Seronok kan terima orang baru. Sebagai ibu atau bakal ibu, bagus kalau kita ambik tahu adab memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. Jom baca 8 langkah mandikan bayi dengan betul.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.
Gunakan air yang suam ya. Caranya, masukkan air sejuk terlebih dahulu ke dalam besen @ tub baby, kemudian masukkan air panas. Celup siku kita, pastikan air menjadi suam dengan suhu yang sesuai.
Oh ya sebelum memasukkan anak ke dalam besen @ tub baby, seeloknya alirkan perlahan air suam ke kemaluannya untuk membersihkan najis yang ada. Penting ya supaya anak tidak dimandikan dalam air bernajis pula jika kemaluannya tidak dibersihkan terlebih dahulu!.
2. Siraman perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Petua Ibu
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz
PAGE fb.com/madamwani
0 comments :
Post a Comment