Sunday, 7 January 2018

ENDOMETRIOSIS : Simptom, gejala dan cara mengatasinya | Madame

Image result for simptom endometriosis


Apa itu endometriosis?

Uterus atau rahim dilitupi dengan lapisan tisu yang dipanggil endometrium. Tisu endometrium tumbuh hanya di bahagian dalam rahim, tetapi kadang kala ia tumbuh di luar rahim, biasanya dalam organ-organ pembiakan (ovari, tiub fallopian) atau dalam kes yang jarang berlaku, ia tumbuh pada usus kecil, dubur atau pundi kencing. Keadaan ini dipanggil endometriosis.

Semasa haid, lapisan uterus ini dikeluarkan melalui faraj, tetapi darah daripada tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim tidak mempunyai tempat untuk keluar. Akibatnya, pendarahan melalui tisu ini pada setiap bulan menyebabkan pertumbuhan sista, calar dan tisu parut, dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi tebal.

Sesetengah wanita tidak merasai sebarang ketidakselesaan ataupun sedikit sahaja rasa tidak selesa akibat endometriosis, tetapi sesetengah yang lain mengalami kesakitan yang teruk sebelum dan/atau semasa kitaran haid. Simptom-simptom endometriosis biasanya hilang selepas menopos.

Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang simptom. Sesetengah yang lain mungkin mengalami satu atau dua tanda amaran yang ringan hinggalah ke teruk. Jenis dan keterukan simptom-simptom itu bergantung kepada di mana endometriosis itu telah melekat, berapa dalam, dan berapa lama wanita itu telah mengalaminya; semakin lama, calar dan parut semakin banyak dan boleh menyebabkan lebih banyak masalah.


Simptom-simptom biasa endometriosis termasuk:

  • sakit pelvis yang teruk;
  • senggugut yang sangat teruk;
  • sakit ketika membuat hubungan kelamin;
  • sukar untuk hamil;
  • sakit semasa ovulasi;
  • darah haid keluar banyak atau tidak normal, contohnya hanya keluar tompokan darah sahaja;
  • sakit ketika membuang air besar, cirit-birit, sembelit atau masalah usus yang lain semasa datang haid;
  • sakit apabila membuang air kecil atau terlalu kerap membuang air kecil semasa datang haid;
  • lesu.
Sumber : Babycenter
********************************************************************************

Jom ikuti kisah Fahana. Ana muda lagi tapi sedang berjuang melawan pesakit ni dengan Shaklee!


SAYA SEORANG PESAKIT ENDOMETRIOSIS STAGE 2

Saya yakin ramai yang tak tahu bahawa saya merupakan seorang pesakit endometriosis stage 2 dan telah selamat menjalani pembedahan Laparoskopi awal bulan jun hari tu




Saya diagnosis penyakit ini beserta masalah rahim terbalik. Sebab itulah usaha saya untuk hamil anak ketiga gagal. Dah hampir 3 tahun saya TTC tetapi masih belum berjaya

Penyakit ini punca awalnya adalah STRESS dan menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan. Jika anda rajin membaca, anda akan maklum mostly pesakit endometriosis ini adalah golongan wanita profesional dan mereka ini kuat memikir dan terlalu fokus terhadap kerja. Akhirnya, mereka mengabaikan waktu rehat dan tidur. Emosi tidak stabil dan hormon mula bercelaru. Itulah yang saya alami. Stress semasa zaman bekerja makan gaji dahulu terus menerus bersambung struggle di alam perniagaan. Saya akui, tahun pertama saya berniaga, memang saya tidak cukup rehat dan tidur. Siang dan malam fokus saya 100% untuk memajukan perniagaan dan keluarga sehingga mengabaikan hak diri 😔

Haid saya bermasalah. Dulu normal saja. Tapi dari hari ke hari, haid saya yang asalnya hanya 7 hari menjadi panjang sehingga 13-14 hari dalam sebulan. Dahla panjang, kemudian tak lancar pulak. Tersekat-sekat. Saya kerap muntah, perut berangin, sebu , badan lemah dan lesu sepanjang 14hari haid. Yang paling teruk, saya menghidapi senggugut yang sangat dasyat sehinggakan 3-4 hari tidak boleh bangun. Terbaring je setiap masa

Akhirnya saya mengalah dan berjumpa dengan 2 orang pakar O&G. Pakar pertama mengatakan saya menghidapi Adeynomiosis dan saya sudah mandul. Allahuakbar. Menitis air mata saya dengar kata-kata doktor tu. tapi saya masih positif dan check dengan pakar hospital lain. Alhamdulillah pakar tersebut mengesahkan saya bukanlah sampai tahap adeynomiosis akan tetapi endometriosis stage 2 & rahim terbalik. Saya masih berpeluang untuk hamil 😭!. Sebak saya dengar.

Pakar tersebut mengesyorkan saya supaya menjalani pembedahan betulkan rahim dan laparoskopi. Saya terpaksa akur kerana saya sayangkan kesihatan dan rahim saya. Lagipun saya nak sangat hamil anak ketiga 😔

KINI ENDOMETRIOSIS SAYA BERANSUR PULIH

Ok. Dah 26 hari saya selesai menjalani pembedahan betulkan rahim terbalik dan laparoskopi. Pakar mengatakan luka ceaser saya yang dulu sangat teruk melekat-lekat. Mungkin puncanya saya kuat makan haruan & pati ikan haruan serta air gamat. Yela dulu arwah mak tak tahu bab ni. Saya makan pun atas saranan orang tua 😔.

Pakar mengesyorkan saya mengambil injection lucrin untuk menghentikan haid. Fungsi lucrin ni supaya saya tak datang haid selama 3-6 bulan dan endometriosis akan mengecut dengan sendirinya sebab senggugut semasa haid adalah makanan bagi penyakit ni. Kronik sungguh !

Tapi saya berbincang dengan doctor supaya bagi saya masa sebulan untuk ubati penyakit ini dengan cara lain dulu. Doctor akur. Tapi beliau letak syarat, jika saya sengugut lagi bulan jun ni, by hook or by crook saya WAJIB ambik injection lucrin.. Arghh saya takut sangat sebab side effect lucrin tu yang saya risaukan. Dahla haid tak datang selama beberapa bulan, saya akan jadi menapous sementara waktu, mood swing, tulang reput dan macam-macam lagi

So saya usaha gigih sepanjang bulan Jun ni telan suplemen khas buat pesakit endometriosis. Downline saya pun ramai doktor perubatan. Saya rujuk doctor Hasifah Mohd. Yusof & doktor Asma' Mohd Haslan tentang penyakit ni, serta dos yang perlu saya ambil.

23hb Jun hari tu saya period. Mula-mula ada rasa sakit jugak. Biasala kan sengugut tapi tak teruk macam sebelum ni. Dulu berguling-guling atas katil. Tapi hari pertama haid bulan ni tak ada!. Hanya sakit yang minima. Saya takda muntah, perut sebu & kembung. Semua tu TAK ADA ! Cuma saya heavy flow. Sehari berbelas pad. Rasa macam anemia sikit dan agak lesu.

Selama 2 tahun, haid saya sangat panjang. 13-14 hari tapi hari yang betul-betul keluar darah cuma 5-6 hari. Selebihnya tak ada darah. Begini tau

Hari 1-4 = ada darah, heavy flow
Hari 5-10 = tak ada darah, bersih
Hari 11-13 = keluar darah balik sikit-sikit

Endometriosis ni puncanya darah backflow. Darah yng sepatutnya keluar, dia tak keluar tapi pusing masuk balik ke dalam rahim. Haa tu yang bahaya. Jadi malam hari ke-4 tu saya dah start stress sebab saya risau hari ke-5 darah tak keluar. Malam tu sebelum tidur, saya telan Vivix 1 sudu besar & 2 biji GLA Complex. Tidur malam tu perut saya memulas-mulas jugak. Saya biar je. Bangun pagi esok, saya macam nak sengugut sikit. Saya telan lagi 1 sudu kecil Vivix + 3 biji Omega Guard. Amazingly, darah keluar sangat banyak dan hitam ! Subhanallah Walhamdulillah 😭😭

Sepatutnya darah hitam hari ke-5 tu adalah darah yang keluar pada hari ke 11 tau. Tapi bulan ni darah haid saya lancar selancarnya seperti dahulu kala 😭 Nangis saya hari tu..

Maka pada bulan ni, saya dah tak perlu merana lagi sengugut teruk dan hadap haid yang berpanjangan. Hari ni hari ke-7 dan saya sudah boleh solat tarawikh dan menikmati malam-malam terakhir ramadhan yang sangat dirindui 😢😢😢😢

Awal bulan Julai nanti saya akan ada appointment dengan pakar O&G dan pakar nak dengar keputusan saya samada nak injection untuk hentikan haid atau tak..

Jawapan saya pada pakar

"Saya taknak injek doktor. Saya nak haid saya datang macam biasa sebab kini saya dah tak sakit lagi 😊😊"

Oh ya lupa nak cakap. Saya rasa penyakit ni semakin pulih pun sebab saya detox selama 2 bulan. Barulah segala khasiat vitamin lain berkesan terhadap tubuh

Terima kasih Allah

Terima kasih Shaklee kerana telah mencipta suplemen sehebat Vivix, DTX Complex, GLA Complex dan Omega Guard!

Setahun berlalu, agaknya apa yang jadi pada Ana?




Alhamdulillah, lepas dapatkan rawatan pakar tu, beliau hamil anak ketiga yang sekian lama dinanti-nanti, lebih sihat dan paling best dapat menyusukan anak asbab Shaklee!

Kredit: Dinas Zafran & Master Fahana
*********************************************************************************

Jom Shaklee bersama kami!

Team MADAMe


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani

Desclaimer:
  • Kesan penggunaan produk adalah berbeza bagi setiap individu.
  • Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman blog/web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.
  • Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Related Posts:

0 comments :

Post a Comment