
Assalamualaikum,
Hari ni madam nak kongsikan 10 makanan terbaik untuk ibu menyusu. Semasa tempoh penyusuan, sehingga anak berusia 2 tahun, ibu2 sangat digalakkan menjaga pemakanan. Kita sedia maklum, apa saja yang ibu makan, akan turut memberi kesan terhadap bayi yang disusukan.
Jom baca ya!

Sayur-sayuran hijau mengandungi vitamin A, zat besi, kalsium dan asid folik. Sumber yang terbaik adalah sawi, kailan dan bayam.

Avocado banyak mengandungi asid folik, vitamin E dan C. Ia mampu menambah susu ibu juga.

Berries seperti strawberries, blueberries dan cranberries kaya dengan kandungan antioksidan. Ia sangat baik untuk menentang radikal bebas.

Badam kaya dengan DHA, kalsium dan magnesium. Ia juga mampu menambah susu badan. Ia boleh dijadikan snek harian yang menyihatkan.

Ibu menyusu boleh gantikan snek tak berkhasiat dengan semangkuk buah yang berwarna warni. Tapi pastikan buah bebas GMO ya!

Yogurt merupakan pilihan makanan yang baik untuk mendapatkan probiotik. Ia adalah mikroorganisma hidup yang baik bagi menghalang penyakit. Malah ia sangat baik untuk penghadaman.

Ikan non oily seperti siakap dikatakan mempunyai kandungan Omega 3 dan protein yang baik.

Kebaikan minyak kelapa mengandungi asid laurik yang mampu membunuh bakteria dan virus.

Telur adalah sumber protein yang paling mudah serta mengandungi Omega 3 yang menghasilkan DHA. Ini nutrisi penting bagi perkembangan otak bayi.

Oat adalah karbohidrat kompleks dan mengandungi GI yang rendah. Ia kaya zat besi, fiber dan protein. Malah ia mampu menjadi penggalak susu.
![]() |
Set Lepas Bersalin Shaklee |
Dapatkan set selepas bersalin Shaklee aka Set Menyusu Shaklee yang mudah diamalkan. Ia mengandungi segala nutrisi dan mampu melengkapkan keperluan ibu2 menyusu demi kesihatan diri dan bayi yang tersayang.
😍

Jom Shaklee bersama kami!
Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
0 comments :
Post a Comment