membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.

Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan baik maka semua organ dan sistem tubuh manusia dapat berfungsi dengan baik. Kesannya, kesihatan akan terpelihara dan boleh dikekalkan untuk jangkamasa yang lebih panjang dengan mengambil suplemen yang perlu.

Sikap sesetengah orang yang mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok, tidak bersenam, makan secara berlebihan, masalah obesiti dan stress yang melampau menyebabkan kadar penyakit zaman moden seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, angin ahmar dan kanser semakin buruk dan meningkat dengan begitu ketara sekarang. Ini menambahkan lagi keperluan pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik akibat tabiat buruk ini. Berhenti dari mengamalkan tabiat-tabiat yang merbahaya kepada kesihatan adalah langkah terbaik dan pengambilan suplemen akan membantu memulihkan kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

Tetapi perlu diingat bahawa pemakanan seimbang dan sihat dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat berserat tinggi juga penting untuk mencegah penyakit-penyakit  kronik ini. Bersenam juga adalah salah satu faktor penting dalam mencegah penyakit ini. Ketiga-tiga faktor ini amat penting dan perlu seiring diamalkan untuk mendapat kesihatan yang optimum dan bukan hanya bergantung kepada pengambilan suplemen semata-mata. Suplemen bukanlah ubat untuk mencegah penyakit tetapi sebagai satu tabiat yang sihat membantu mencapai kesihatan optimum.

Dengan memulakan pengambilan suplemen setiap hari seperti multivitamin, mineral, antioksidan, omega 3 dan probiotik yang berkualiti tinggi, seseorang boleh merasakan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi fizikal dengan penggunaan suplemen ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka. Perlu juga di ingat walaupun sesuatu perkara yang baik tetap ada hadnya, pengambilan suplemen ini perlu mengikut dos yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan makanan sihat masih perlu diamalkan untuk mendapat kesan kesihatan yang optimum.

Terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan suplemen atau makanan nutrisi tambahan ini, tetapi ini tidak bermakna tiada sebarang pembaik pulihan berlaku.

Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Man), MScAARMMA(UCSI), FAGE
MMC: 36627

Pengamal Perubatan Am dengan
Pengkhususan Perubatan Nutrisi, Anti Penuaan, Esthetik & Perubatan Regeneratif
.
.
.
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Friday, 9 June 2017

PESANAN BUAT WANITA @ Shaklee Jitra


PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA- Dr Hamid Arshat

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.


2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. 
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan. 
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan. 

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian. Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Kredit : Page FB Dr.Hamid Arshat (https://www.facebook.com/hamidarshat45/)

Dapatkan suplemen/multivitamin anda sekarang okeh!

JOM SHAKLEE!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz
Continue Reading

Wednesday, 24 May 2017

Tips memilih produk nutrisi yang baik @ Shaklee Jitra


Assalamualaikum..

Hari ni madam nak kongsi tips. Jadikan ia sebagai garis panduan agar kita tidak silap memilih brand dan produk suplemen yang salah. Jika tidak, bukan jd sihat sebaliknya bertambah sakit!

1. Pilih produk yg dikilang dan diedar oleh syarikat yg sama

2. Pilih pengeluar suplemen yg mematuhi Prosedur FDA bagi perkilangan yg baik

3. Pilih produk yg telah menjalani ujian kualiti ke atas bhn2 mereka

4. Trkh luput dicap pd botol

5. Produk lulus 'ujian air'

6. Pengeluar mempunyai lembaga penasihat saintifik yg sah

7. Mempunyai makmal bebas yg mengesahkan kualiti

8. Produk diperbuat dr bhn semulajadi

9. Pengeluar suplemen punyai byk saintis dan kakitangan bertauliah

10. Pengeluar suplemen punyai kemudahan penyelidikan yg sah

11. Pengeluar suplemen punyai bajet penyelidikan yg tinggi utk produk mereka

12. Pengeluar suplemen menjalankan ujian klinikal terhdp produk mereka

13. Pengilang menerbitkan penemuan klinikal dlm jurnal2 ulasan sains



SHAKLEE PUNYAI KESEMUA DI ATAS!

Alhamdulillah, terbukti selamat, berkesan dan mesra alam :)





Jom Shaklee!

SID Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz

Continue Reading