Tuesday, 22 May 2018

Promosi Shaklee bulan Mei 2018 | Madame

Assalamualaikum semua,
Di sini madam kongsikan promosi Shaklee sepanjang bulan Mei 2018. Semua best2 tau!

Sesuai sangat dengan bulan puasa di bulan Mei ni👍

Promosi Shaklee bulan Mei 2018

Promosi Shaklee bulan Mei 2018

Promosi Shaklee bulan Mei 2018

Promosi Shaklee bulan Mei 2018

Beli mana2 dua twinpack, Performance Drink, Mealshake atau Cinch Shake Vanilla, akan dapat FREE eco bag Shaklee.

Setiap twinpack ni, JIMAT 10%!

Memang wow sangat kan.😍

Untuk order, wasap madam ya😉
Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz

4 Tahun Menanti : Berjaya Ikhtiar hamil (TTC) selepas Detox Shaklee | Madame

Assalamualaikum,
Siapa lg tengah berikhtiar untuk hamil (TTC)?

Jom baca sharing Ita Athirah yang baru saja disahkan hamil. Moga dapat beri ilham kpd kalian bahawa masih ada ikhtiar akan insyaAllah dpt membantu!
.
Berjaya hamil selepas detox

.

4 TAHUN PENANTIAN YANG PENUH DENGAN UJIAN DAN CUBAAN.

Seperti yang saya dah janjikan, saya sharekan journey TTC saya dan suami ni moga dapat bantu sesiapa yang mungkin ada masalah yang sama dengan kami atau mungkin nak tahu apa yang kami lalui untuk rujukan. ☺

Post ni pastinya sangat panjang sebab saya tak tahu macam mana nak ringkaskan sebab perjalanan kami untuk cuba hamil ni lama juga. 4 tahun.

Saya tahu ada yang menanti lebih lama, ada yang 8 tahun ada yang 10 tahun ada yang berbelas tahun. Berapa tahun pun kita menanti dan berusaha yang pastinya hanya yang lalui faham perasaan TTC ni. ☺

➡️TAHUN PERTAMA, TAHUN MENCUBA

Kami kawin Mei 2014, Tahun pertama kami kawin tu kami usaha secara normal sahaja. belum jumpa doktor, belum ambil apa-apa vitamin untuk tingkatkan kesuburan. Kami cuma jalani hidup suami isteri macam biasa. Satu tahun berlalu, rahim saya masih kosong.

➡️MULA BAJA DIRI

Masuk tahun kedua dalam Oktober 2015 kalau tak salah, Baru saya mula cari supplement kesuburan. Saya search di internet dan baca-baca, Saya tahu saya dah mula perlu kan supplement.

Sebab bila kerja badan letih sangat. Nak bersama pun rasa takde mood sangat. Dah la tak tahu tahap kesuburan macam mana, so saya mula beli  Vitamin c, Vitamin e, kalsium dan fish oil. Saya pilih Shaklee. Sebab masa ni saya nampak kawan saya jual shaklee dan dia selalu share. Dan dia seorang doktor. So saya lebih yakin untuk mula baja diri.

Lepas tu saya mula rasa effect, period saya mula OK. walaupun tak la accurate cycle, tapi saya dah boleh estimate bila period akan datang. Then saya mula tambah Protein, Multivitamin. Saya pilih Shaklee juga sebab saya dah rasa effect sebelum tu. kali ni saya terus jadi ahli.

Setahun saya baja diri dengan Vitamin-vitamin Shaklee, memang badan saya rasa best sangat. Tapi rahim saya masih tidak berisi.

➡️ MULA DAPATKAN RAWATAN

Around Ogos 2016, 2 tahun lepas kawin baru saya jumpa Doktor. Sebelum-sebelum tu pernah je jumpa doktor tapi just scan-scan biasa, tapi semua doktor cakap rahim saya ok. takde masalah. So Ogos 2016 tu saya dan suami nekad nak mulakan rawatan kesuburan betul-betul.

Doktor pertama yang kami jumpa adalah Dr Al Enzzahti Ibrahim (Dr.Ijad). Sebab dia kawan saya dan kebetulan dia Doktor O&G. hehe. So saya jumpa dia untuk scan dan nak dengar pendapat dia. Masa scan tu Dr. Ijad macam nampak cyst. Then Dr. Ijad bagi opinion untuk kami dapatkan rawatan infertility dekat HKL. Sebab katanya HKL memang well known as pusat infertility kerajaan yang terbaik dan ramai pakar dekat situ.So kami bersetuju, dan Dr. Ijad pun buat referal letter.

September 2016, kami terus ke HKL. Hari pertama kami just dengar briefing je. Sebab next perkara yang kami kena buat adalah ambik darah masa period hari kedua dan hari ke 21.  Then hasben kena buat sperm test. Then baru jumpa doktor untuk tengok result semua ujian.

➡️ BERMULA EPISOD GELAP

Habis semua ujian kami buat, hari yang dinantikan tiba. Kami ke HKL seperti yang dijadualkan, Dari result darah dan sperm yang dah dibuat, Suami saya memang takde masalah. Sperm semua ok. tiptop. berenang elok. Cergas. haha. Alhamdulillah. Saya pulak, interm of kesihatan semua ok, takde kencing manis ke apa ke, Semua ok, Kecuali Hormon prolaktin saya terlalu tinggi. Keadaan ni selalunya berlaku pada ibu menyusu. So saya bingung, Dah kenapa hormon prolaktin ni tinggi? Then Doctor arrangekan untuk saya jumpa dengan pakar endocrine.

Bila jumpa pakar endocrine, Doktor cakap, "Prolaktin awak terlalu tinggi. kita kena buat MRI atau CT scan"
saya binggung lagi. "KENAPA?". Then doktor cakap,
"Kita takut ada brain tumor". "Berkemungkinan ada tumor yang menolak kalenjar pituitary awak yang menyebabkan hormon ni keluar terlalu tinggi"

Ya Allah, korang cuba bayangkan perasaan kami masa tu. Niat hati nak buat rawatan kesuburan, tup tup dapat tahu suspect ada BRAIN TUMOR pulak. Speechless gila. tapi kami positif. Tak ramai yang tahu hal ni, yang pertama tahu selain suami saya adalah kawan saya, Dr. Hasifah (kak cip) dan Dr. Ijad.

Schedule MRI saya dengan HKL lambat lagi masa tu sebab waiting list panjang giler, then Kak Cip sarankan untuk saya pergi Swasta je. Nak ke swasta tu sekali lagi saya jumpa Dr. Ijad untuk dapatkan referal letter.

➡️ HARI UJIAN MRI TIBA

Dengan referal letter dari Dr Ijad, Alhamdulillah saya dapat buat MRI sangat cepat. Hari nak buat MRI ni kak cip yang teman saya. Sebab dia kan doktor dia lebih faham report tu nanti. hehe. Dengan perot yang boyot mengandung anak ke 3 kak cip setia tungu saya selesai Buat MRI yang berjam-jam tu.

Dari result MRI, rupanya saya cuma ada bengkakan kecil je yg tekan kelenjar pituitary tu. Doktor cakap walaupun kecik still mengganggu kalenjar tu. Dan dari MRI tu juga Dr cakap kepala saya ni macam ada tanda yang boleh menjurus kepada berlakunya Stroke. 🤧

➡️ SAMBUNG RAWATAN DI HKL

Lepas buat MRI tu saya perlu sambung rawatan di HKL. Lepas jumpa Pakar Endocrine, Saya dihantar pulak untuk jumpa PAKAR NEUROLOGI. Sebab nak makesure kepala otak saya ni Ok. Takde masalah.

2 kali je kot jumpa Neurologist ada la series of ujian yang saya kena buat, then doktor discharge je, sebab doktor cakap saya ok. Sihat. Dan dari result MRI tu pun tunjuk saya boleh je pregnant. Chances untuk saya jadi stroke sangat rendah. So doktor neuro tulis surat ke Klinik infertility untuk sahkan saya ni ok untuk pregnant.

Tapi doktor sempat tanya, "Awak ada keturunan yang jadi gila ke?". Saya pandang je suami saya. Sebab dia je yang gila selama ni. haha. Suka buat lawak gila. 🤣

➡️ MULA INFERTILITY TREATMENT

Lepas discharge dari Klinik Neurologi, Saya jumpa balik doktor di klinik O&G. Then doktor pun arrangekan saya untuk buat HSG test. Untuk tengok Tiub saya tersumbat ke tak.

HSG ni sangat la sakitttttt oii. Syukur kalau korang tak sakit. tapi saya memang sakit giler. sampai termuntah-muntah. Nak terberak semua ada. Mujur result HSG tunjuk tiub saya ok. Alhamdulillah. Kalau tidak, jenuh laa. 🤧

➡️ IUI TREATMENT

Lepas buat HSG, saya dijadualkan untuk buat IUI. Fuhh excited giler masa ni. Tapi dalam masa yang sama saya still kena ambik darah untuk tengok Hormon prolaktin saya dah ok ke belum.

Tiba hari yang dijadualkan, saya pun masuk bilik scan, doktor nak scan-scan tengok ada telur yang ok tak. Doktor kata nampak ada telur yang ok. Tapi doktor cakap saya ada Pcos. Telur tak matang. Pulak dahh. 🤧

Tapi still boleh buat iui. Sebab ada telur yg ok. Cuma chances nak berjaya tak tinggi. Tapi bila dia review result darah, tengok-tengok prolaktin saya masih tinggi. So doktor kata diorang tak boleh mulakan treatment. macam mana pun kena tunggu prolaktin tu turun.

So sad. 😢

sedih sangat masa ni. kami siap datang awal-awal. bawak ice box bagai. Tapi tak boleh buat lagi IUI tu. Sedih tau. 🤧

➡️ MENCARI SECOND OPINION

Bila balik dari HKL rasa tak puas hati pulak. Saya cakap ke husband. Jom jumpa Dr. Hamid Arshat nak? Dengar second opinion. Then suami ok. Sampai la ke date appoinment yang dijadualkan, kami ke Klinik Dr. Hamid. Tapi kami tak jumpa Dr. Hamid pun, kami jumpa Doktor lain sebab Dr. Hamid memang dah tak attend patient yang first time datang.

Bila jumpa Doktor, dah scan-scan memang Doktor confirmkan saya ada PCOS. Then saya tanya untuk nak buat iui. dan saya pun bagitau yang hormon prolaktin saya tinggi.

Then suprisingly doktor cakap, kalau prolaktin tinggi macam mana pun kena turunkan dulu hormon tu. kalau pregnant time prolaktin tinggi ni sangat bahaya sebab si ibu terdedah kepada bahaya serangan stroke. So doktor memang tak sarankan untuk pregnant dengan hormon prolaktin yang tiggi.

Ya Allah, memang terkejut giler. Tapi kami ok je. Positif walaupun agak pasrah. haha. 😆

➡️ REDHO BERSAMA HKL

Rasa macam dah buat macam-macam, siap dah jumpa doktor lain, last-last kami decide, stay je la dengan HKL. ikut je apa plan diorang. Senang. 😁

Sedar tak sedar dah hampir dua tahun proses kami ulang alik ke hospital dan jumpa doktor ni.

Doktor pun dok ulang bagi bromocriptine je untuk turunkan hormon prolaktin tu. Tapi saya memang jarang giler makan. Sebab efek ubat tu teruk sangat rasanya. So saya memang Makan 1 minggu je pastu dah tak makan. 🤧

➡️ 2018 BERMULA AZAM BARU

Masuk je 2018 saya tanam azam baru, Ok cukup lah saya selesakan diri selama ni, cukup la nak redho dan pasrah je pada rezeki, Saya perlu buat sesuatu sebab saya dah masuk 32 tahun.

Masuk je tahun baru, Saya mula konsisten amalkan VIVIX SHAKLEE. Sebab saya tahu vivix ni kaya dengan polyphenol anti oksida. Baik untuk kesihatan dalaman dan baik untuk tingkatkan kesuburan. kalau sebelum ni saya makan satu sudu kecil sehari, kali ni saya ambik special dose untuk orang yang bermasalah macam saya.

Then saya detox. saya nak buang toksin dalam badan, sebab saya rasa macam "Ntah-ntah toksin dok banyak dalam badan tu yang Ovum lemah je. Tak sihat"

So saya mula detox!

➡️PROGRAM DETOX BERMULA

Saya mula detox ni dengan cut semuaa air manis. Saya minum air masak sahaja. ke mana-mana pun saya angkut air masak je. Lepas tu pelan-pelan saya cut semua makanan manis. kek-kek dessert-desert yang memang fevret saya, saya cut semua. Nasi pun saya kurang kan potion dah.

Awal-awal buat detox ni memang rasa ringan badan. Lepas tu saya hadiri seminar shaklee. dalam seminar tu saya rasa ada kot dalam 5 org yang share shaklee effect diorang lepas detox je pregnant. lepas detox terus pregnant. then saya tanya macam mana diorang detox sebetulnya. Diorang cakap banyakkan makan raw green veggie dan amalkan DTX COMPLEX Shaklee.

Balik dari seminar tu memang saya terus giatkan projek detox saya. Saya bli DTX COMPLEX shaklee. saya makan 2 biji sehari. 2 kali seminggu pulak saya akan makan fresh raw green veggie semanggkok. Dari rasa Nak termuntah lama-lama jadi suka. hehe.

➡️ SUAMI MULA BUAT RESEARCH

Bila tengok saya giat dok detox bagai, suami pun mula buat research senyap-senyap. Rupanya dia baca yang Coenzyme Q10 dapat bantu bagi tenaga pada sperm. Sebab dia tahu ovum saya slow, so dia rasa macam mungkin dia kena up kan lagi sperm dia untuk bagi sperm tu terus shoot ke ovum yang berkenaan.

Tup tup Shaklee keluarkan new product COQ-Trol plus. Combination Coenzyme Q10 & resverastrol yang memang bagus untuk kuatkan sperm dan bagi sperm tahan lebih lama. Nutritionist pun ada tunjuk video yang pergerakkan sperm jadi laju giler. So suami saya terus mintak nak makan COQTROL PLUS tu.

➡️ BERITA YANG DINANTIKAN TIBA.

2 bulan lebih saya mula detox dengan jaga pemakanan, saya amalkan protein ESP, Fish OIL, VITAMIN C, Vivix, DTX COMPLEX dan COQTROL (amal bersama suami) semuanya dari shaklee, Tup tup saya disahkan pregnant. Nak dapat tahu saya pregnant pun dramatik jugaa! Sampaikan Doktor pun terkejut, saya lagi la terkejut. huhu. 🤧

Mana la tak terkejut 2 tahun buat macam-macam takde rezeki, tiba-tiba baru giat detox bagai 2 bulan je terus lekat. Sumpah Terkejut gila.

Tapi apa pun saya bersyukur sangat Alhamdulillah bila saya disahkan mengandung ni. Pada saat ramai tak percaya pentingnya baja diri, saya tetap terus baja diri dengan vitamin yang terbaik tanpa was-was dan tanpa jemu.

Dan pada saya DETOX tu memang sangat-sangat membantu. Dtx complex, VIVIX dan COQTROL sangatt power. Mungkin juga memang rezeki saya dah sampai. Tapi inilah perjalanan TTC journey saya. Apa yang saya lalui dan apa yang saya amalkan.

Thank you korang yang sudi baca sampai habis panjang-panjang ni.

Berjaya hamil selepas detox

💝Kredit : Ita Athirah Ahmad

Perkongsian yang sangat bermakna kan. Moga dapat memberi manfaat kepada semua yang sedang ikhtiar hamil.

Untuk konsultasi dan order, wasap madam terus okeh😉

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz

Sunday, 20 May 2018

Rasa dan Bau Vanilla MEALSHAKES yang sangat sedap! | Madame


Meal Shakes ni antara produk favourite mak-mak

Sebut saja anak sembelit.. >>>> Meal Shakes !
Sebut saja anak picky eater..>>> Meal Shakes !
Sebut saja kulit kering, kudis >>> Meal Shakes !
Sebut saja anak kurus kering >>> Meal Shakes !

Harum vanilla dia... mak aiiii dari jauh dah bau. Lagi satu, saya suka cadangkan pada ibu hamil yang tak boleh telan pill. Bcomplex busuk, vitalea complaint nak muntah, vitamin c dia kata besaq sangat. Semua tak kena ja kan..

Jadi ibu hamil mcm ni, kita boleh bagi Meal Shakes. Ini sumber protein, kalsium dan juga multivitamin. Janganlah letak 1 sudu kecik mcam letak dlm susu anak tu.

Ambik nisbah meal Shakes dengan air > 1 : 1.
Kalau 1 mug, letak dalam 3-4 sudu besar mealshakes. Shake atau lagi sedap, blenddd bagi berbuih.

Sedappp sangat. Memang kesukaan ramai!

Mealshake Shaklee

MEALSHAKE Shaklee ialah multivitamin lengkap dengan nutrisi utk si manja.

Untuk ibu-ibu yang mengalami masalah seperti

Si manja sembelit
● Kurang selera makan
● Mudah demam
● Yang gemar memakan makanan ringan


Boleh ikhtiar dengan MEALSHAKE Shaklee yer.
.
Kenapa Mealshake Shaklee??

  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti




Dapatkan Mealshake untuk keluarga anda sekarang!

Jom Shaklee!


Azwani Aziz
ID 1264241
019-4207668
FB Azwani Aziz

7 Risiko Hamil Rapat Selepas Ceaserian | Madame

HAMIL RAPAT SELEPAS CAESEREAN?

Risiko hamil rapat selepas ceaserian

Ketahui 7 Risikonya:

Madam share secara umum, dan mengikut kajin kes..tidak semua individu sama,bergantung pada rezeki juga🙂

.
.

Orang kata kalau ibu bersalin secara pembedahan caesarean, dia kena berehat lama sebelum merancang untuk hamil lagi. Kalau hamil rapat, takut pula berlaku risiko rahim terkoyak.

Tetapi berapa lama masa berehat yang sesuai itu? Mengikut kajian perubatan, jika kelahiran berlaku sangat rapat dan jaraknya di bawah dua tahun, risiko rahim ibu mengalami komplikasi terkoyak meningkat dua hingga tiga kali ganda!

Bahkan, jarak kelahiran yang lama pun masih lagi dianggap berisiko tinggi. Itulah sebabnya, kebanyakan doktor menasihatkan ibu merancang untuk hamil semula selepas tempoh dua tahun kelahiran caesarean terdahulu.

Bagaimanapun semuanya bergantung pada tahap kesihatan seseorang wanita.

Saranan tersebut tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Mungkin ada ibu yang tidak mengalami sebarang masalah biarpun mengandung rapat selepas bersalin secara pembedahan caesarean.

Berikut adalah sebab mengapa perlu menjarakkan kehamilan selepas bersalin secara pembedahan caesarean.

1. Risiko rahim koyak

Koyakan yang berlaku boleh menembusi ke seluruh ketebalan dinding rahim sehingga ke permukaan luarannya. Malah, ia juga boleh menimbusi sehingga menjangkau ke pundi kencing di hadapan atau ligamen lebar di bahagian tepinya.

Jika masalah ini terjadi, sukar untuk doktor menangani proses kelahiran ibu. Dalam beberapa minit, pendarahan yang banyak boleh berlaku. Ia pasti mencemaskan para petugas perubatan.

2. Mudarat kepada ibu dan bayi

Komplikasi yang teruk akibat pendarahan boleh mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi. Anda bukan sahaja boleh kehilangan darah yang banyak, malah bekalan darah kepada bayi boleh terputus sehingga boleh memberi kesan tidak baik kepada organ-organ bayi seperti buah pinggang dan otaknya juga.

3. Risiko pembedahan caesarean lagi

Mungkin untuk kelahiran seterusnya anda terpaksa melalui kelahiran secara sama ada secara elektif ataupun kecemasan. Peluang untuk kelahiran melalui faraj adalah antara 72 – 76%, tidak kira sama ada secara normal dengan alat bantuan kelahiran iaitu vakum atau forseps.

4. Parut pembedahan belum sembuh sepenuhnya

Parut pembedahan pada dinding rahiim tidak cukup kukuh dan mudah terbuka. Kadang kala, masalah ini boleh berlaku sebelum proses kontraksi bermula.

5. Risiko kerosakan organ lain

Pelekatan melibatkan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing sehingga mengakibatkan doktor sukar melakukan pembedahan caesarean dan boleh menyebabkan trauma seperti pundi kencing koyak.

6. Risiko tumpah darah 

Sukar menangani masalah tumpah darah sehingga memerlukan pemindahan darah, pembedahan membuang rahim dan lain-lain.

7. Risiko kehamilan berkomplikasi

Risiko kehamilan berkomplikasi seperti uri bawah (placenta praevia),  uri melekat (placentra accreta) dan lain-lain komplikasi.

Perlu diketahui, jika anda telah pun menjalani pembedahan secara caesarean  sebanyak dua kali tanpa mengira sama ada kelahiran tersebut diselang-selikan dengan kelahiran normal ataupun pembedahan berturut-turut, kekuatan parut pembedahan adalah tidak lagi sekukuh dahulu.

Dikhuatiri ia tidak mampu bertahan untuk menangani proses kontraksi yang bakal anda alami. Paling digeruni ialah ia boleh menyebabkan risiko rahim pecah meningkat

Kredit: karangkraf

Salam sayang dari MADAMe,
Azwani Aziz

Friday, 11 May 2018

Punca dan cara mengatasi sakit gigi ketika hamil | Madame

Assalammualaikum semua,

Di kala kandungan madam memasuki minggu ke 31, madam mula sakit gigi. Memang sebelum2 ni gigi madam kerap berdarah terutamanya semasa memberus gigi. Pemeriksaan awal gigi masa trimester kedua, memang ada. Tapi biasalah kita ni, selagi tak sakit memang ambil ringan ja kan.😅 

Sampai la tak tahan sakit, asyik nyut3 ja, lelangit bengkak, nak makan susah, kepala pun sakit, badan pun lemah macam nak demam ja, terus madam ke klinik.

Rupanya, ada sebab kenapa ibu hamil tak dapat dipisahkan dengan sakit gigi. Di sini, madam kongsikan hasil pembacaan madam okeh!

Punca dan cara mengatasi sakit gigi ketika hamil


Apabila mengandung, perubahan paras hormon estrogen dan progesteron meningkat. Peningkatan paras hormon-hormon ini mengakibatkan kesihatan gusi terjejas di mana pengumpulan plak (sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gusi dan gigi akibat daripada tidak memberus gigi dengan berkesan) menyebabkan keradangan gusi (gingivitis). Jika tidak dirawat, penyakit ini akan menjadi peringkat yang lebih serius iaitu periodontitis.


Gingivitis dan Periodontitis

Gingivitis merupakan penyakit gusi berbalik bermakna apabila rawatan dilakukan, keadaan gusi kembali normal. Punca penyakit ini ialah plak. Plak mengandungi bakteria yang mengeluarkan toksin dan merosakkan struktur tisu yang menyokong gigi termasuklah gusi. 

Tanda-tandanya termasuklah gusi berdarah ketika memberus gigi, gusi membengkak dan warna gusi kemerah-merahan tanda keradangan. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika sudah mempunyai penyakit ini sebelum mengandung. Dengan perkataan lain, ibu hamil mengalami keradangan gusi yang lebih serius jika dibiarkan tanpa rawatan.

Jadi, rupanya sakit gigi madam ni disebabkan plak pada gigi. Madam kena akui cara memberus gigi yang betul tidak dipraktikkan dengan bersungguh.😅

Jika lambat menerima rawatan, gingivitis akan menjadi penyakit gusi yang lebih teruk iaitu ‘periodontitis’.

Periodontitis mengakibatkan kehilangan tulang yang menyokong gigi dan merupakan proses yang tidak berbalik. (Apabila rawatan dilakukan, gusi dan tulang tidak menjadi seperti asal). Ciri-cirinya ialah gigi kelihatan panjang, gusi menyurut, gigi menjadi jarang, bau mulut, gigi ngilu (sensitive) dan gigi menjadi semakin longgar.

Ibu hamil juga terdedah mengalami keradangan gusi yang lebih serius iaitu epulis (ketumbuhan) gusi ketika mengandung (pregnancy epulis). 

Tanda-tandanya ialah kebengkakan pada permukaan gusi dan bersaiz besar (boleh mencecah sehingga 1 cm jika dibiarkan tanpa rawatan). Ianya mudah berdarah dengan banyak terutama ketika memberus gigi. Ia berkait rapat dengan tahap kebersihan mulut yang tidak memuaskan di mana terdapatnya mendapan karang dan plak yang banyak di bawah gusi. Epulis ini tidaklah berbahaya seperti penyakit barah kerana ianya bersifat benign (bukan kanser).


Penyakit Gusi dan Risiko untuk melahirkan bayi pra-matang dan bayi kurang berat.

Kajian menunjukkan ibu hamil dimana mempunyai gigi bermasalah mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti melahirkan bayi pra-matang (bayi tidak cukup bulan) iaitu melahirkan anak sebelum minggu ke 37 kandungan dan berat bayi lebih rendah daripada normal/kebiasaan. Ini mungkin terjadi daripada jangkitan bakteria yang memasuki ke dalam aliran darah melalui gusi dan bergerak ke dalam rahim. Setibanya di rahim, bakteria ini akan menyebabkan pengeluaran sejenis bahan perantara kimia iaitu prostaglandin yang mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi pada masa yang lebih awal dari yang sepatutnya.


Risiko mendapat Diabetes dan Penyakit Gusi

Wanita mengandung juga berisiko untuk mendapat “Gestational Diabetes” iaitu Kencing Manis ketika mengandung (GDM). Kencing Manis adalah faktor risiko untuk menjadikan penyakit gusi bertambah teruk akibat daripada sistem pertahanan badan yang rendah dan lemah.


Rawatan dan Pencegahan

Ibu hamil dinasihati untuk berjumpa doktor gigi pada fasa trimester pertama (usia kandungan satu hingga tiga bulan) bagi memeriksa status kesihatan mulut. Di Malaysia, setiap ibu hamil dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mulut sebagai langkah pencegahan bagi mengelak masalah yang mungkin akan timbul ketika mengandung.

Ibu hamil seharusnya mengamalkan cara penjagaan kesihatan mulut yang betul dan berkesan. Dinasihatkan ibu hamil perlu memberus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari, memflos gigi dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Rawatan-rawatan seperti penskaleran (rawatan membuang karang dan plak) dan pendebridmen akar (rawatan membuang karang di permukaan akar di bawah gusi) boleh dilakukan pada fasa trimester kedua (usia kandungan 4 hingga 6 bulan). Bagaimanapun sekiranya usia kandungan mencecah 7 hingga 9 bulan (fasa trimester ketiga), hanya rawatan kecemasan sahaja (contohnya seperti kesakitan gigi atau gusi bernanah) yang dilakukan.

Pengambilan x-ray seboleh-bolehnya dielakkan kecuali bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan penyiasatan lanjut. Bagi yang mengalami “pregnancy epulis”, doktor akan menasihatkan pesakit agar menjaga kebersihan mulut. Biasanya bengkak ini akan mengecil sesudah melahirkan anak. Pembedahan akan dilakukan jika bengkak semakin membesar dan mengganggu pengunyahan atau mengalami kesukaran ketika memberus gigi.

Jadi,

Ibu hamil tidak boleh mengambil mudah dengan kesihatan mulut. Ibu perlulah menjalani pemeriksaan yang berkala bagi mengelakkan sebarang masalah pergigian ketika mengandung. 

Diet yang seimbang juga haruslah diamalkan. Ibu bolehlah mengambil zat-zat tambahan seperti Vitamin C, asid folik dan Vitamin B12 seperti yang disarankan oleh doktor.

Sumber : MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia


Madam dah serik tau! 3 kali mengandung sebelum ni tak pernah sakit gigi. Kali ni, memang memberi pengalaman dan pengajaran sungguh la😅

Kalau nak tau suplemen Shaklee yang mana madam amalkan untuk sakit gigi ni, boleh terus wasap madam okeh!😉

Moga bermanfaat sharing madam kali ni.

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz

Shaklee Effect : Vivix membantu pesakit Strok | Madame

Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi semua..

Pagi ni turn saya nak share shaklee effect..tapi bukan saya..abah mertua saya..

Salam perkenalan semua..
Nama : Aizat Pilus
Pekerjaan : surirumah
Asal : perak

Vivix buat abah mampu bertahan..

Abah mertua saya diserang stroke 6 tahun yg lepas..macam2 rawatan yg kami cuba..fisioterapi..ubat2an..rawatan alternatif..tapi keadaan masih sama.

Sampai lah tahun ke lima abah di masukkan ke wad sebb serangan sawan yg teruk..stay di icu untuk seminggu..tapi abah survived..

Masa ni..doc bagi tau kami yg buah pinggang abah dah rosak..stage 4 dan abah memerlukan rawatan dialisis..

Doc bagi appointment untuk kami pasang tapak untuk mula buat dialisis..tapi suami saya dan ibu mertua xberapa setuju..

Mengenangkan keadaan abah yg lumpuh sebelah badan..sukar bergerak..nak angkut abah ke sana ke mari..agak sukar..maka suami decide tuk bagi abah vivix..(tawakal)

Selapas a few month..sekali lagi abah kena sawan yg teruk dan admitted..masa ni kami mintak doc cek buah pinggang abah..dan so impress yg doc kata abah dah xperlukan rawatan dialisis..

Bukan bermakna buah pinggang abah xrosak..tapi kerosakan tu statik..even abah mkan  berbiji2 ubat dlam sehari..

Selain tu..normally bila abah kena sawan..it's take time untuk abah pulih..dia akn lupa cara makan..cara nak minum..even kami pun die xkenal..tapi after consume vivix..hari ni abah kena sawan..dlm masa dua ke tiga hari abah dah boleh ingat..

Sejak consume vivix..kencing manis,darah tinggi abah semua back to normal..selera makn bertambah..dan abh pun memang bertenaga je..

Masa mula2 abah mkn vivix..1st botol..kaki abah yg lumpuh dah boleh bergerak..dan kaki yg lumpuh bila kita sentuh dia boleh rasa..kulit abah yg kering mengelupas jadi cantik kemerah2an..bila sentuh lembut je rase..

Dua bulan lepas kami bawak abh full chekcup sebb badan abah mula bengkak..kami ingt effect dari kerosakan buah pinggang abh..rupanya doc kata buah pinggang abah ok..cuma abh kurang kalsium..so kami on ostematrik..

Sampailah bulan lepas..abh mula susah nak buang air besar..setiap kali nak buang kena korek skit..dan doc mula on julab untuk abah..

Dua minggu lepas tu..abh berak berdarh..berketul2 darah keluar..abah admitted for 1 week..

Again bukan sebb buah pinggang..tapi menurut doc abah ade buasir..

Seminggu abah kat wad..abah xsedar..xmkan..dan doc kata tekanan darah abah drop..doc mula masukkan darah..tapi makin teruk bila..3 pack darah masuk pun tekanan darah abah still xnaik..

Darah yg masuk xboleh jalan..dan stuck pada kaki yg xlumpuh..doc decide nak potong kaki sebb kaki tu dah mati..

Again kami x setuju..dan doc kata itu je rawatan yg diorg boleh buat...keesokknya doc suruh kami bawak balik abah sebb xde apa yg boleh dibuat..

So kami decide bawak abah balik..kami continue bagi abah vivix..nampak perubahan pada kaki abah yg mati..darah beku kat kaki mula nampak berkurang..

Abah pun dah sedar..boleh mula makan..kami pun teruja lah tengok abah mkin ok..kami bagi abah makn vivix double dose..memang nampak perubahan..

Muka abah yg pucat dah mula kemerah2an..abah pun dah boleh bercakap even xclear sebutannya..

Tengok perubahan ketara..kami beli tambah lagi dua botol vivix..tapi xsempat abah nak habiskan..

27 april 2018..Allah jemput abah lepas solat jumaat..abah pergi dengan tenang..

Untuk hampir dua tahun kami bagi abah vivix memang nampak sgt perubahan yg ketara pada abah..

Sejak amalkan vivix dose ubat abah dari hospital makin rendah..dan ade ubat yg doc stop sebb abah dak xperlu makan..

Vivix banyak bantu sihatkan dan bagi tenaga pada abah..

Sekian..sedikit sharing dari saya..

Vivix strok

Vivix kencing manis

Vivix

Moga kita dapat beri yang terbaik untuk mak ayah hingga hujung nyawa mereka. Amin..

Salam sayang dari Madame, 
Azwani 

Thursday, 10 May 2018

Promosi Shaklee sempena Hari Ibu Bapa 2018 | Madame

Assalammualaikum semua, 
Sempena Hari Ibu Bapa, iaitu hari ibu dan hari bapa, Shaklee ada promosi khas tau!

Hanya dari 11-13 Mei 2018 sahaja, beli Twinpack Vivix, LESS 5%😱


Jadi, zahirkan tanda kasih sayang anda dengan menghadiahkan Vivix. Ia minuman botani yang lazat dan sangat menyihatkan.


Untuk order, wasap madam terus okeh!😘

Salam sayang dari Madame, 
Azwani Aziz

Sakit belakang ketika hamil : Punca dan cara mengatasinya | Madame

SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL

Punca dan cara mengatasi sakit belakang ketika hamil

Kehamilan madam kini dah memasuki minggu ke 34, perut dah memboyot. Berjalan lama pun lenguh. Berdiri or duduk lama pun tak leh jugak. Kalau dapat baring, fuhhh lega rasa😅

Sapu sampah pun tak leh lama2, sakit belakang wooo..

Siapa mengandung memang macam ni.😨
Selalu sakit belakang. Jadi macam mana nak atasi sakit belakang ni. Apa puncanya?
.
.
.
SERBA SEDIKIT INFO,
Sakit Pinggang Dan Belakang

.
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan.

.
Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh postur yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan.

Biasanya ia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
.
Gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali mengganggu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini.

.
Berikut antara cara yang boleh mama jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut:

.
♥️-Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.

♥️-Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.

♥️-Pastikan mama duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.

♥️-Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.

♥️-Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.

♥️-Elakkan berdiri terlalu lama.

♥️-Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.

♥️-Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.

Boleh hubungi madam untuk berkongsi pengalaman. Nanti madam boleh cadangkan suplemen yang sesuai dengan mama semua😉

Salam sayang dari Madame,
Azwani Aziz 😘