Assalamualaikum,
Sekarang ni kecoh pasal penyakit HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) iaitu penyakit berjangkit Tangan, Kaki dan Mulut yang semakin menular di Pulau Pinang. Banyak sekolah yang diarahkan ditutup. Ia semakin merebak hingga ke negeri berdekatan juga. Ia sangat menakutkan para ibu bapa. Ketahui punca dan gejala HFMD.
Kenyataan KPK 11 Julai 2018 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di Malaysia. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.
Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima (5) tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.
Baca dengan lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/2018/07/11/kenyataan-kpk-11-julai-2018-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/
Moga perkongsian madam hari ni, menimbulkan awareness untuk kita menjaga kebersihan dan mengelakkan penyakit HFMD ini berleluasa.
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
019-4207668
0 comments :
Post a Comment