Saturday, 2 February 2019

Tragedi lemas | Madame

TRAGEDI 2 FEBRUARI 2019

Kenangan yang sangat tak dapat dilupakan. Tarikh ni sepatutnya jadi memori indah sebab madam, adik-beradik semua buat family gathering di sebuah homestay di Sedim.

Kebetulan adik bongsu di Johor dapat balik bercuti seminggu di Kedah. Jadi, kami plan berkumpul ramai-ramai, buat BBQ, sukaneka dan sambut birthday mak sekali. Kira sambut in advanve la kan..tarikh birthday mak yang sebenar 20 Februari.

Kami bergerak dari Jitra ke Sedim pada 10.30pagi. Yang paling awal sampai di homestay ialah Pakcik Yeh dan anak menakan, Aiman.

Kemudian, kami pulak sampai dalam pukul 1.30 petang. Masa sampai tu, bertembung dengan Chik dan Aiman nak keluar ke Tree Top Walk Sedim. Then, kami continue ja ke homestay.

Homestay ni best. Ada private pool, ada tempat BBQ, laman dia lapang. Sesuai sangat la kami ramai nak buat aktiviti. Anak-anak pun seronok sebab ada kolam.hehe

Anak-anak dah super excited tengok kolam. Terus depa nak mandi. Aisyah (8tahun), Addin (5tahun) dan Alia (3tahun). Madam masuk rumah nak tidurkan Ahmad (7bulan). Ayah depa lak sakit perut, terus ke tandas.

Baru duk tangguk ndoi, dengaq Aisyah panggil, kata Addin lemas. Madam jenguk kot tingkap bilik, nampak Addin terkapai-kapai tengah kolam. Kalut ibu, terus tinggalkan Ahmad dalam ndoi waktu tu, terus keluar selamat kan Addin.

Memang berdebaq gila. Tak sangka benda macam ni boleh jadi. Terus Madam terjun masuk dalam kolam tu, rupanya belah tengah ke hujung kolam tu ada slope down..jd kedalaman kolam takat dada orang dewasa.

Mungkin sebab tu Addin tergelincir dan mula tenggelam.huhu..

Madam rasa bersyukur sangat. Allah dan malaikat lindung anak-anak ibu. Lepas tarik Addin ke tepi, terus dia muntah2.

Tak lama lepas tu, baru Ayah depa mai dari tandas. Madam ceritakan semuanya dekat ayah depa.huhu..

Mujurlah Addin Selamat.
Mujurlah ibu sempat tarik Addin keluar.
Mujurlah

Syukur sangat-sangat!

Tak dapat bayang, kalau percutian ni bertukar menjadi tragedi


Shaklee jitra
Beberapa minit SEBELUM tragedi

Shaklee jitra
Beberapa minit SELEPAS kejadian

Beringat sebelum kena,
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

0 comments :

Post a Comment