Assalammualaikum,
Korang mesti selalu dengar kan antioksidan dan radikal bebas? Tapi, pernah tahu tak apa maksudnya tu yek.🤔🤔🤔
Jom baca penerangan jelas dari Dr Norman.
MEMAHAMI ANTI OKSIDAN
Adakah anda tahu bagaimana anti oksidan menjalankan fungsinya dalam tubuh kita? Apakah jenis anti oksidan yang sesuai untuk kita. Disini saya akan cuba memberi penerangan secara ringkas tentang anti oksidan dan kelebihannya kepada tubuh kita untuk menjadikan kita sihat dan awet muda.
Apakah anti oksidan?
Antioxidan adalah kumpulan molekul yang boleh menghalang pengoksidaan molekul yang lain. Tubuh kita secara semulajadi mengalirkan pelbagai jenis nutrien ke seluruh tubuh dengan mengikut pengaliran darah kita. Begitu jugalah anti oksidan bergerak ke seluruh tubuh kita. Nutrien di perlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan anti oksidan enzim yang membantu mengawal reaksi berantai radikal bebas dalam tubuh kita.
Sesetengah anti oksidan dihasilkan oleh tubuh kita dan sesetengah perlu kita ambil melalui makanan dan minuman kita. Secara umunya semakin seseorang berusia, maka penghasilan anti oksidan akan menurun. Anti oksidan amat penting fungsinya untuk kesihatan kita dan juga ia menentukan berapa cepat proses penuaan berlaku.
Faedah kesihatan Anti Oksidan : Bagaimana ia mencegah kerosakan akibat radikal bebas.
Untuk kita memahami tentang anti oksidan kita perlu memahami apa itu radikal bebas. Ahli sains yang mula mengkaji tentang radikal bebas adalah Dr Denham Harman pada tahun 1954 semasa melakukan kajian tentang proses penuaan.
Radikal bebas adalah metabolit yang bersifat reaktif yang terhasil secara semulajadi dalam tubuh akibat proses metabolisma dan penghasilan tenaga yang normal. Radikal bebas terhasil daripada tindakbalas tubuh kepada toksin persekitaran seperti merokok, cahaya matahari terik, bahan kimia, radiasi kosmik dan radiasi buatan manusia. Tubuh kita juga menghasilkan radikal bebas apabila kita bersenam dan apabila berlakunya keradangan atau inflammasi dalm tubuh kita.
Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan satu atau lebih elektron yang mana elektron ini bertanggungjawab kepada proses oksidasi biologi. Molekul yang tidak sempurna ini menyerang secara agresif molekul yang lain untuk mengganti semula elektron yang ia kehilangan. Reaksi ini di panggil sebagai proses ‘oksidasi’. Proses oksidasi biologi di gelar sebagai ‘pengaratan biologi’ iaitu proses akibat berlebihan oksigen dalam tisu tubuh.
Radikal bebas mencuri elektron daripada protin dalam tubuh dan ini menyebabkan kerosakan kepada DNA dan struktur-struktur sel yang lainnya. Ia menyebabkan proses ‘berantai’ iaitu molekul yang kehilangan elektron ini akan mencuri elektron dari molekul lain dan menyebabkan molekul lain menjadi radikal bebas pula akibat kehilangan elektronnya. Ia menjadi satu kerosakan berantai dan akhirnya menyebabkan kerosakan yang lebih besar.
Radikal bebas selalunya berkumpul pada lapisan membran sel (peroksidasi lipid) yang menyebabkan sel-sel lemak lebih mudah mengalami kerosakan oksidatif. Apabila ia berlaku, membran sel menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan sel-sel ini rosak dan mati.
Radikal bebas juga merosakkan DNA dengan mengganggu proses duplikasi DNA, mengganggu proses kawalselia DNA dan merosakkan struktur asas DNA. Oleh kerana itu radikal bebas dikaitkan dengan hampir 60 jenis penyakit kronik seperti kanser, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, katarak, atherosklerosis dan sebagainya.
Jika tubuh kita tidak mempunyai perlindungan yang secukupnya daripada anti oksidan maka radikal bebas akan menjadi tidak terkawal menyebabkan gangguan fungsi sel dan metabolisma tubuh. Kerosakan sel akan menyebabkan kerosakan tisu dan organ menyebabkan risiko tinggi mendapat pelbagai penyakit.
Disinilah datangnya kepentingan mengambil secukupnya anti oksidan dan mempunyai sistem pertahanan anti oksidan tubuh yang optimum. Anti oksidan adalah penderma elektron kepada radikal bebas oleh itu menstabilkan radikal bebas dan menghentikan rantaian kerosakan akibat serangan radikal bebas tanpa ia bertukar menjadi radikal bebas.
Anti oksidan adalah cara tubuh kita di cipta untuk memberikan tubuh kita sistem pertahanan menentang serangan radikal bebas oleh spesis oksigen reaktif (ROS). Selagi tubuh kita mempunyai cukup zat-zat surih (mikronutrien) yang secukupnya maka tubuh kita boleh menghasilkan secukupnya anti oksidan untuk melawan serangan radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Jika anda tidak mempunyai anti oksidan yang optimum maka tubuh kita akan mengalami tekanan oksidatif yang menyebabkan kerosakan yang cepat tisu dan organ tubuh kita.
Terdapat banyak kajian yang telah menunjukkan kelebihan anti oksidan yang menjaga kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung, Parkinson, Alzheimer dan kanser. Anti oksidan juga akan melambatkan proses penuaan dan amat penting untuk kesihatan kulit anda dan membantu awet muda.
.
.
.
Kelebihan lain anti oksidan termasuklah :
1. Membaiki molekul rosak – terdapat sesetengah anti oksidan yang unik boleh membantu memperbaiki molekul rosak dengan mendermakan atom hidrogen. Ia sangat penting terutamanya molekul tersebut adalah sangat penting seperti molekul DNA dalam sel-sel kita.
2. Menghalang produksi radikal metal – sesetengah anti oksidan mempunyai sifat ‘chelation’ atau mengeluarkan logam berat seperti raksa (merkuri), arsenik, plumbum dan sebagainya yang boleh menyebabkan penghasilan radikal bebas. Logam berat ini akan ‘memeluk’ radikal bebas dengan kuat dan menghalang sebarang tindakan anti oksidan keatasnya. Bahan agen ‘chelation’ juga akan mengeluarkan logam berat melalui air kencing.
3. Stimulasi ekpresi gen dan produksi anti oksidan dalaman (endogenous) – terdapat sesetengah anti oksidan boleh membuat stimulasi gen tubuh dan meningkatkan perlindungan semulajadi tubuh.
4. Memberikan ‘kesan perisai’ – terdapat jenis anti oksidan seperti ‘flavonoid’ bertindak seperti perisai dengan melekat kepada DNA sel dan melindungi DNA daripada serangan radikal bebas.
5. Menggalakkan sel-sel kanser untuk ‘membunuh diri’ – sesetengah anti oksidan akan menghasilkan bahan kimia yang menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan juga memaksa sel-sel kanser untuk ‘membunuh diri’.
.
.
Didalam buku ‘The Antioxidants’, Dr Richard A. Passwater telah menulis bahawa manusia mempunyai umur yang panjang berbanding dengan haiwan secara nisbahnya kerana manusia mengambil makanan daripada sumber tumbuhan dan haiwan (omnivorous) yang kaya dengan anti oksidan. Tubuh manusia juga menghasilkan anti oksidan enzim yang tidak dijumpai dalam makhluk haiwan yang lain.
Manusia perlu mengambil pelbagai jenis anti oksidan daripada pelbagai sumber untuk menjaga kesihatan tubuh secara umumnya.
Kredit: DR NORMAN MOHD NORAWI
MBBS(Man), MSc(UCSI), FAGE (MAHE)
====================================
Shaklee turut mempunyai suplemen antioksidan yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, wasap madam okeh!
Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz
0 comments :
Post a Comment