Sunday, 10 September 2017

'Orang Gila' pun boleh berjaya!


Image may contain: 2 people, people smiling, text


“ORANG GILA” JACK MA – KALAU DIA PUN BOLEH BERJAYA, APA ALASAN KITA?

Kami nak kongsikan kisah Jack Ma sebab banyak sangat teladan yang boleh kita ambil dari kisah beliau, dalam hidup dan dalam bisnes :


1. Hidup susah. Lahir dalam zaman komunis dan keluarga miskin. Takde duit atau network.

2. Sanggup kerja tanpa gaji untuk belajar ilmu. Sebab beliau nak belajar bahasa English waktu remaja, beliau sanggup bangun jam 5 pagi, duduk depan hotel untuk beri tour percuma asalkan beliau dapat belajar bahasa English.

3. Tak pandai belajar. Gagal 2 kali dalam peperiksaan nak masuk kolej, hanya lulus selepas percubaan ke-3 untuk jadi guru.

4. Takde orang nak ambil bekerja. Beliau pergi banyak temuduga (lebih 30) selepas tamat pengajian, tapi kena reject banyak kali. Nak jadi polis, mereka cakap beliau tak layak.

Paling sedih bila KFC nak buka di China dan mereka buat temuduga walk-in/terbuka. 24 orang turun ke temuduga tersebut, 23 orang dapat kerja di KFC, kecuali Jack Ma. KFC pun tak mahu ambil beliau sebagai pekerja.

5. Gagal berniaga. Pernah gagal dalam dua kali perniagaan lain sebelum AliBaba.

6. Tiada pengalaman. Tanpa sebarang pengalaman atau pendidikan akdemik dalam bidang komputer dan perisian. Beliau buka syarikat AliBaba pada 1998, dan syarikat ini rugi selama 3 tahun tanpa sebarang keuntungan.

7. Tetap yakin diri. Beliau kemudian cipta program untuk proses bayaran bernama AliPay, dan banyak kawan dan pelanggan Jack yang komen : “Ini idea paling bangang dalam semua idea kau”.

Hari ini, Alipay ada 800 juta pengguna. Kalau beliau dengar pendapat klien atau rakan beliau, pasti dah berkubur program AliPay.

8. Fokus. Niat beliau membuka Alibaba adalah untuk membolehkan peniaga SME di China menjual barangan mereka di platform global. Sehingga hari ini fokus beliau masih sama.

Hari ini, beliau orang yang paling kaya di China, dengan nilai USD20 Bilion. IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia, dibuka di New York Stock Exchange (NYSE).

Platform Alibaba digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

Kalau kita tengok peniaga di keliling kita ramai yang takde fokus. Kejap jual seminar, esok jual cincin, lusa jual baju, lepas tu jual produk pelansingan / kecantikan

Gebang je lebih. Semua nak buat tapi akhirnya semuanya jadi average atau biasa

Majoriti peniaga tiada fokus untuk jadi world-class sebelum melangkah ke produk lain

Tutup kedai/biz selepas 1 tahun. Baru gagal sedikit, terus putus asa dan kata perniagaan tak bagus atau tak sesuai

Walhal, realitinya kita tak pernah fokus kepada perniagaan dan paling penting, pelanggan


Jom Shaklee bersama kami!

Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668

FB Azwani Aziz
Page Shop at Niewa

0 comments :

Post a Comment