Saturday, 23 November 2019

Tips Orang Berjaya | MADAMe

PLAN YOUR DAYS!



Baru-baru ini saya dapat bersembang dengan seorang suri rumah, anak 4 yang berjaya membuat jualan produk bekas makanan sebanyak RM55,000-70,000 sebulan. Konsisten. Dan beliau mendapat 25% harga ejen.

Apabila saya kira % yang beliau dapat secara cash setiap bulan sebanyak sekitar RM15,625.

Saya duk tanya macam mana dia handle rumah, anak dan sosial media dengan baik hingga jualannya begitu besar sekali. Jawabnya mudah sahaja: “rancang.” Ini yang saya dapat kumpulkan dari perbualan kami.

1. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dahulu seperti biasa. Bangun awal untuk sediakan makan pakai buat suami dan anak-anak ke sekolah. Ini beliau anggap sebagai punca rezekinya.

2. Apabila suami dah ke tempat kerja, anak yang dah besar ke sekolah, tinggallah beliau dengan seorang anak kecil. Beliau biarkan yang itu tidur dan beliau mula mengemas rumah sampai siap.

3. Sekitar 9.00 pagi, solat dhuha 4 rakaat (2 kali solat). Ini sudah jadi rutin harian.

4. Siapkan si kecil, mandikan dan beri susu / makan, baru buka laptop.

5. Di media sosial peribadi, beliau ada 7,000+ pengikut. Di situ, beliau kerap update tentang bagaimana uruskan keluarga di rumah dalam masa sama menjana duit. Kisah anak, resipi masakan anak, bento, organizer dan bekas makanan.

Pernah viral beberapa kali.

6. Di Page, beliau sentiasa invest untuk buat Facebook Ads (FBAds). Dan ia kerap menjadi dengan baik.

7. Dua-dua tempat (personal akaun dan Page) memberi pulangan yang besar. Namun di Personal Account beliau dapat kawan dan networking, Page memang jualan sahaja.

8. Content, beliau tulis di Ms Word. Kemudian beliau susunkan ikut hari dan masa. Jadi sesibuk mana, tetap ada content untuk dimuat naik. Beliau bina bank content.

9. Sekitar 10.30 pagi, beliau akan menulis sekitar 3-4 story di dalam word. Siap, save dan baru buka Facebook untuk like dan komen posting kawan.

10. Posting sendiri, beliau dah susun 3-4 kali sehari.

8.00 pagi, update doa atau kisah anak-anak.

12.00 tengah hari, bagaimana menjadi Suri Rumah yang bekerjaya di rumah.

3.00 petang, iklan / testimoni / promosi.

8.00 malam, letak perbualan lawak-lawak dengan anak-anak.

Semuanya beliau dah emelkan kepada diri sendiri dan hanya copy dari emel dan pastekan ke wallnya sahaja.

Tengah hari, siapkan makanan untuk anak balik sekolah, malam pun sama. Rutinnya begitu sahaja. Semua beliau handle sendiri sebaik-baiknya.

Saya simpulkan, orang merancang takkan pernah gagal. Orang gagal adalah yang gagal merancang.

Tahniah buat Puan tersebut. Ampun maaf tak diberi kebenaran untuk tag kerana bimbang kena kejar dengan macam-macam. Hehe.

Betul kata pepatah, “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.”

Semoga ada manfaatnya ya.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kagum!❤️
❤️
❤️
❤️
Salam sayang dari MADAMe
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Tuesday, 23 July 2019

Makanan tingkatkan memori | MADAMe

3 MAKANAN TINGKATKAN MEMORI
-------------------------------------
.
Exam dah dekat. Anak anak mula stres. Ibubapa pula susah hati.
.
Belajar perlukan memori yang baik. Banyak benda nak ingat. Banyak bemda nak kena hafal.
.
Apabila mahu tingkatkan prestasi memori, apakata ambil 3 makanan bertuah ini:
.
1. Sayur-sayuran berdaun hijau. Boleh cuba dengan bayam, kailan, kangkung atau brokoli. sayur berdaun hijau ada himpunan nutrisi tinggi. Contohnya ada folate, phylloquinone, nitrate, α-tocopherol, kaempferol, dan lutein.
.
2. Kuaci bunga matahari. Kuaci ni ada thiamin. Ada amino acids yang bantu naikkan serotonin. Dalamnya juga ada vitamin E yang bertindak melindungi otak. Satu lagi yang saya suka sebab dia ada choline yang penting untuk memori.

Ini jajan sihat untuk anak-anak.
.
3. Banyakkan ikan dalam diet. Ikan kembung, ikan siakap ada omega 3 yang boleh tahan tinggi. Otak tak dapat keluarkan sendiri omega 3. Jadi otak terpaksa bergantung dari sumber luar.
.
Pesan orang-orang tua, Alah bisa tegal biasa. Biasa-biasakan.
.
#DrRizal

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668
Continue Reading

Thursday, 11 July 2019

18 Tips Hidup Bebas Hutang | MADAMe

18 TIPS HIDUP BEBAS HUTANG & BEBAS KEWANGAN

💰 Baca buku kewangan peribadi. Semakin banyak ilmu kewangan, semakin bertambah kaya kita

💰Belajar berniaga sambilan selain daripada kerja makan gaji

💰Beli cash tunai. Elakkan hutang atau kad kredit

💰Berbisnes dahulu sebelum invest

💰Bersedekah setiap hari, rezeki semakin luas dan bertambah

💰Buat duit daripada aset

💰Buat pinjaman baik – iaitu untuk gandakan lagi pendapatan, bukan untuk nilai yang susut seperti beli rumah sebagai investment

💰Doa spiritual (doa) disertai dengan doa praktikal (usaha) untuk bebas hutang dan bebas kewangan

💰Hidup di bawah kemampuan, belanja ikut keperluan dan bukan kemahuan

💰Korbankan waktu menonton TV untuk fokus bisnes kita

💰Mulakan bisnes dengan apa yang ada di tangan

💰Perbanyakkan simpanan untuk dilupakan

💰Simpan sekurang-kurangnya 10% dari wang gaji setiap bulan ke akaun simpanan untuk dilupakan

💰Sumber pendapatan orang kaya dan berjaya adalah melalui bisnes dan pelaburan

💰Tetapkan matlamat memiliki pendapatan pasif dan bebas kewangan

💰Tukar duit simpanan yang agak-agak tidak digunakan ke pelaburan jangka panjang seperti emas

💰Tulis senarai barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah

💰Wujudkan dana kecemasan untuk digunakan waktu kecemasan

JOM,
JOIN MADAMe SETTLEKAN HUTANG,
KITA BANGKIT BERNIAGA!

Salam sayang,
Azwani Aziz
Shaklee Business Leader
019-4207668

Continue Reading

Tuesday, 18 June 2019

PROMOSI SHAKLEE STAR PRODUCTS JUN 2019 | MADAMe

Hi korang! Promosi khas Shaklee 5 hari sahaja iaitu Promo Star Products Shaklee mulai 19-23 Jun 2019.

Promosi Shaklee STAR products Jun 2019

Belian Twinpack DISKAUN 10%!
✔️ VIVIX
✔️ESP
✔️ NUTRIFERON
✔️ OSTEMATRIX
✔️ COQ-TROL PLUS
✔️DTX COMPLEX

Semua produk di atas adalah kegemaran ramai tau. Hot selling!

Siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada sahaja ya!

Wasap madam untuk order laju-laju 😉

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Saturday, 1 June 2019

PROMOSI SHAKLEE BULAN JUN 2019 | MADAMe

Hi korang!

Selamat hari raya aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi. Sempena bulan Jun, Shaklee melancarkan produk Youth skin care yang baru iaitu Mask!😍👏👏👏

Selain itu, Omegaguard dan Zinc Plus pun on promo tau sepanjang bulan Jun 2019 ni.

Promosi Shaklee bulan Jun 2019
Beli 3 botol Zinc, FREE 1
Beli 3 botol Omegaguard, LESS 5%


Beli 2 botol Mask, FREE BERUS & ORGANZA bag!


Pilih mana-mana 2 Mask,
Beli 1, PERCUMA 1
RM297.50😍


Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Sunday, 5 May 2019

7 Tips Tidur Lena (Deep Sleep) | MADAMe

TIPS TIDUR LENA (DEEP SLEEP)

1. Siapkan barang-barang awal, malam sebelum tidur. Baju kerja, baju anak-anak, beg kerja, beg pam susu dll

2. Makan malam awal. Sebelum pukul 7 malam sebaiknya. Nanti boleh kemas meja, dapur, sinki awal😊

3. Ajar anak siapkan kerja sekolah lebih awal

4. Elakkan perut penuh sebelum tidur, sengkak perut tak selesa nak tidur.

5. Elakkan minum air terlalu banyak sebelum tidur. Nanti kerap sangat bangun ke tandas😅

6. Pastikan tempat tidur selesa. Bilik tak panas. Kalau perlu, on aircond seketika untuk sejukkan bilik. Dah sejuk nanti, boleh off kan aircond.

7. Basuh kaki, ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, selawat dan maafkan semua orang.

Paling penting, Sebelum tidur, telan OSTEMATRIX. In sya Allah, tidur lena. Memang deep sleep. Walau tidur tak cukup 6 jam, tapi kita rasa puas dah tidur. Bangun pun cergas👍


Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

Continue Reading

Wednesday, 1 May 2019