Sunday, 20 May 2018

7 Risiko Hamil Rapat Selepas Ceaserian | Madame

HAMIL RAPAT SELEPAS CAESEREAN?

Risiko hamil rapat selepas ceaserian

Ketahui 7 Risikonya:

Madam share secara umum, dan mengikut kajin kes..tidak semua individu sama,bergantung pada rezeki juga🙂

.
.

Orang kata kalau ibu bersalin secara pembedahan caesarean, dia kena berehat lama sebelum merancang untuk hamil lagi. Kalau hamil rapat, takut pula berlaku risiko rahim terkoyak.

Tetapi berapa lama masa berehat yang sesuai itu? Mengikut kajian perubatan, jika kelahiran berlaku sangat rapat dan jaraknya di bawah dua tahun, risiko rahim ibu mengalami komplikasi terkoyak meningkat dua hingga tiga kali ganda!

Bahkan, jarak kelahiran yang lama pun masih lagi dianggap berisiko tinggi. Itulah sebabnya, kebanyakan doktor menasihatkan ibu merancang untuk hamil semula selepas tempoh dua tahun kelahiran caesarean terdahulu.

Bagaimanapun semuanya bergantung pada tahap kesihatan seseorang wanita.

Saranan tersebut tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Mungkin ada ibu yang tidak mengalami sebarang masalah biarpun mengandung rapat selepas bersalin secara pembedahan caesarean.

Berikut adalah sebab mengapa perlu menjarakkan kehamilan selepas bersalin secara pembedahan caesarean.

1. Risiko rahim koyak

Koyakan yang berlaku boleh menembusi ke seluruh ketebalan dinding rahim sehingga ke permukaan luarannya. Malah, ia juga boleh menimbusi sehingga menjangkau ke pundi kencing di hadapan atau ligamen lebar di bahagian tepinya.

Jika masalah ini terjadi, sukar untuk doktor menangani proses kelahiran ibu. Dalam beberapa minit, pendarahan yang banyak boleh berlaku. Ia pasti mencemaskan para petugas perubatan.

2. Mudarat kepada ibu dan bayi

Komplikasi yang teruk akibat pendarahan boleh mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi. Anda bukan sahaja boleh kehilangan darah yang banyak, malah bekalan darah kepada bayi boleh terputus sehingga boleh memberi kesan tidak baik kepada organ-organ bayi seperti buah pinggang dan otaknya juga.

3. Risiko pembedahan caesarean lagi

Mungkin untuk kelahiran seterusnya anda terpaksa melalui kelahiran secara sama ada secara elektif ataupun kecemasan. Peluang untuk kelahiran melalui faraj adalah antara 72 – 76%, tidak kira sama ada secara normal dengan alat bantuan kelahiran iaitu vakum atau forseps.

4. Parut pembedahan belum sembuh sepenuhnya

Parut pembedahan pada dinding rahiim tidak cukup kukuh dan mudah terbuka. Kadang kala, masalah ini boleh berlaku sebelum proses kontraksi bermula.

5. Risiko kerosakan organ lain

Pelekatan melibatkan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing sehingga mengakibatkan doktor sukar melakukan pembedahan caesarean dan boleh menyebabkan trauma seperti pundi kencing koyak.

6. Risiko tumpah darah 

Sukar menangani masalah tumpah darah sehingga memerlukan pemindahan darah, pembedahan membuang rahim dan lain-lain.

7. Risiko kehamilan berkomplikasi

Risiko kehamilan berkomplikasi seperti uri bawah (placenta praevia),  uri melekat (placentra accreta) dan lain-lain komplikasi.

Perlu diketahui, jika anda telah pun menjalani pembedahan secara caesarean  sebanyak dua kali tanpa mengira sama ada kelahiran tersebut diselang-selikan dengan kelahiran normal ataupun pembedahan berturut-turut, kekuatan parut pembedahan adalah tidak lagi sekukuh dahulu.

Dikhuatiri ia tidak mampu bertahan untuk menangani proses kontraksi yang bakal anda alami. Paling digeruni ialah ia boleh menyebabkan risiko rahim pecah meningkat

Kredit: karangkraf

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz

0 comments :

Post a Comment