Monday, 23 April 2018

HB Rendah : Kesan dan Bahaya kepada Ibu Hamil dan Bayi | Madame


HB rendah semasa hamil
Assalamualaikum,

Ibu2 selepas disahkan hamil, mesti akan ke klinik untuk buka buku pink kan. Antara yang utama nurse akan check adalah paras HB darah. Kalau bacaan HB rendah iaitu kurang dari 11, terus dicatit dengan pen merah.

Maka bermula la adegan asyik kena jumpa doktor ja untuk cek kenapa HB rendah. Doktor akan cadangkan obimin atau iberet. Kalau tak berkesan jugak, up dose lak. Kalau bacaan HB masih menurun, kena buat pulak ujian zat besi untuk tengok  kandungan feritin dalam darah. Next, kalau tak ok jugak, buat pulak HB analisis untuk cek talasemia.huhu..

Memang letih asyik ulang gi klinik ja, amik darah dan jumpa doktor. Tau tak kenapa HB normal penting sangat semasa mengandung?
.
.
💖Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.
.
.
Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).
.
.
Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
Pendarahan
Kanser
Penyakit buah pinggang/ hati
Hypothyroidism
Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:
.
.
Kesan kepada ibu:

🚺Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
🚺Mengalami keguguran
🚺Mengalami kegagalan jantung
🚺Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
🚺Risiko alami penyakit berjangkit
.
.
Kesan kepada bayi dalam kandungan:

🚼Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
🚼Lahir sebagai premature atau tidak cukup bulan
🚼Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
🚼Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
🚼Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Ibu2 boleh amalkan vitamin tertua di dunia, sejak 1915 iaitu multivitamin Vita-Lea Iron Formula untuk mengekalkan paras HB darah.👍👍👍

Boleh wasap madam untuk konsultasi ya!😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Related Posts:

0 comments :

Post a Comment