Tuesday 23 July 2019

Makanan tingkatkan memori | MADAMe

3 MAKANAN TINGKATKAN MEMORI
-------------------------------------
.
Exam dah dekat. Anak anak mula stres. Ibubapa pula susah hati.
.
Belajar perlukan memori yang baik. Banyak benda nak ingat. Banyak bemda nak kena hafal.
.
Apabila mahu tingkatkan prestasi memori, apakata ambil 3 makanan bertuah ini:
.
1. Sayur-sayuran berdaun hijau. Boleh cuba dengan bayam, kailan, kangkung atau brokoli. sayur berdaun hijau ada himpunan nutrisi tinggi. Contohnya ada folate, phylloquinone, nitrate, α-tocopherol, kaempferol, dan lutein.
.
2. Kuaci bunga matahari. Kuaci ni ada thiamin. Ada amino acids yang bantu naikkan serotonin. Dalamnya juga ada vitamin E yang bertindak melindungi otak. Satu lagi yang saya suka sebab dia ada choline yang penting untuk memori.

Ini jajan sihat untuk anak-anak.
.
3. Banyakkan ikan dalam diet. Ikan kembung, ikan siakap ada omega 3 yang boleh tahan tinggi. Otak tak dapat keluarkan sendiri omega 3. Jadi otak terpaksa bergantung dari sumber luar.
.
Pesan orang-orang tua, Alah bisa tegal biasa. Biasa-biasakan.
.
#DrRizal

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz
019-4207668

No comments:

Post a Comment